Lebih seminggu juga saya berhenti menulis blog. Bukanlah kerana terlalu sibuk, tetapi mood untuk menulis tak kunjung tiba. Hari ni, saya nekad untuk menulis sedikit khabar berita. Bukan apa, ramai yang bertanya perkembangan saya & baby. Rasanya lebih baik saya tulis di blog saja. Tak perlu nak cerita banyak kali kan?
Sepanjang tempoh 10 hari ni, macam-macam perkara telah berlaku. Perasaan saya pun kerap berubah-ubah, saya jadi agak sensitif kebelakangan ni (sebab hormon kot). Minggu lepas, fikiran agak kacau memikirkan tiket yang dibeli untuk Ummi saya datang ke sini belum juga selesai walaupun tarikh Ummi sepatutnya fly tinggal lagi 2 hari.
Masalah yang berlaku waktu tu, nama Ummi dalam waiting list. Maka, syarikat tu tak boleh issue tiket sedangkan kami dah bayar pada agen. Akhirnya, sehari sebelum Ummi fly, kami beli tiket baru. Tapi taklah bayar penuh, cuma perlu tambah sikit sebab tiket baru ni lebih mahal. Tak kisahlah mahal sikit, janji Ummi dapat berada di sisi ketika saya bersalin nanti.
14 Jun, regular check up seperti biasa. Sekarang ni setiap minggu kena pergi check up. Berat baby dah dianggarkan 3.5 kg. Wah, sihatnya anak Ummi ni.
16 Jun, Alhamdulillah Ummi selamat sampai ke Jordan. Gembira sangat. Tu yang status YM senyum sampai telinga memanjang. Ummi sampai-sampai je, terus tengok perut saya. “Ni tinggi lagi ni kakak”. Nampaknya, saya kena lebih aktif berjalan supaya baby cepat turun & mudah bersalin. Lepas ambil Ummi di airport, terus pi shopping di City Mall. Saja nak bagi banyak jalan.
17 Jun, masih belum ada tanda. Ajak Ummi jalan-jalan ke beberapa tempat menarik di Jordan ni. Tujuannya supaya saya dapat banyakkan berjalan untuk cepat bersalin (lagi 3 hari nak mula kelas balik) & kalau saya dah bersalin nanti susahlah nak bawa Ummi jalan-jalan. Bayangkanlah, saya yang sarat ni berjalan kaki naik turun bukit & tangga di Umm Qays, Ajloun Castle, & Jerash. Dari pagi sampai petang berjalan. saya sendiri terkagum. Macam manalah saya boleh berjalan sebanyak itu. Balik ke rumah, masih belum sakit apa-apa. Cuma lenguh-lenguh kaki sikit. Ummi kata, Ummi memang pilih nama Asma’ untuk saya sebab nak saya jadi macam Saidatina Asma’ Abu Bakar. Memang betullah, saya rasa seperti mendapat kekuatan Saidatina Asma’ yang mendaki bukit ketika sarat mengandung untuk hantar makanan pada Rasulullah ketika hijrah.
18 Jun, bawa Ummi jalan-jalan ke balad. Juga sebab nak banyakkan jalan. Seronok tengok Ummi teruja dengan buah-buahan segar yang pelbagai di pasar. Sekarang tengah musim cherry, nectarine, peach etc. Dah banyak jalan, masih belum ada sebarang tanda. Lagi 2 hari nak due date. Lagi 2 hari nak mula kelas. Tinggal seminggu saja lagi Ummi di sini. Saya sudah mula digayuti resah. Petang tu, jumpa doktor di Najah. Dia kata kalau nak cepat, C-sec je (amboi, senangnya cakap). Terus reject nak bersalin di Najah. Pergi Badi’ah, doktor kata tunggu sampai Sabtu (20 Jun). Kalau tak ada tanda juga, kena induce.
19 Jun, bawa Ummi jalan Syari’ Jamiah. Nak berjalan banyak pun kedai tak banyak yang buka sebab Jumaat cuti umum di Jordan. Petang & malam pula, kawan-kawan datang ziarah. Noni, Pia, Ayman, Liya & Ziela offer nak surveykan Irbid Islamic Hospital. Hospital ni sangat nice & cosy. Harga pun ok, JD 140. Tapi untuk induce, kena jumpa doktor dia dulu.
