Kembali bersiaran setelah penat menghabiskan hari-hari yang sibuk dengan pelbagai urusan.
Ops, tak ada istilah rehat dalam berjuang. Sebab itulah orang yang betul-betul bekerja tiada masa untuk duduk goyang kaki.
Tadi terima SMS dari Ummi yang teramat rindukan cucunya. Maklumlah, dua tiga kali call Asiah tengah tidur.
Tak apalah, entri kali ini Kak Long update pasal Asiah yang semakin mem’besar’ khas untuk Ummi ^_^
Asiah sekarang dah pun 4 bulan. Makin montel dan debab, tambahan pula dengan cuaca yang makin sejuk ni. Bab-bab meniarap Asiah dah expert sejak dari Malaysia lagi. Sampaikan susah bila Ummi dia nak tukar diapers sebab dia asyik nak pusing.

Tak sampai 3 bulan Asiah dah boleh meniarap

Saat ditukarkan diapers... jangan tengok, maluu.
Sekarang ni Asiah tengah berusaha untuk maju setapak lagi. Setiap kali meniarap mesti nak angkat punggung ataupun tegakkan tangan. Lagi-lagi kalau Umminya letak toys atau handphone, terus galak tolak-tolak kaki sambil tangan terkuis-kuis cuba nak ambil mainan tersebut. Kadang tu sampai terpusing 180 darjah. Sangat gigih berusaha sampai dapat. Bila dah dapat, terus ngap masuk mulut. Itulah kerja dia sekarang ni, semua benda nak masuk mulut.

Horse ni macam sedap je... ngapp
Disebabkan selera dia yang nak ngap semua benda dan umurnya pun dah 4 bulan, Ummi Asiah pun cuba bagi dia makan ‘makanan’. Kali pertama, cuba bagi bubur nasi. Tapi Asiah tak mau makan. Tak sedap kot.

First time makan bubur
Lepas tu Ummi suruh Abahnya beli nestum. Alhamdulillah, selera sungguh dia makan. Sampai tak cukup-cukup. Umminya bancuh sikit jela takut tak habis. Tengok-tengok, habis je nestum tu terus mengamuk. Maka, Ummi pun sumbatlah susu. Awal bagi makan agak ’selebet’ sebab Asiah belum pandai makan lagi. Comot-momot sampai hidung pun makan nestum sekali. Tapi makin lama makin ok. Dah pandai tarik tangan Ummi dia yang tengah pegang sudu untuk di’ngap’.

Mangkuk MATA ni ada dua biji mata goli macam mata Asiah
Ummi guna set makan MATA yang auntie Lina bagi. Somel sangat sebab kat mangkuk tu ada mata bolatt macam mata Asiah.
Asiah sekarang ni sangat suka main ‘pull-to-sit’ dengan Ummi Abah dia. Bukan main excited bila main tu.
Kadang tu tengah Asiah dok merengek mengada-ngada, bila tarik bangun je terus gelak kekek-kekek. Asiah memang dah pandai gelak sekarang ni. Dia suka gelak kekek-kekek bila orang cium perut dia atau geletek dagu dia. Sangat comel sampai kadang tu leka main dengan dia.
Satu perangai baru Asiah akhir-akhir ni ialah suka nak manja mengada-ngada bila sampai hujung minggu. Iyalah, hujung minggulah waktu ‘emas’ kami dengan dia. Hari lain sibuk ke kelas, malam pula Asiah tidur untuk beri laluan Ummi Abah study. Maka, hujung minggu inilah kesempatan Asiah untuk bermanja-manja. Dari pagi sampai petang tak letih-letih main. Tidur sekejap tengahari, sambung balik main. Ummi Abah pula yang letih layan kerenah dia.

Dah boleh naik walker yang Acik Shaima' & Acik Jui kasi, hehe.. seronok

Ummi, tolong bukakan TV ni...

Inilah kerja dia, khusyu' tengok kartun arab... (sebenarnya Ummi dah tak larat main dgn dia, tu yang bagi tgok TV)

Asyik menonton sampai tak sedar Ummi snap...

