Posted by: asmakhalid | August 13, 2009

Rindu abah

Asiah di hari pertamanya menjengah dunia.. chubby macam Umminya

Asiah di hari pertamanya menjengah dunia.. chubby macam Umminya

 

Gambar terbaru Asiah, orang kata muka Asiah dah lain sekarang

Gambar terbaru Asiah, orang kata muka Asiah dah lain sekarang

Asiah rindu sangat dengan Abah. Asiah sekarang di rumah Tok Wan & Tok Aki di Klang. First time Asiah merasa naik kapal terbang. Mula-mula tu rimas sangat waktu Ummi beratur nak check-in sebab ramai orang. Asiah jadi gelisah. Asiah pun nangis kuat-kuat nak beritahu Ummi yang Asiah tak selesa. Kesian Ummi kena dukung Asiah sambil beratur.

Waktu naik kapal terbang pun Asiah menangis lagi. Bunyi bising & Asiah rasa telinga berdengung. Ummi pula dah kepenatan. Dahla tak dapat bassinate sebab ramai sangat baby. Nasib baik ada Mbak Sarah duduk sebelah Ummi. Mbak Sarah yang tolong tenangkan Asiah & pegang Asiah waktu Ummi makan.

Transit di Dubai, banyak sangat lampu-lampu. Airport Dubai besar sangat. Cantik pula tu. Asiah rehat di surau dengan acik-acik. Ummi lenguh sangat tangan sampai menggeletar. Tapi sempat jugak shopping coklat dengan Acik Shaima’.

Flight seterusnya, Asiah tidur sepanjang perjalanan lapan jam tu. Bangun sekali je untuk minum susu. Asiah penat sangat dah. Alhamdulillah dapat bassinate, lena Asiah tidur dalam tu. Ummi pun dapatlah tidur.

Esoknya turun flight je Ummi kata dah sampai Malaysia. Ummi terus bawa Asiah ke tandas, tukar diapers, lap badan, & pakai baju baru. Tapi sampai dekat gate, Ummi kena tahan sekejap sebab passport Asiah tu passport sementara. Pakcik tu suruh dapatkan surat dari pejabat, tapi bila pergi pejabat dia kata tak perlu surat. Alhamdulillah, lepas juga walaupun lambat. Ummi sorong Asiah dalam troli dengan beg-beg sekali sebab tak cukup tangan. Keluar je, terus Nampak muka Tok Wan, Tok Aki, Mak Uda, Pak Teh & Pak Cu senyum kat Asiah & cium Asiah. Tapi malam tu, Pak Teh & Mak Uda kena balik asrama. Tinggal Pak Cu sorang.

Abah tau, Pakcu suka sangat jaga Asiah. Pakcu suka dukung Asiah. Pakcu tolong Ummi angkat barang-barang Asiah. Pakcu main dengan Asiah. Pakcu bagi Asiah susu. Asiah sayang Pakcu.

Abah, esok Asiah nak ke Pahang jumpa moyang. Minggu depan nak balik Kedah jumpa Tok Mi & Tok Ba pula. Abah balik cepat-cepat ye, Asiah rindu sangat-sangat dengan Abah.

Pakcu Amir suka sangat jaga Asiah

Pakcu Amir suka sangat jaga Asiah

Posted by: asmakhalid | August 13, 2009

Antara dua

keep_thinking

Apa perlu kita lakukan bila berlaku pertembungan antara dua kebaikan atau kewajipan?

Antara solat berjemaah dan solat awal waktu…

Bila program persatuan bertembung dengan peperiksaan…

Bila temu janji bertembung dengan usrah…

Bila program dakwah bertembung dengan aktiviti keluarga…

Mana yang perlu diutamakan?

Sedar atau tidak, dilema-dilema seperti ini sering kita alami dalam kehidupan seharian. Mahu tak mahu kita mesti membuat keputusan. Tetapi, atas dasar apakah keputusan perlu dibuat? Kedua-duanya sama baik, sama penting. Tiada jawapan objektif untuk perkara ini. Bergantung pada situasi. Tapi, ada garis panduan yang boleh digunakan untuk membuat pertimbangan.

