Sangat comel

Beberapa hari menjadi surisumah sepenuh masa agak menyeronokkan. Tiada stress. Tapi masuk hari ketiga ni dah jadi bosan sebab tak ada kerja dah nak buat. Mengemas, mencuci, menjahit, melipat pakaian dsb. semuanya sudah selesai. Hanya memasak saja yang berterusan setiap hari. Tapi memasak pun lama mana sangat.

Hajat di hati, teringin sangat nak jalan-jalan shopping di Amman. Tapi ada beberapa kekangan. Abang belum habis exam. Saya sedang sarat. Duit pun nak kena jimat untuk sambut orang baru nanti. Sudahnya, duduk rumah sajalah nampaknya.

Sejak saya hamil ni, saya sangat gemar shopping barang-barang baby. Bila pergi pasaraya saja pasti saya akan singgah di bahagian barangan bayi. Entah kenapa, satu perasaan yang sangat unik bila memilih barangan & pakaian anak. Susah nak digambarkan perasaan itu. Mungkin juga ini pengalaman pertama untuk bergelar ibu. Tapi saya rasa, bagi saya shopping barang baby tak kisahlah yang keberapa pasti seronok.

Setakat ni, kami hanya beli barang-barang basic sahaja dulu. Itu pun, semua barang kami beli yang corak & warnanya universal. Sebab kami masih belum tahu anak ini lelaki atau perempuan. Tapi yang pastinya, tak ada satu pun barang warna pink. Bukan apa, kalau barang pink baby boy tak sesuai pakai.

Saja nak tunjuk sedikit sebanyak barang-barang baby yang kami dah beli. Khas buat tatapan bakal Tok Aki, Tok Wan, Tok Ba, Tok Mi & acik-acik di Malaysia.

SJ_cot

1. Baby’s cot

Mulanya plan tak mahu beli katil baby sebab Ummi kata susah untuk susukan anak malam-malam. Tapi baru ni jumpa katil baby second hand yang sangat murah di Syari’ Idun. Maka, kami pun beli. Comel sangat kan? Kerana terlalu seronok, Umminya yang dah habis exam ni dengan semangatnya menjahit tilam, bantal & bantal peluk untuk katil baby ni. Jahit tangan tau, jangan main-main.

SJ_cradle

2. Baby’s cradle & carrier

Beli di Amman. Cradle ni untuk mudah letak & bawa baby ke mana-mana. Ke dapur, ruang tamu, bilik study, mahu pun jalan-jalan. Sebabnya, cradle ni juga boleh berfungsi sebagai carrier. 2 in 1, mudah & murah.

3. Baby’s Quilt

Set tilam & comforter ni beli awal dulu. Warna yang dipilih adalah universal. Sesuai untuk bayi lelaki mahupun perempuan.

4. Baby bathing & body care

Besen mandi baby. Beli di balad (pekan). Simple, cheap, & nice. Toiletries beli di Malaysia waktu balik hari tu, jenama Tollyjoy. Beli travel pack je dulu.

SJ_stuff

5. Clothing

Tak beli banyak pun. Beberapa helai sebagai syarat je dulu. Lagi pun baby cepat membesar. Banyaknya beli di Malaysia. Baju-baju di sini tak berapa menarik & agak mahal. Barut baby Tok Mi dah kirim dari Malaysia. Barut warisan dari zaman abahnya kecil.

6. Lain-lain

Pampers, botol susu etc semua dah beli serba sedikit sebagai syarat. Cuma beg untuk isi barang-barang ni kalau pergi jalan-jalan belum beli. Nak beli di sini, tak ada yang berkenan di hati.

7. Barang mak baby

Set bersalin Afiat (beli pun sebab paling murah yang saya jumpa waktu tu. Bila tengok isinya, terkedu. Banyaknya jamu/herba. Tak sanggup nak telan.

Pati ikan haruan. Untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman.

Nursing pad & breast pump. Memandangkan Umminya be’kerja’ summer ni, terpaksa beli semua ni. Ummi seboleh-bolehnya tak akan beri anak Ummi susu formula.

Ummu ‘Azzam: Terbayang anak Ummi pakai baju raya tahun ni, mesti comel ^_^

P/s: Innalillah buat pelajar-pelajar Kaherah yang ditimpa kemalangan & juga saudara-saudara kita di Thailand. Sama-samalah kita mendoakan mereka. “Cukuplah mati sebagai peringatan…”