20 Jun, jumpa Dr. Leena (doktor Irbid Islamic Hosp). Doktor ni sangat baik. Lepas diperiksa, Bishop Score saya 0. Kepala baby pun masih floating. So, tak boleh induce sebab chances of failure adalah 90%. Doktor suruh tunggu lagi seminggu with regular monitoring. Saya rasa agak down. Risau memikirkan kelas yang akan bermula esok, Ummi yang dah tak lama di sini, & paling utama saya risaukan keselamatan baby dalam kandungan. Maaf sangat kepada kawan-kawan yang call/ smsnya tak dilayan. Saya tahu semua orang pun risau. Tapi saya rasa saya perlukan sedikit masa untuk menenangkan perasaan. Boleh kan? Saya cuma mengharapkan doa dari kalian agar urusan saya dipermudahkan.
21 Jun, due date baby (40 minggu) + start kelas + birthday Abang (sorry terabai sikit birthday Abang tahun ni, risaukan baby punya pasal). Hari ni masih juga tiada sebarang tanda. Saya tidak ke kelas sebab nak jumpa doktor lagi. Sekarang ni, saya hanya tawakkal pada Allah. Hanya Allah yang berkuasa atas setiap yang berlaku & saya yakin apa yang ditakdirkan untuk saya adalah yang terbaik.
Kalau ada apa-apa perkembangan nanti saya akan maklumkan ye. Sekarang ni saya cuma harapkan doa dari semua, semoga urusan ini dipermudahkan. Bismillahi tawakkalna ‘ala Allah…




Semoga semuanya dipermudahkan dan dipercepatkan Allah S.W.T. Don;t force urself too much, Aiman, take a good care of your wife, hehe. I know you do! Mana tau lama mengandung, anaknya sehebat Imam Syafi’ie? ameen ya Rabb!
By: Zainal on June 21, 2009
at 9:52 am
salam asma, akak doakan yang terbaik tuk asma n aiman. Banyakkan doa n bersabar. kuatkan semangat. InsyaAllah khayr.assalamualaikum
By: kak farah on June 21, 2009
at 9:53 am
salam asma, akak doakan yang terbaik tuk asma n aiman. Banyakkan doa n bersabar. InsyaAllah khayr.assalamualaikum
By: kak farah on June 21, 2009
at 9:55 am
Allah yusahel 3laeyko..
By: ejard on June 21, 2009
at 10:25 am
Ya Allah..
tabahkan hati serta kuatkan semangat dia
jadikan dia secekal Asma’ Abu Bakar
permudahkanlah segala urusannya
tenangkan naluri dan jiwanya
moga pengorbanan seorang ummi ini diredhai Allah
Ameen
kami doa azzam cepat keluar..
rabbuna yuqawwik,sis!!salam sayang~
By: al-huda on June 21, 2009
at 11:04 am
Zainal,
Ameen, mudah2an macam tula. Setiap takdir Allah tu yang terbaik buat kita. Nampaknya baby ni taknak sama bday dgn abahnya, nanti kena celebrate sekali tak best, huhu.
Kak farah,
Thanks kak.
Ejard,
Ameen…
al- Huda,
Moga akak jadi spt Asma’ Abu Bakr & anak akak jadi sehebat Abdullah ibn Zubair.
By: asmakhalid on June 21, 2009
at 4:39 pm
slm asma..
oh,dh due ye? seronoknye ummi dia kesana..org tua2 kata,selalunya anak sulung ni susah nak janbgka,kdg2 awal,kdg2 terlambat… mcm Balqis hr tue,akak lmbt dkt tiga minggu..mmg risau sgt sbb nak balik Mesir cepat kalau boleh,mid exam bakal bermula..tapi,Allah Maha Berkuasa kan,tiga kali Jumaat akk tunggu,baca yassin dan solat hajat,alhamdulillah Jumaat yg ketiga tue,dah boleh di induce..apgar score 9-10..alhamdulillah..
