Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…
Jutaan kesyukuran atas segala nikmat yang kami peroleh… nikmat terbesar iman & Islam, nikmat keluarga, nikmat sahabat-sahabat, nikmat sihat, nikmat senang, nikmat berada di atas jalan dakwah, dan segala nikmat yang tak tertulis kerana banyaknya nikmat tersebut… Alhamdulillah…
Tadi seusai exam Psychiatry, pulang ke rumah dengan hati yang lapang. Terleka sebentar depan komputer, teringat nak call Ummi Kedah… nak wish birthdaylah kononnya, sebab hari tu cuma SMS. Tapi Ummi pula tiada di rumah, hantar Angah ke KUIN.. tak apalah, tak ada rezeki kot.. pergi dapur sekejap, siapkan coleslaw untuk makan malam ni… nak buat BBQ sebab ada orang tu mengidam. Bahan perap semua dah siap sejak semalam (walaupun sibuk nak exam)..semangat!!! Siap je coleslaw tu, terdengar deringan Skype membingit (sampai ke dapur dengar).. terus bergegas ke komputer di bilik study.. Ummi yang call (dah agak dah)..
Sembang-sembang dengan Ummi… terharu sangat-sangat… Ummi, Baba & adik-adik semua baca Yasin & solat hajat doakan kami yang nak exam di sini… terima kasih sangat-sangat… (bertambah-tambahlah Kak Long sayang adik-adik semua ^_^)
Dalam hati, bersyukur sangat dapat keluarga baru yang menganggap diri ni macam anak sendiri, adik-adik ipar yang menganggap Kak Long ni seperti kakak sendiri… alhamdulillah sekali lagi…
Baru-baru ni, saya dan suami balik Malaysia. Maaf sangat kat kawan-kawan di Malaysia yang tak tahu kami balik. Memang hari tu sengaja nak buat surprise kat family, akhirnya kawan-kawan sendiri pun lupa nak beritahu. Lagi pun cuti kami sekejap saja. Seminggu di Klang, seminggu di Kedah & tiga hari di Johor. Memang tak terasa pun cuti tu. Jadual sepanjang cuti memang padat. Kebanyakannya dipenuhi dengan agenda berjalan-jalan bersama keluarga, membeli-belah barang untuk dibawa balik ke Jordan, & menziarahi saudara-mara terdekat. Maklumlah selepas kahwin hari tu memang tak sempat langsung nak ziarah saudara-mara. Tapi yang pastinya, percutian di Malaysia tempohari memang meninggalkan memori yang sangat indah untuk dikenang sampai tua. Bila teringat balik, senyum sorang-sorang…seronok ^_^…
Gambar baby comel tu adalah adik ipar saya yang baru lahir Mei hari tu (bukan baby saya ok). Namanya Ahmad Yasin, dia anak yang ke-11… Memang ramai sungguh adik ipar saya, meriah ja… yang cute pakai tudung pink tu pulak adik ipar yang 2nd last, Wardah Sofiah… sangat keletah sebab baru pandai cakap. Sekarang ni Wardah tengah berlatih tak pakai pampers ^_^ ..
P/s:
1. Tahniah buat Ukhti Hasanah & Akh Suhail atas ikatan suci yang terjalin… baarakallahu lakuma… (tunggu jemputan dari Muna pulak, hehe)
2. Congaratulation juga buat Akh Syazwan yang akan membina masjid tak lama lagi. Maaf tak dapat datang, teringin sangat nak jumpa Syazana… Syazana bila lagi? InsyaAllah walimah enti nanti ana datang ok..
3. Tak dilupakan juga buat Akh Iqbal yang berumah tangga… Baarakallahu fiik…
(Ramainya kawan nak kahwin akhir-akhir ni. Tengah musim agaknya. Apa pun, tahniah semua !!)