1. Utamakan perkara yang maslahatnya lebih besar.

2. Utamakan perkara yang kepentingannya lebih utama.

3. Jika kedua-duanya sama penting dan sama maslahat, utamakan perkara yang datang lebih awal.

Apa pun, semuanya bergantung pada penilaian kita terhadap situasi-situasi tersebut. Tepuk dada, tanya iman.

Posted by: asmakhalid | July 11, 2009

Pengalaman paling bermakna

‘Syurga itu di bawah telapak kaki ibu’

Pengalaman 9 bulan mengandung, melahirkan & 2 minggu menjadi ibu banyak menyedarkan saya akan pengorbanan seorang ibu. Memang layak untuk seorang ibu menerima penghormatan sedemikian. Sebelum ini, saya hanya tahu betapa susahnya mengandung, melahirkan, membesarkan & mendidik anak. Hanya sekadar tahu. Tapi kini, Allah beri peluang untuk saya sendiri merasai kesusahan itu.

Alhamdulillah, dua minggu telah berlalu. Pengalaman dua minggu sebagai first-time mum, tanpa bantuan sesiapa
Hanya suami setia di sisi membantu meringankan beban. Terlalu banyak mengajar kami erti pengorbanan tanpa mengira tempat, suasana & masa. Jika di Malaysia, saya ada Umi. Tentu banyak boleh membantu. Tapi Allah takdirkan untuk saya berdikari & belajar sendiri dari pengalaman. Terima kasih ya Allah.

Buat keluarga di Malaysia,
Asiah alhamdulillah sihat walafiat. Esok, Kak Long akan mula ke kelas. Jangan risau, Kak Long akan naik teksi terus ke hospital. Abang pula akan jaga Asiah di rumah. Tapi biasanya pagi-pagi Asiah suka tidur, so senanglah abang nak jaga.
Kak Long titipkan beberapa keping gambar Asiah untuk tatapan Tok Aki, Tok Wan, Tok Ba & Tok Mi.

Asiah_edited1

Beberapa keping gambar Asiah. Banyak lagi dalam koleksi tapi malas nak upload.

Asiah_edited2

Asiah bersama Abah & Uminya..

P/s: Terima kasih yang tak terhingga kepada semua sahabat yang membantu. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.

Ummu Asiah,

Irbid, Jordan.

Posted by: aimanrosli | July 10, 2009

Cukur Rambut

Sekadar berkongsi, pengalaman mencukur anak buat pertama kali. “Suspensi”…

Antara “Uncle-uncle” yang terlibat ‘mengerjakan’ kepala Asiah;

  1. Aiman Majdi [Tukang Gunting Rasmi Batch MEP 5]
  2. Abdul Munir [Expert in Travel & Tour kt Jordan]
  3. Abdur Rahman [Member warga Somalia & Kenya; ada 2 citizenship kata dia]

Apapun, syukur segalanya tenang & berjalan lancar setelah 2 minggu Asiah hadir dalam kehidupan seharian kami. Letih tu sudah pasti. Semoga pengalaman yang kami lalui ini akan mematangkan kami lagi, insyaAllah.

Asiah

Asiah sebelum bercukur, lebat rambutnya

Asiah selepas di'botak'kan

Asiah selepas di'botak'kan

p/s;

  • Terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan (akhawat) yang bantu sediakan makanan untuk Asma’ sepanjang 2 minggu ini.
  • Terima kasih juga kepada yang menghulurkan bantuan, sumbangan & hadiah2 yang comel2 untuk Asiah
  • Terima kasih juga kepada yang sudi menziarahi kami
  • Jemput kepada sesiapa yang masih belum datang ziarah untuk datang ke rumah, cumanya kami buka waktu lawatan sekitar jam 6 ke atas memandangkan waktu lain agak sibuk mengurus Asiah dan Asma’ pun masih perlu banyak berehat lagi

Abu Asiah

Irbid, Jordan

Posted by: aimanrosli | June 28, 2009

Asiah Awatiff binti Aiman

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi, atas limpah kasih & rahmatNya maka telah selamat isteri saya, Asma’ Ahmad Khalid melahirkan seorang bayi perempuan, Asiah Awatiff binti Aiman sekitar 9.40 malam di Hospital Irbid Islami (Mustasyfa Irbid Islami).

