Pernah dengar tak orang kata nak ‘ikat’ suami kena ‘ikat’ perutnya?
Bukanlah bermaksud ‘ikat perut’ untuk diet tu, tapi maksudnya isteri ni kenalah pandai masak.. Barulah suami tak cari makan kat luar.. ada betulnya tu. Bukan setakat tu, air tangan seorang ibu yang diyakini kebersihan, kehalalan dsb sangatlah baik untuk tumbesaran anak-anak. Sumber makanan yang baik adalah penting untuk memastikan kebersihan hati.
Alhamdulillah, setakat ini Abu Asiah sentiasa sukakan masakan saya.. siap puji sedap lagi.
Seronok tau bila dipuji suami sendiri, rasa berbunga-bunga hati. Walaupun kadang tu nak masak lebih lama dari nak melicinkannya, tapi rasa berbaloi. Saya selalu membayangkan bagaimana agaknya bila dah sibuk housemanship nanti, sempatkah saya nak memasak untuk keluarga?
Apa pun, saya memang dah bertekad untuk cuba seboleh mungkin menyajikan air tangan saya buat suami dan anak-anak.
So buat kawan-kawan yang masih ‘bujang’ walaupun dah berpunya, belajarlah memasak dari sekarang. Buat yang dah tak bujang, jom kita mantapkan skill memasak kita!







akak pernah dgr, antara soalan yg akan cuak, biler ditanye oleh bakal mak mertua, ‘pandai masak tak ni?’
yg mmg terer masak, xkan nk ngaku ‘yea, sy hebat memasak’. mestila senyum malu2 gitu..
yg mmg xreti masak, …paham2 sendiri la..huhu
apepon, slmt enjoy memasak utk fmly! ^^ usratie jannatie
By: ainshams on February 2, 2010
at 8:06 pm
Akk, mak mertua Asma’ advance sket.. dia tak tanya pandai masak ke tak, tapi dia tanya, “Hari ni masak apa?”
Ye, K. Ain senyum sipu2 malu sebab dah tere masak la kan, huhu..
By: asmakhalid on February 5, 2010
at 6:45 am
Slm..kaifa haluk?? lama rasanya tak berhubung dgn abg n kak long..kali terakhir rasanya wktu amar tnya abg psl PRK KUIS..amar akan start ber”exam” 17/2 ni..mengharapkan doa dr abg n kak long..
p/s: bila la plak kami adik2 yg di msia ni nak merasa home made lasagna tu yer..asyik2 abg jer yg rasmikan dulu..mcm mn tak beso “tangki” tu..
..
By: 'Ammaar Rosli on February 3, 2010
at 6:21 pm
Sapa nak lasagna K. Long kena mai sini dulula.. hehe. InsyaAllah bittaufiq wan najah fil imtihan
By: asmakhalid on February 5, 2010
at 6:49 am
hehe..tgkla klau ade rezeki..
By: Anonymous on February 5, 2010
at 5:55 pm
bagilah resepinya sekali asma’.boleh akk masak utk family akk lak..hehe
By: ummufaqeh on February 6, 2010
at 11:57 am