
Nak dengar satu cerita tak?
Cerita tentang Abdullah bin Zubair (anak Asma’). Waktu tu, dia masih kecil. Umur lebih kurang 12 tahun.
Satu hari, sedang dia bermain-main dengan kawan-kawannya datang Saidina Umar lalu di situ. Maka kanak-kanak tersebut semuanya lari bertempiaran kerana takutkan Umar (budak zaman nabi ditakutkan dengan Umar, tetapi budak sekarang takut bear pada hantu… haih).
Umar pun memberi salam pada Abdullah dan bertanya:
“Kenapa kamu tak lari seperti kawan-kawan kamu?”
Abdullah dengan selambanya menjawab:
“Aku bukannya zalim. Jalan ni pun tak sempit untuk aku beralih dan aku tak buat apa-apa kesalahan pun sehingga aku perlu lari”
Umar tersenyum gembira dengan keberanian Abdullah, lalu beliau mengusap-usap kepala Abdullah sambil berkata:
“Anak ini akan hidup dengan kehebatan”
P/s: Saya mahu anak-anak saya jadi hebat seperti anak-anak singa. Anda bagaimana?
Ummu ‘Azzam: Kalau nak anak ini jadi sehebat ‘Abdullah ibn Zubair, umminya juga kena jadi sehebat Asma’ Abu Bakarlah. Semoga Allah perkenankan




Semoga dipermudahkan segala urusan.
Berdoalah agar sentiasa di dalam keredhaan Ilahi.
Semoga ‘Azzam akan menjadi seorang wira Islam yang bakal menegakkan kembali khilafah Islam di atas muka bumi ini.
By: kher on June 9, 2009
at 7:57 am
salam asma’
sukkee sgt cerita ni
semoga ‘Azzam jd singa Islam yang sentiasa mendoakan ibu ayah dia. ameen
jaga diri ye asma’. moge Allah permudahkan segalanya.
By: iman on June 10, 2009
at 12:39 am
Kher,
Mudah-mudahan. Walaupun mungkin kita tak sempat lihat khilafah tu tertegak, biarlah anak cucu kita berpeluang merasainya
Iman,
Lama tak dgr cerita dari sana… Takde plan nak datang Jordan ke? Hehe…
Macam cepat je masa berlalu, tup2 dah nak jadi mak orang. Doakan semuanya selamat ye.
By: asmakhalid on June 10, 2009
at 8:13 am