Asiah

Asiah-Ummi

Bayi kami terpaksa dilahirkan melalui pembedahan selepas menunggu sekitar 6 jam (selepas diberi ubat oleh doktor untuk induce kelahiran) tetapi sekitar jam 9 malam, tanda2 kelahiran yang jelas belum nampak dan kepala Asiah pun dah mula keluar urat-urat. Doktor kata saiz pelvis dah normal, cuma saiz bayi yang terlalu besar (4.5kg) menyebabkan bayi tu sendiri susah nak keluar.

Terima kasih kepada semua yang membantu, yang memberi sokongan dan yang mendoakan sepanjang menunggu kelahiran cahaya mata kami ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda.

asiah-asmasama macam ummi dia tak?

Wassalam

Abu Asiah (untuk sementara Azzam x ada lg)

Posted by: asmakhalid | June 21, 2009

Diari Ummi

Lebih seminggu juga saya berhenti menulis blog. Bukanlah kerana terlalu sibuk, tetapi mood untuk menulis tak kunjung tiba. Hari ni, saya nekad untuk menulis sedikit khabar berita. Bukan apa, ramai yang bertanya perkembangan saya & baby. Rasanya lebih baik saya tulis di blog saja. Tak perlu nak cerita banyak kali kan?

Sepanjang tempoh 10 hari ni, macam-macam perkara telah berlaku. Perasaan saya pun kerap berubah-ubah, saya jadi agak sensitif kebelakangan ni (sebab hormon kot). Minggu lepas, fikiran agak kacau memikirkan tiket yang dibeli untuk Ummi saya datang ke sini belum juga selesai walaupun tarikh Ummi sepatutnya fly tinggal lagi 2 hari.

Masalah yang berlaku waktu tu, nama Ummi dalam waiting list. Maka, syarikat tu tak boleh issue tiket sedangkan kami dah bayar pada agen. Akhirnya, sehari sebelum Ummi fly, kami beli tiket baru. Tapi taklah bayar penuh, cuma perlu tambah sikit sebab tiket baru ni lebih mahal. Tak kisahlah mahal sikit, janji Ummi dapat berada di sisi ketika saya bersalin nanti.

14 Jun, regular check up seperti biasa. Sekarang ni setiap minggu kena pergi check up. Berat baby dah dianggarkan 3.5 kg. Wah, sihatnya anak Ummi ni.

16 Jun, Alhamdulillah Ummi selamat sampai ke Jordan. Gembira sangat. Tu yang status YM senyum sampai telinga memanjang. Ummi sampai-sampai je, terus tengok perut saya. “Ni tinggi lagi ni kakak”. Nampaknya, saya kena lebih aktif berjalan supaya baby cepat turun & mudah bersalin. Lepas ambil Ummi di airport, terus pi shopping di City Mall. Saja nak bagi banyak jalan.

17 Jun, masih belum ada tanda. Ajak Ummi jalan-jalan ke beberapa tempat menarik di Jordan ni. Tujuannya supaya saya dapat banyakkan berjalan untuk cepat bersalin (lagi 3 hari nak mula kelas balik) & kalau saya dah bersalin nanti susahlah nak bawa Ummi jalan-jalan. Bayangkanlah, saya yang sarat ni berjalan kaki naik turun bukit & tangga di Umm Qays, Ajloun Castle, & Jerash. Dari pagi sampai petang berjalan. saya sendiri terkagum. Macam manalah saya boleh berjalan sebanyak itu. Balik ke rumah, masih belum sakit apa-apa. Cuma lenguh-lenguh kaki sikit. Ummi kata, Ummi memang pilih nama Asma’ untuk saya sebab nak saya jadi macam Saidatina Asma’ Abu Bakar. Memang betullah, saya rasa seperti mendapat kekuatan Saidatina Asma’ yang mendaki bukit ketika sarat mengandung untuk hantar makanan pada Rasulullah ketika hijrah.