Wah, seronok dan riang budak2 tuh berpicnic dgn entuma. Summer ni ramai plak students Mesir yg kahwin…hehe. Syazana kita tunggu dia dgn Hilman, baru aritu ana pesan suruh cepatkan, hehehe, abgnya dah nk sudah, maknanya adik dia dh dpt lesen la, hehe. Tapi haniff, abg hilman, belum lagi la, hehe.
By: neo rantissi on July 20, 2008
at 2:39 pm
Ummi dan baba doakan Asma’ dan abang berjaya dan terus berjaya di dunia dan akhirat. Moga ukhuwwah kita makin kukuh dari hari ke hari. Ya Allah, syukur kami kepadaMu atas anugerah teman hidup anak kami yang solehah. Jadikan dia salah seorang bidadari di syurgaMu nanti.
By: Ummi dan Baba on July 20, 2008
at 4:01 pm
Ummi & Baba,
Terima kasih byk2 atas doa tersebut.. semoga Allah makbulkan. Insya-Allah, K. Long akan cuba jadi menantu yg solehah ^_^
By: Asma' on July 22, 2008
at 6:50 am
Neo Rantissi,
Memang sgt best balik cuti hari tu. Walaupun cuti sat ja tapi puas sbb tak pernah ada hari yg kosong lgsg spnjg cuti tu, ada ja aktiviti.. Tulah, wktu Syazana mula2 habaq ada kenduri tu ingtkn dia yg nk kawen (dgn Mr. H), rupa2nya abang dia. Sbbnya abg dia lgsg x dengaq berita pun, tup2 dah nk kawen.. Tu yg sebaiknya pun, fastabiqul khayraat.. lg byk kebaikan ditangguh, lagi bykla dosa dibuat.. Kalau budak Mesir semua pakat2 kawen, enta bila lg?
By: Asma' on July 22, 2008
at 6:57 am
salam.. eh eh.. tetibe ade name ana pula.. hihi.. igt lagi nt kat ana yer
By: Muna on July 22, 2008
at 10:47 pm
Wslm… mestilah ingat kat Muna. Best friend mana boleh lupa. By the way, nti apa khabar? Ana kat sini sihat sentiasa, alhamdulillah..
By: asmakhalid on July 25, 2008
at 3:27 pm
salam ziarah.
tg balau? kat kg ana tu.
hmmm..mcm kenal tok wan enti la.
acik enti nama salihah ye?
cucu cik manan ye?
btw, suke dgr crite pasangan2 muda mcm enti ni
mudah-mudahan terus diberi kekuatan utk memikul amanah sbg isteri & tugas sebagai pelajar dlm masa yg sama *wink*
By: elkheyr on August 22, 2008
at 2:47 am
Wslm wbt… ahlen ya elkheyr…
Yup, ana cucu sulung en. Manan.. and Saleha tu my aunt. Emm… jiran ke dgn tok wan ana?
Thanks for the wish… ameen.
By: asmakhalid on September 1, 2008
at 7:44 am
akom..
amboi2..duk mengumpat psl i kt sini kaa..hehe..happynya semua org dlm gmbr2 tu.. haritu p teluk cempedak ka?..i was in kuantan..xpa, xda jodoh kita nk jumpa..nx time inshallah..
lamanya rs xcontact asma..miss u so much!!
Mr. H kim salam..
anyway, good luck for your future and i’ll pray everything will be ok for u, aiman n asiyah (yg comel tu)..
By: Syazana on July 14, 2009
at 5:20 pm
Syazana,
Miss U too… Mr. H apa ceghita?? hehe..
By: asmakhalid on July 14, 2009
at 6:36 pm
Mr. H..sihat and makin sihat..haha..dia xhabih study lg..
and i’ll be working this august inshallah..xtau lg posting kt mana..nnt dh tau i’ll let u know..
By: Syazana on July 15, 2009
at 2:06 am
Tahniah asma’ dpt baby girl…
comel mcm umminya….he3…
By: adibah on July 15, 2009
at 5:34 am