
Sejenak
Sentuhan Jiwa sudah menggapai usia lebih kurang 2 tahun sejak kami mula mendaftarkannya pada Oktober 2009.

Sayangnya saya amat kurang menulis, dan Sentuhan.Jiwa lebih banyak mendapat ’sentuhan’ isteri saya.
Sebabnya saya merasakan ada isu kredibiliti peribadi yang menghalang saya aktif menulis.
Saya juga bukanlah seorang yang mahir dalam penulisan. Bahasa saya agak ringkas dan skema. Mungkin atas sebab itu saya selalu mendapat markah yang kurang dalam bahagian gaya bahasa dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan semasa SPM di bangku sekolah dahulu.
Tetapi, bagi saya Sentuhan.Jiwa punya objektif yang ringkas & jelas. Ruang perkongsian pandangan & pengalaman.
Mungkin tidaklah semuanya betul & bermanfaat, tetapi sekurang-kurangnya menambah satu perspektif dalam penilaian & pertimbangan kita terhadap sesuatu perkara.
Abu.Asiah

Saya sudah berusia 22 tahun pada Jun lepas. 1 minggu selepas ulangtahun kelahiran saya, kami telah selamat dikurniakan seorang cahaya mata penyeri rumahtangga yang dibina September 2007.
Setelah 22 tahun dan khususnya setelah mendapat cahaya mata pertama, saya kerap terkenang masa-masa lalu. Betapa lajunya waktu berlalu, dan betapa cepatnya saya telah membesar sehingga telah sampai ke satu fasa baru kehidupan, alam rumahtangga.

Cuma kerap juga saya terfikir, adakah usia saya seiring dengan prestasi sebagai seorang hamba Allah?
Hari Ini & Esok
Warga pengunjung Sentuhan.Jiwa yang dikasihi,
Tahun 2009 ini pasti tidak akan lama bersama kita. 2010 dan tahun-tahun yang seterusnya akan kunjung tiba samada kita rasa ianya cepat atau lambat.
Saya sekadar ingin mengajak anda untuk sama-sama menyemak balik sejauh mana diri kita memahami hakikat matlamat hidup seorang Muslim dan prestasi kita ke arah pelaksanaannya.

Kalau terpesong atau tercicir, mari kita sama-sama kejar dan berada di landasan yang sebenarnya semula.
Rasanya tidak ada istilah terlewat andai kita masih bernyawa.
Kebangkitan Jiwa

Saya mengharapkan agar jiwa saya dapat bangkit semula.
Ke arah membina akhlaq yang mulia & disukai masyarakat.
Ke arah membangun semangat menuntut ilmu & menamatkan pengajian.
Ke arah membantu rakan-rakan & masyarakat.
Ke arah membina generasi harapan
Ke arah mencapai keredhaan Ilahi
Salam Kebangkitan Jiwa!




pagi-pagi bila baca enrty ang membuatkan aku smgt man
makna, aku masih tidak terlambat utk bangkitkan jiwa ini utk belajar sungguh2…seterusnya mendapat mua’adal macam acap…heh
ada masa 2thn lagi
By: mun on October 27, 2009
at 4:35 am
semoga berjaya… insyaAllah pak mentua lebih mudah nk terima pinangan.. heh heh..
By: aimanrosli on October 28, 2009
at 2:13 pm
heh.
tips tuh mun….
By: kher on October 29, 2009
at 3:46 pm
Man, rindu la kat anta, teringin nak jumpa dgn Asiah, moga kita terus bangkit dan istiqamah atas jalan dakwahNya.
By: Zainal on October 27, 2009
at 10:19 pm
salam dari malaysia.. akh, ape yg 27hb oktober tu?? tertunggu2 ni..dh sehari ni..
By: ibnu_jamalludin on October 28, 2009
at 1:14 pm
to ibnu_jamaluddin: tak ada apa pun… entry kebangkitan jiwa ni je, sekadar entry sulung ana setelah lama berdiam diri… ni sapa ye sebenarnya?
By: aimanrosli on October 28, 2009
at 1:16 pm
nice post. so genuine and inspiring. at least to me that is. really made me think of what i’ve been doing this past couple of years. though i’m definitely not as mature and probably far behind and lacking a lot but it made me feel like i can be better in my own ways at least. great post man!
By: halfi on October 29, 2009
at 10:10 am
kita masih ada masa nak berubah. bak kata pepapatah jawa ” sesalo dahulu pendapatan, sesalo kemudian enggak berguna”
By: mun on October 30, 2009
at 5:03 am
semoga terus kekal dalam perjuangan.
insyaAllah kejayaan buat semua yang mahu berjaya.
By: kher on October 29, 2009
at 3:47 pm
abg long…angah tengah exam…doa tau…ada 4 madah lg…kaklong gak…satu lg lawak la tgk muka time muda2 dlu…hehe…
By: puteri on November 7, 2009
at 7:11 am