18 Jun, bawa Ummi jalan-jalan ke balad. Juga sebab nak banyakkan jalan. Seronok tengok Ummi teruja dengan buah-buahan segar yang pelbagai di pasar. Sekarang tengah musim cherry, nectarine, peach etc. Dah banyak jalan, masih belum ada sebarang tanda. Lagi 2 hari nak due date. Lagi 2 hari nak mula kelas. Tinggal seminggu saja lagi Ummi di sini. Saya sudah mula digayuti resah. Petang tu, jumpa doktor di Najah. Dia kata kalau nak cepat, C-sec je (amboi, senangnya cakap). Terus reject nak bersalin di Najah. Pergi Badi’ah, doktor kata tunggu sampai Sabtu (20 Jun). Kalau tak ada tanda juga, kena induce.

19 Jun, bawa Ummi jalan Syari’ Jamiah. Nak berjalan banyak pun kedai tak banyak yang buka sebab Jumaat cuti umum di Jordan. Petang & malam pula, kawan-kawan datang ziarah. Noni, Pia, Ayman, Liya & Ziela offer nak surveykan Irbid Islamic Hospital. Hospital ni sangat nice & cosy. Harga pun ok, JD 140. Tapi untuk induce, kena jumpa doktor dia dulu.

20 Jun, jumpa Dr. Leena (doktor Irbid Islamic Hosp). Doktor ni sangat baik. Lepas diperiksa, Bishop Score saya 0. Kepala baby pun masih floating. So, tak boleh induce sebab chances of failure adalah 90%. Doktor suruh tunggu lagi seminggu with regular monitoring. Saya rasa agak down. Risau memikirkan kelas yang akan bermula esok, Ummi yang dah tak lama di sini, & paling utama saya risaukan keselamatan baby dalam kandungan. Maaf sangat kepada kawan-kawan yang call/ smsnya tak dilayan. Saya tahu semua orang pun risau. Tapi saya rasa saya perlukan sedikit masa untuk menenangkan perasaan. Boleh kan? Saya cuma mengharapkan doa dari kalian agar urusan saya dipermudahkan.

21 Jun, due date baby (40 minggu) + start kelas + birthday Abang (sorry terabai sikit birthday Abang tahun ni, risaukan baby punya pasal). Hari ni masih juga tiada sebarang tanda. Saya tidak ke kelas sebab nak jumpa doktor lagi. Sekarang ni, saya hanya tawakkal pada Allah. Hanya Allah yang berkuasa atas setiap yang berlaku & saya yakin apa yang ditakdirkan untuk saya adalah yang terbaik.

Kalau ada apa-apa perkembangan nanti saya akan maklumkan ye. Sekarang ni saya cuma harapkan doa dari semua, semoga urusan ini dipermudahkan. Bismillahi tawakkalna ‘ala Allah…

Posted by: asmakhalid | June 12, 2009

Sangat comel

Beberapa hari menjadi surisumah sepenuh masa agak menyeronokkan. Tiada stress. Tapi masuk hari ketiga ni dah jadi bosan sebab tak ada kerja dah nak buat. Mengemas, mencuci, menjahit, melipat pakaian dsb. semuanya sudah selesai. Hanya memasak saja yang berterusan setiap hari. Tapi memasak pun lama mana sangat.

Hajat di hati, teringin sangat nak jalan-jalan shopping di Amman. Tapi ada beberapa kekangan. Abang belum habis exam. Saya sedang sarat. Duit pun nak kena jimat untuk sambut orang baru nanti. Sudahnya, duduk rumah sajalah nampaknya.

Sejak saya hamil ni, saya sangat gemar shopping barang-barang baby. Bila pergi pasaraya saja pasti saya akan singgah di bahagian barangan bayi. Entah kenapa, satu perasaan yang sangat unik bila memilih barangan & pakaian anak. Susah nak digambarkan perasaan itu. Mungkin juga ini pengalaman pertama untuk bergelar ibu. Tapi saya rasa, bagi saya shopping barang baby tak kisahlah yang keberapa pasti seronok.

