(entry untuk adik-adik tersayang)
Baru-baru ni, K. Long & Abang Long ada buat BBQ. Siang tu kami exam, alhamdulillah memuaskan. Malam tu kami sengaja nak menenangkan fikiran dengan ber’picnic’ & ber’BBQ’ di beranda rumah. Sebenarnya, Abang Long yang teringin sangat nak makan daging panggang. Lama dah dia sebut-sebut. Jadi, untuk memuaskan hatinya K. Long pun cadangkan untuk buat BBQ selepas exam Psychiatry. Malam sebelum exam tu lagi K. Long dah siap-siapkan bahan perap untuk ayam & daging. Perap lama sikit baru umphh..
Malam tu start agak lewat sebab tunggu Abang Long. Dia ada kerja sikit. Sementara menunggu, K. Long pun prepare coleslaw & kuah kacang sikit. Hampir pukul 10 juga baru mula berBBQ. Tp tak mengapa, kami guna cara moden. Nyalakan arang guna dapur gas je. Lepas tu kipas BBQ guna kipas angin je, hehe. Ada teknologi, baik manfaatkan. Lebih mudah & cepat. Boleh jimat tenaga & masa.
Inilah hasilnya BBQ kami. Taklah buat banyak sangat, tapi mungkin sebab kami cuma berdua. BBQ malam tu tak habis dimakan pun, simpan ke esoknyalah jawabnya. Apa pun, kami sangat kenyang dan puas malam tu. Buat adik-adik kat rumah tu, tengok gambar jelah ye. Nak pos takut basi pulak… Marwan jangan jeles ye








salam dari amin n company, nak kata marwan jeles,kami semua jeles juga campur geram,tunggu masa dan ketikanya kami nak balas dendam kat org jordan,nanti kami nak bbq kat air terjun,nak panggang kerang,ayam,daging,ikan patin,sotong dan macam2 lagi.kami buat air asam untuk dicicah nanti.makan kat celah2 batu air terjun.wah,bestnya!mana boleh lawan dengan kak long n abang.
By: Ummi dan Baba on July 24, 2008
at 7:31 am
Wslm Amin, hehe… kesian kat hampa. Takpa, nnt hampa buat lg best dari kami naa.. tapi takyah susahkan ummi & baba la naa, hampa pakat-pakat sama hampa, pastu buat surprise kat ummi & baba, baru best. Tapi kalau hampa nak yang K. Long’s handmade, kena mai sinila. Tak pun kena tunggu kami balik sekali lagila ye.. BBQ K. Long buat memang favourite abang tau. ..
By: asmakhalid on July 25, 2008
at 3:24 pm
salam sahabat di jordan.. asma’ n aiman.. keciq ataq liuq aih tengok hangpa dok bbq ni.. haha… bahagia laa hangpa naa… ni yang teringin nak bayt muslim ni.. hehe
By: pidot on August 6, 2008
at 7:17 am
Wslm Pidot… kalo teringin gak nnt kami balik Msia nnt buatlah reunion kat lata ka.. boleh suruh Aiman buat BBQ kat hangpa lak
Apa tggu lg Pidot, ramai dah ikut jejak lgkh kami..hehe..
By: asmakhalid on August 7, 2008
at 6:09 am