InsyaAllah,rabbuna yusahhil dear…
p/s : bagus tue bykkan berjalan..masa akk turun tanda hari tue,dua kali round satu tesco kat kelantan dan berapa puluh kali turun naik hospital tgk baby2 yg dh selamat lahir,hehe..
slm utk ummi awk..take care
By: mmk on June 21, 2009
at 1:06 pm
semoga diberkati dan dirahmati Allah.
bersabarlah kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tuh.
mungkin dia masih seronok dalam perut ummi dia kot.
dia takut dah keluar nanti jarang dapat bersama ummi dia.
hehehehe…
semoga dipermudahkan segala urusan insyaAllah.
By: kher on June 21, 2009
at 2:25 pm
MMK a.k.a mamabalqis,
Yeke kak? Agaknya saya tak cukup jalan lagi kot. Tak pun baby ni dah adapt umminya jalan banyak, dah tak berkesan…
Apa pun skrg ni kami sekeluarga memang sedang banyakkan yassin & solat hajat. Hanya Allah je yang menentukan segalanya.
Kher,
Maybe kot. Sebab dia tahu Umminya sibuk. Kalau dia keluar alamatnya asyik kena tinggal kat rumah la.
By: asmakhalid on June 21, 2009
at 4:47 pm
salam asma’….
doa kami mengiringi…. iALlah, Allah permudahkan n bg yang terbaik…
semoga ummi awak sempat tgk baby n jaga awak after delivery~~~
By: adilah on June 21, 2009
at 3:07 pm
asma..take care bbnyk………ktorg pon risau gak…
allah ma3k..kher insyaallah
By: yellowrose on June 21, 2009
at 4:38 pm
Adilah,
Tula pasal. Mintak2lah sempat. Bila nak mai sini? Leh tengok baby
Yellowrose,
InsyaAllah… penat dah jalan2 sebenarnya ni.. huhu.
By: asmakhalid on June 21, 2009
at 4:49 pm
Salam,.. Asmak, moga selamat segalanya,.. InsyaAllah.. =)
By: along Nazirah on June 21, 2009
at 5:59 pm
salam asma,
insyaAllah besar hikmahnya tu.
banyakkan baca surah maryam jugak ye. mawah dulu dekat2 bersalin sampai 3 kali baca surah maryam.
ermm..baca gak ‘inna fatahna laka fathamm mubiina’
By: mama hanin on June 22, 2009
at 11:21 am
salam..
kami doakan semuanya berjalan lancar. bak kata fadhilah masa mekap dulu ” tiadalah yang lebih baik melainkan apa yang telah terjadi “.. kita sama-sama doa, insya allah khair.. sayang asma’, take care ^_^
By: alhanin on June 23, 2009
at 3:25 am
Moga dipermudahkan Allah SWT..insyaAllah selamat..
By: sop on June 23, 2009
at 2:20 pm
Semoga segala urusan sekeluarga dipermudahkan Allah SWT…
By: syphoon on June 23, 2009
at 11:46 pm
dear along, dnt be sad…we were all eager to c the new bby, but ur condition is way more important..be strong..with Allah’s will, everything is gonna b fine..dnt worry too much k sis..
~love you so much
By: acik na on June 24, 2009
at 9:53 pm
Assalamualaikum,
Salam ziarah dan berkunjung…
Apapun, semoga kalian sekeluarga dinaungi rahmat Allah sentiasa dan dipermudahkan perjalanan kehidupan ya.
Ada kelapangan jemputlah ke blog utk pertukaran link dan pendapat.
By: Farid Rashidi on June 25, 2009
at 5:44 am
Awbt asma’..
moga Allah mudahkan …setiap ujian pasti ada hikmah disebalikny..moga asma’ tabah menunggu ketetapan-Nya…teruskan berdoa dan baca Qur’an..kami disini doakan Asma’..nak melahirkan mujahid,tu yg byk juhudnya..:)
p/s:21hb tu,akk bru bsalin bby ke2,sofiyyah.
By: ummu hamzah on June 25, 2009
at 3:22 pm
saya sedang mengarang buku ttg cinta Allah. tlg bantuannya ya. tlg krm ttg cinta Allah, Rasul, sesama dll k email saya; eltsain_alfaqir@yahoo.com. salam kenal.
By: Tgk Wahyu Alfaqir on June 25, 2009
at 4:59 pm