Setakat ni, kami hanya beli barang-barang basic sahaja dulu. Itu pun, semua barang kami beli yang corak & warnanya universal. Sebab kami masih belum tahu anak ini lelaki atau perempuan. Tapi yang pastinya, tak ada satu pun barang warna pink. Bukan apa, kalau barang pink baby boy tak sesuai pakai.

Saja nak tunjuk sedikit sebanyak barang-barang baby yang kami dah beli. Khas buat tatapan bakal Tok Aki, Tok Wan, Tok Ba, Tok Mi & acik-acik di Malaysia.

SJ_cot

1. Baby’s cot

Mulanya plan tak mahu beli katil baby sebab Ummi kata susah untuk susukan anak malam-malam. Tapi baru ni jumpa katil baby second hand yang sangat murah di Syari’ Idun. Maka, kami pun beli. Comel sangat kan? Kerana terlalu seronok, Umminya yang dah habis exam ni dengan semangatnya menjahit tilam, bantal & bantal peluk untuk katil baby ni. Jahit tangan tau, jangan main-main.

SJ_cradle

2. Baby’s cradle & carrier

Beli di Amman. Cradle ni untuk mudah letak & bawa baby ke mana-mana. Ke dapur, ruang tamu, bilik study, mahu pun jalan-jalan. Sebabnya, cradle ni juga boleh berfungsi sebagai carrier. 2 in 1, mudah & murah.

3. Baby’s Quilt

Set tilam & comforter ni beli awal dulu. Warna yang dipilih adalah universal. Sesuai untuk bayi lelaki mahupun perempuan.

4. Baby bathing & body care

Besen mandi baby. Beli di balad (pekan). Simple, cheap, & nice. Toiletries beli di Malaysia waktu balik hari tu, jenama Tollyjoy. Beli travel pack je dulu.

SJ_stuff

5. Clothing

Tak beli banyak pun. Beberapa helai sebagai syarat je dulu. Lagi pun baby cepat membesar. Banyaknya beli di Malaysia. Baju-baju di sini tak berapa menarik & agak mahal. Barut baby Tok Mi dah kirim dari Malaysia. Barut warisan dari zaman abahnya kecil.

6. Lain-lain

Pampers, botol susu etc semua dah beli serba sedikit sebagai syarat. Cuma beg untuk isi barang-barang ni kalau pergi jalan-jalan belum beli. Nak beli di sini, tak ada yang berkenan di hati.

7. Barang mak baby

Set bersalin Afiat (beli pun sebab paling murah yang saya jumpa waktu tu. Bila tengok isinya, terkedu. Banyaknya jamu/herba. Tak sanggup nak telan.

Pati ikan haruan. Untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman.

Nursing pad & breast pump. Memandangkan Umminya be’kerja’ summer ni, terpaksa beli semua ni. Ummi seboleh-bolehnya tak akan beri anak Ummi susu formula.

Ummu ‘Azzam: Terbayang anak Ummi pakai baju raya tahun ni, mesti comel ^_^

P/s: Innalillah buat pelajar-pelajar Kaherah yang ditimpa kemalangan & juga saudara-saudara kita di Thailand. Sama-samalah kita mendoakan mereka. “Cukuplah mati sebagai peringatan…”

Posted by: asmakhalid | June 9, 2009

Mana lebih baik?

Otak rasa ringan (walaupun badan makin berat). Alhamdulillah, selesai sudah ‘semester panjang’ kami selaku pelajar tahun empat. Memang seronok dengan pengalaman baru, tapi agak melelahkan bagi saya. Mungkin kawan-kawan lain tak rasa macam tu. Setiap minggu, tak sabar nak tunggu weekend (ngelat betul). Lepas tu, asyik mengeluh.. ‘bilalah nak cuti ni…’ Abanglah mangsa keluhan & rungutan saya bila penat balik dari universiti. Saya tahu, tak elok merungut atau mengeluh macam tu, takut kurang pahala. Saya sering merungut bukan sebab tak redha, tapi saya rasa lega bila luahkan pada abang (aci ke?). Saya tahu abang bukan boleh ganti tempat saya, tapi sekurang-kurangnya saya rasa sedikit lega bila kongsi dengan abang.

