Hebatnya Wanita
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita sayap kiri kaum lelaki.
Wanita berhati lembut.
Wanita kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..
Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..
Sesungguhnya, tidaklah Allah menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Setiap ciptaanNya saling melengkapi. Kerana itulah kita memerlukan antara satu sama lain.
Perihal wanita
Saya baru sahaja tamat rotation Obstetric & Gynecology (sakit puan). Ada beberapa ‘kejadian’ yang saya suka untuk kongsi.
Scene 1 (Last day O&G rotation)
My friend: After this O&G rotation, I really thank god that I’m a male..
Me : *Grin*
Scene 2 (Ward rounds with Dr. Q)
Dr Q : That women comes to us to have c-sec. She’s already old. Guess what para is she (means how many times she deliver baby) ?
Us : ??
Dr Q : Sixteen
Me : Wow
Dr Q : We decided to do tubal ligation for her. But she refused.
Scene 3 (Lecture: talking about LMP)
Dr X : Sometimes, when we ask the patient.. when was your Last Menstrual Period (LMP)? She might answer, “Emm.. 15 years ago I think”..
Dr X : There is a patient that only getting menses twice in her lifetime…
Lucu juga bila dengar. Tapi itulah hakikatnya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Memikul tanggungjawab mengandung, melahirkan dan membesarkan anak bukan senang. Wanita memang hebat sebab dapat pikul tanggungjawab besar ni.
Sebab itu wujudnya istilah ‘supermom’. Wanita dikurniakan kelebihan multi-tasking yang luar biasa. Mampu buat kerja all-in-one. Sambil makan pun boleh tidurkan anak.
Saya agak kagum dengan ciptaan Allah yang satu ini.. wanita. Diciptakan dari tulang rusuk lelaki.. dijadikan lemah fizikal, tetapi memiliki hati yang sangat kuat. Juga sangat kagum dengan proses penciptaan manusia itu sendiri. Dari hanya 2 sel, menjadi seorang manusia yang sempurna anggotanya. Dikurniakan pula akal untuk berfikir dan nafsu sebagai ujian.
Institusi keluarga
Bercakap tentang keluarga, memang tak dapat dinafikan wanita memiliki peranan yang sangat penting di situ.
Namun, wanita juga boleh berperanan sebaliknya.. menjadi punca rosaknya institusi rumahtangga tersebut.
Saya sampai sekarang masih tak dapat membayangkan bagaimana seseorang itu ter’gamak’ untuk mem’buang’ bayi yang sedikit pun tak berdosa. Bahkan, dia tidak sekali pun meminta untuk lahir ke dunia. Sedangkan saya sendiri, nak berpisah dengan Asiah sekejap pun susah. Sayang punya pasal.
Memang tak dapat dinafikan lagi, situasi sekarang terutamanya di Malaysia amat membimbangkan. Gejala sosial yang semakin lama semakin parah, hingga sering membuatkan saya risau untuk balik ke Malaysia (for good) nanti dan berhadapan dengan realiti.

Cita-cita saya sejak kecil memang untuk menjadi doktor pakar sakit puan (InsyaAllah, working on it).. Saya sangat gembira terutamanya bila melihat bayi yang keluar dari rahim seorang ibu, melihat wajahnya yang mulus, mendengar tangisannya yang kudus, serta melihat sinar kebahagiaan dari wajah si ibu. Namun apa yang menyedihkan, saya mungkin akan berhadapan dengan kes-kes yang ‘tak diingini’ yang sering berlaku di kalangan remaja wanita hari ini. Mendengar kisah dari Dr. Z dan Dr. H pun dah cukup untuk membuatkan saya…*tak tahu nak cakap apa* Mudah-mudahan Allah kurniakan hidayah buat mereka..
Hebatnya wanita itu mestilah kena pada tempatnya. Jika kehebatan itu disalurkan dengan baik, nescaya natijahnya pun pasti hebat. Sama-samalah kita berusaha menjadi wanita yang hebat, penyambung generasi rantai perjuangan para Rasul.



alhamdulillah…nice one ukhti!
and i would say..”i really thank God that i’m a woman” =)
Yeah, me too.. being a women is indeed an honour..
Cita-cita saya sejak kecil memang untuk menjadi doktor pakar sakit puan (InsyaAllah, working on it)..
hmm~ me to.. please make du’a for me. tgh apply medic kat mesir..
Junior hira’,
InsyaAllah.. moga Allah permudahkan.
Btw, why not Jordan? hehe.. mari kita meramaikan penghuni Jordan!
kos di jordan tinggi bbndg mesir. nak apply biasiswa pun agak susah.
kalau de individu bleh tanggung, nak je ke jordan. hehe
sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu. ini menunjukkan betapa mulia dan tingginya islam mengangkat mereka2 yang bergelar wanita ini.. tangan yang menghayun buaian bisa juga menggoncang dunia.. hehe
Betul betul betul..
Lelaki pun ada kelebihan tersendiri. Masing2 ada posisi & peranan masing2. Entry pasal lelaki kena suruh mr. abu asiah la yg tulis.
mabruk alaikuma
ana terharu setelah membaca artikel ini
di harap anti dan abu asiah sentiasa dipermudahkan Allah dalam segala urusan dakwah
p/s: rizal kota kuala muda
thnx for the sharing k asma..
really appreciate it
wanna say,
‘am proud to b a woman..
alhamdulillah..
hope that i’ll be a woman with ‘rijal’ soul
(working on it too..)^_^!
insyaAllah..
Kauthar ^^ jom kita jadi wanita ‘rijal’..
Bukan lelaki shj boleh jd rijal.. dan bukan semua lelaki pun boleh jadi ‘rijal’