Tentang jiwa
‘Sentuhan Jiwa’ merupakan hasil usaha pasangan mutazawwij muda yang kini sedang meneruskan perjuangan ilmu dalam bidang Perubatan di Jordan University of Science & Technology…
Jiwa lelaki itu…
Hasil cinta dua jiwa bergelar daie (Rosli Abdullah & Che Noor Arifah), lahirlah seorang jejaka yang diberi nama Aiman bin Rosli. Dilahirkan di Hospital Sg. Petani, Kedah pada 21 Jun 1987. Beliau merupakan anak pertama dari 10 1/2 orang adik-beradik yang kini bermastautin di Tikam Batu, Kedah. Menerima pendidikan awal di Pasti Lahar Minyak, seterusnya melanjutkan pelajaran di SK. Sg. Kantan, Kajang (1994), SK. Long Jaafar, Taiping (1995), SK. Bandar Baru, K. Selangor (1996-1998), SK. Lubok Buntar (1999), & SMKA Baling (2000-2004). Kini, perjuangan sedang dan masih diteruskan di Jordan University of Science & Technology dalam bidang perubatan, tahun empat. Beliau sudah pun dua tahun mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan dan kini dikurniakan seorang cahaya mata penyejuk jiwa…
Jiwa wanita itu…
Kedinginan musim luruh 12 Oktober 1987 di Albany Medical Centre, New York… menyaksikan kelahiran seorang puteri hasil ikatan suci Ahmad Khalid Ismail & Siti Khadijah Ab. Manan. Puteri itu diberi nama Asma’ sempena nama sahabiat agung zaman Rasulullah s.a.w. Merupakan puteri sulung dari lima orang adik-beradik. Menerima pendidikan awal di Tadika Ihkam, Gombak (1992), Tadika Huda, Kangar (1993), SRI Al-Azhar, Jitra (1994-1999), SMI Hira’, Jeram (2000-2004). Kini, bersama-sama suami tercinta meneruskan perjuangan ilmu dalam bidang perubatan, tahun kelima di Jordan University of Science & Technology.
Jiwa gadis itu…
Setelah melalui pelbagai ujian dan cabaran, lahirlah seorang jiwa suci di bumi barakah Jordan. Tangisan pertamanya memecah kedinginan malam 27 Jun 2009. Asiah Awatiff nama diberi buat puteri sulung Aiman Rosli & Asma’ Ahmad Khalid. Lahirnya menandakan bertambah seorang lagi umat Rasulullah yang akan menegakkan dakwah baginda. Semoga Asiah terus membesar menjadi anak yang solehah serta menjadi seorang dai’e yang bakal menyambung perjuangan Ummi & Abah.
Semoga segala cetusan jiwa yang dinukilkan menerusi ‘Sentuhan Jiwa’ ini dapat dimanfaatkan bersama. Akhir bicara, dua jiwa ini berharap agar dapat membina keluarga du’at muslim yang bakal melahirkan generasi para du’at masa hadapan, InsyaAllah…

salam..
pernah satu ketika dulu..sy sgt suka tgk bintg di lngit..terasa sgt kebesaran ALLAH..setiap kali tgk bintg,mmg rasa zouq yg amat sgt..tapi ntahla skrg seolah2 perasaan tu mcm dah pudar..may b sbb susah sgt nak tgk bintg kat lgit..bila mlm pon belum tntu ada bntg..mmg terasa kehilngan satu bnda yg besar bila dah xrasa zouq mcm dulu..adakah ini yg dikatakan dugaan dr ALLAH atau azab keatas sy yg byk dosa ni..sy sgt rindukan perasaan itu..
Wslm Khadijah,
Melihat pada ciptaan Allah sememangnya boleh mendekatkan diri kita padaNya sebab pada setiap kejadian itu ada keajaiban tersendiri… Banyak lagi ciptaan Allah yg Khadijah boleh tengok selain bintang, misalnya di Jordan ni akak suka tengok langit waktu siang. Rasa diri ni sangat kerdil. Kalau musim bunga, lagi cantik. Macam-macam jenis bunga ada. InsyaAllah Khadijah akan dapat lihat suatu hari nanti.
Mengenai zouq yang makin pudar, bukanlah dugaan atau azab tetapi dari hati sendiri. Hanya hati bersih yang berfikir akan dapat merasai kebesaran ciptaan Allah ni, cuba lihat & fikir serta zikir…bukan hanya sekadar lihat & ‘posing’ tanpa ambil sebarang manfaat…
Thanks for visiting my blog…uhibbuki fillah..
salam ‘alayk…
utk kak asma’…erm…
andainya manusia ini seindah bintang dilangit…
dirinya menjadi penyinar diwaktu mlm…
mengubat sunyi insan meratap
berkelip2 di angkasa,,,
menjadi bahan tunjuknya jari…
berhampiran satu sama lain…
keceriaan terserlah…
dalam satu langit menjadi hamba TUHAN…
kekosongan terisi…
tatkala keimanan mula bersinar..
demi munuju cintaMU…
YA RABB..
erm…ape yg ana nk smpaikn nie senanye eh…huhuhu~
tp x per..mungkin ayat2 ana nie dlm sket makenye…
akak simpan bebaik yer ayat nieh…
uhibbuki fiLLah..
jemput masok blog ana yer…
kagum
erm.
pertukaran citarasa..
semoga sentiasa dlm landasan`-Nya~
HaN,
mana2 yang cacat tu, aasif jiddan ye.
Semoga beroleh manfaat
sifoo_IMJ,
yup, dah bertukar status & title.. cara & pemikiran pun kena berubah. Tak boleh selamanya & semuanya macam dulu supaya kita sentiasa MAJU !! Syukran.
khairul_ummah,
wawie, kata-kata yang indah. Itulah yang akak harapkan, mengambil istifadah dari bintang & menjadi sepertinya. Semoga mendapat cinta yang didamba.
InsyaAllah akak dah beberapa kali ziarah sana dan akak akan terus ziarah. Tapi kena tunggu ada ‘hidangan’ barulah ye.
Telah sekian lama umat ini tidur dibuai Dunia, didodoi Penjajah. Moga Sentuhan Jiwa akan terus menyentuh dan menggerakkan jiwa-jiwa umat ke arah menegakkan Agama Allah dipersada dunia zaman kini. “Hayya alal Jihad”. Ameen.
Ana rasa bangga dengan anda berdua..teruskan perjuangan dan kembali ke Malaysia dengan selamat..salam ukhwah..!
salam..
Apa khbar?mcmmna khidupan di JUST??InsyALLAH klu tiada apa2 rintngan saya akan ke sana tahun hadapan,tapi tidak la sehebat sentuhan jiwa,hanya mampu meneruskan perjuangan ke Yarmout univesiti shj,biiznillah,,,
Klu ade apa2 advise nak bg boleh juga,,
syukran,,mabruk alaikum…
Wsalam,,
assalammualaikum…..
mabruk alaikum.
Syabas ana ucapkan buat anta berdua…
Teruskan usaha dakwah anta walau di mana kita berada …
salam perjuangan dari sahabat lama dari utara……..
Menarik coretan sentuhan jiwa nih
)
One day nak mengikut juga, hee~
Selamat berjaya meneruskan perjalanan belajar kalian!