Sekarang ni, saya dah habis exam (maknanya dah cuti… best2 walaupun cuma sekejap). Abang masih berbaki 2 paper. Maka, tugas saya untuk bantu abang. Jadi suri rumah sepenuh masa. Latihan intensif utk jadi ibu. Walaupun kerja terbengkalai bertimbun (disebabkan exam tempohari) perlu diselesaikan. Walaupun kudrat dah tak sekuat dulu (buat kerja pun slow je). Tapi saya rasa seronok buat semua ni. Saya nak masak sedap-sedap untuk abang selagi masih mampu ni, nanti dah bersalin susah dah. Istimewa untuk suami tercinta yang banyak membantu sepanjang tempoh 9 bulan ni. Semoga jadi pendorong abang untuk study dengan gigih… (warning: soifi ni kena mula diet boleh?)

Bayi minggu ke 38. Gambar betul tak ada, tu yang letak gambar cekup dari internet.

Bayi minggu ke 38. Gambar betul tak ada, tu yang letak gambar cekup dari internet.

Alhamdulillah, buah hati kami dah masuk minggu ke-38. Dah cukup bulan. Tahniah anak Ummi!! Kamu memang hebat. Sepanjang 9 bulan anak Ummi sangat soleh. Jarang buat hal, baik je dia. Membesar dengan sihat (rasanya birth weight dia nanti maunya 3.5+ kg). Ummi jadi seronok mengandung. Semoga nanti anak Ummi akan jadi anak yang soleh & hebat seperti ‘Abdullah ‘Azzam. Sekarang ni Ummi dah habis exam, so anak Ummi dah boleh keluar. Keluar cepat-cepat ye, Ummi & Abah rindu sangat dah ni :)

Mana lebih baik?

Untuk bersalin nanti, plan asal kami pada awalnya nak bersalin di Hospital Najah. Tapi disebabkan beberapa khabar angin, kami jadi ragu-ragu.

Hospital Najah, Irbid. Dekat dengan rumah.

Hospital Najah, Irbid. Dekat dengan rumah.

Di kesempatan ini, nak minta pendapat warga Irbid sekalian tentang beberapa hospital utk saya bersalin nanti. Boleh?

Hospital Najah Hospital Badea KAUH
Jenis Private Kerajaan Semi-private
Rate harga (normal delivery) JOD 120 + < JOD 100 JOD 250 +
Kelebihan/ kekurangan Hospital dalam taman, layanan bagus (standard hosp private), kemudahan memuaskan.

Dekat dengan rumah, tak sampai 5 minit naik teksi

Beberapa kawan arab kata, hosp ni suka nak operate patient walaupun pada masalah kecil (C-sec) yang mana kosnya sangat mahal, sebab nak untung. Wallahu a’alam.

Kata orang, servis hosp ni tak berapa bagus. Standard hosp kerajaanlah)

Juga dekat dengan rumah

Dari segi kemudahan (equipment) & layanan, senior2 yang pernah round OnG mungkin boleh cerita sikit? (sebabnya, waktu round NICU hari tu tengok hospitalnya macam ok je.)

Servis first class. Labor room private.

Agak jauh dari rumah, 20 minit perjalanan

Cumanya, harga terlalu mahal buat student macam kami. Diskaun 90% universiti tak termasuk bersalin & yang sewaktu dengannya. So, kena bayar full.

Maka, sesiapa yang ada maklumat (terutamanya senior yang pernah round OnG di Badea) sudi-sudilah berkongsi ye.

KAUH, hospital universiti kami. Hospital canggih di sini.

KAUH, hospital universiti kami. Hospital canggih di sini.