Tertidur setelah keletihan sepanjang hari
Apa pun, rahmat Allah yang cukup besar dengan mengurniakan kami anak yang comel dan solehah. Ramai orang tanya, macamana nak study bila dah ada anak?
Alhamdulillah, Allah tolong. Setiap malam lepas maghrib Asiah terus tidur sampai tengah malam. Kemudian bangun sekejap minum susu dan sambung tidur sampai Subuh. Makanya, kesempatan inilah kami gunakan sebaik-baiknya untuk study. Kuantiti study mungkin tak sebanyak orang lain, tapi harapnya study yang sedikit itu biarlah berkualiti.
Kalau kita bersangka baik dengan Allah, Allah akan memberikan jalan. Jangan anggap anak ini beban yang menyusahkan, tetapi rahmat yang besar dariNya. Setiap anak sudah tertulis rezekinya, ajalnya, takdir baik dan buruknya. Berdoalah semoga kita sentiasa beroleh yang terbaik dariNya.




cepatnye baby asiah membesar~ geram tengok mata dia bolat
moga Allah bagi kekuatan mentarbiyah Asiah
By: jui on October 30, 2009
at 6:36 pm
Mmg tak terasa cpt je dia membesar esp bila dah busy dawam..
By: asmakhalid on October 31, 2009
at 8:20 pm
fine, amai pon rindu asiah.. harap dpt dukung die lagi sebelom die pandai jalan..
By: amai on October 31, 2009
at 12:50 am
Tak sempat kot Mai, kena dtg sinila kalo nak. K. Long myb lmbt lg bru balik. Balik2 kang Asiah dah leh jalan.
By: asmakhalid on October 31, 2009
at 8:21 pm
aciah oh aciah…ni nape banayk ragam ni…paman munir tabok karang baru tau…dgn paman tak mau senyum..acik nangis je…ish ish
p/s
paman maksud pak cik dalam jawa barat
tabok maknya nak kena pok dalam bhs jawa timur
By: mun on October 31, 2009
at 10:02 am
Haha, Asiah mmg ada darah jawa.. turun dari Tokwan dia..
Kena praktis lg tu paman.
By: asmakhalid on October 31, 2009
at 8:22 pm
amir pun geram tengok mata bolat asiah
he3 he geram kaklong hantarlah asiah dengan post biar amir jaga.
By: amir mujahid on October 31, 2009
at 10:51 am
Takyah hntr guna pos mir, lambat.. K. Long hntr guna Skype ye, laju sket.
By: asmakhalid on October 31, 2009
at 8:23 pm
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk kita bertemu dan bermesra. Biar seketika, terasa mahal saat yang berlalu bersama aiman, aishah dan asiah.. jangan silu untuk terus bertandang ke teratak naufal.
By: umimaudah on October 31, 2009
at 1:21 pm
InsyaAllah Umi.. Rasanya rumah Umi tu destinasi wajib kot setiap kali balik Msia ^_^
By: asmakhalid on October 31, 2009
at 8:24 pm
Comelnye Asiah, haha. Teruskan perjuangan..
By: Umar Abdul Rashid on November 1, 2009
at 3:37 am
masha Allah..
rindunye kt asiah.geram tgk!huhu..
asiah jgn nakal2,dgr ckp ummi ngan abah tau!
moga asiah jadi anak yg solehah.
rindu k.asma’ gak.moga terus diberi kekuatan~
salam fr huda se-family di seremban^^
By: al-huda on November 1, 2009
at 9:11 am
i’m not tired of saying this over and over..
SSSOOOMELNYEEEHHH ASIAHH
ni bile nak gelak kekek-kekek dengan uncle ejad ni hmm? hmm?
By: ejad on November 1, 2009
at 7:33 pm
lu apehal jard…jgn potong line gua
aku dah tempat asiah dr awal lagi…tak caya ang tanya kat papa aiman
By: mun on November 2, 2009
at 8:46 pm
lu muka mat rempit sah2 la asiah xnak gelak depan lu.gua muka mesra alam
By: ejad on November 3, 2009
at 5:41 am
hahahaha…..
well nice kid.
tp nyer asal mata bulat sangat?
hehehe….
By: kher on November 4, 2009
at 5:11 pm
humang aih, comel tak ingat, if only i can do a photoshot session with asiah, hahaha. aihh, tgk member dh ada anak besor nih, terasa tua la plak, hahaha.
By: Zainal on November 4, 2009
at 9:41 pm
Comelnyer……rindu la kt asiah…bla nk blik cni?km semua rindu kt asiah…nk picit pipi dia.hehe…
By: puteri on November 7, 2009
at 7:16 am
salam, semoga semuanya sihat.
cutenya asiah…comel3..
geram sgt2..sebelum ni tengok gambar dari blog je. hari tu jumpe depan2, boleh picit2 pipi..
jadi anak solehah ye…geramnye asiah..!!
By: husna on November 8, 2009
at 1:39 pm
waa…abg long pun makin cute gak ar…
By: kamal kassim on November 10, 2009
at 2:09 pm