Warm Wishes

  1. Mabruk buat senior-senior JUST serta sahabat-sahabat Yarmouk yang telah berjaya menamatkan pengajian. Semoga kejayaan ini memberi sumbangan yang besar buat Islam. (cemburu sebab mereka dah habis & sedih sebab mereka dah nak balik)
  2. 07/06/09: Sanah Helwa buat adinda Izzah. K. Long & Abang doakan agar Izzah jadi anak yang solehah serta baerjaya dunia & akhirat.
  3. 08/06/09: Tahniah buat diri sendiri yang berjaya habiskan semester ini dengan jayanya B-)
  4. 09/06/09: Baarakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil khayr buat K. Lynn & suami. Semoga keberkatan sentiasa melimpahi rumahtangga kalian.
Posted by: asmakhalid | June 9, 2009

Sehebat anak singa

LION KING

Nak dengar satu cerita tak?
Cerita tentang Abdullah bin Zubair (anak Asma’). Waktu tu, dia masih kecil. Umur lebih kurang 12 tahun.
Satu hari, sedang dia bermain-main dengan kawan-kawannya datang Saidina Umar lalu di situ. Maka kanak-kanak tersebut semuanya lari bertempiaran kerana takutkan Umar (budak zaman nabi ditakutkan dengan Umar, tetapi budak sekarang takut bear pada hantu… haih).

Umar pun memberi salam pada Abdullah dan bertanya:
“Kenapa kamu tak lari seperti kawan-kawan kamu?”

Abdullah dengan selambanya menjawab:
“Aku bukannya zalim. Jalan ni pun tak sempit untuk aku beralih dan aku tak buat apa-apa kesalahan pun sehingga aku perlu lari”

Umar tersenyum gembira dengan keberanian Abdullah, lalu beliau mengusap-usap kepala Abdullah sambil berkata:
“Anak ini akan hidup dengan kehebatan”

P/s: Saya mahu anak-anak saya jadi hebat seperti anak-anak singa. Anda bagaimana?

Ummu ‘Azzam: Kalau nak anak ini jadi sehebat ‘Abdullah ibn Zubair, umminya juga kena jadi sehebat Asma’ Abu Bakarlah. Semoga Allah perkenankan :)

Posted by: asmakhalid | May 26, 2009

Semalam, hari ini, esok

Hari-hari yang berlalu… sepantas kilat terasa. Berlalu pergi tanpa mahu berpatah kembali, apa yang berlaku tercatat sebagai memori. Untuk dipersembahkan pada hari yang pasti berlaku nanti…

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.

H.R.Termizi

Antara tanda-tanda akhir zaman, masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu lewat, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. Bukanlah bermakna masa semakin berkurangan, 24 jam sehari tetap sama. Cuma sejauh mana masa itu bermanfaat buat kita, itulah yang membezakannya.. Fikir-fikirkanlah…

Sedar tak sedar,

Saya sudah habis dawam utk semester panjang tahun 4 ini. Sedang dalam persediaan utk final exam minggu depan.

Sudah masuk minggu 36 kandungan saya. Hanya menunggu masa untuk bertemu buah hati yang dinanti-nanti.

Ya Allah, berilah kekuatan padaku untuk menempuh dua jihad besar tidak lama lagi. Permudahkanlah segala urusanku, ya Allah…

Sayang Ummi

Pengalaman mengandungkan anak pertama ini benar-benar mengingatkan saya betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Dahulu, saya hanya mampu berfikir betapa susahnya seorang ibu mengandung, melahirkan & membesarkan anaknya. Hingga pernah saya terfikir (waktu kecil dahulu) untuk tidak kahwin kerana takut mengandung. Kini, saya sendiri merasai kepayahan itu. Setiap kali saya rasa lemah atau sakit, saya mesti terbayang wajah tulus Ummi yang sentiasa tersenyum walaupun kepenatan sepanjang hari. Terima kasih, Ummi. Terima kasih juga buat ibu mertua saya yang juga telah bersusah payah membesarkan seorang lelaki yang kini bergelar suami saya. (Teringin sangat Ummi ada di sisi saat ini)

Ummi2

Sayang suami

Kondisi saya di akhir-akhir kehamilan ini benar-benar memerlukan seseorang yang setia di sisi. Saya yang kerap sakit belakang, sakit sendi, tak senang duduk, emosi yang tak stabil, teringin itu & ini, sibuk pula dengan persediaan final exam. Kadang kala saya rasa mahu cepat-cepat habis exam supaya dapat rehat. Mujur suami saya sentiasa di sisi menenangkan saya. Saya tahu, suami saya bukan boleh menggantikan tempat saya. Tetapi ketenangan emosi saya sedikit sebanyak melegakan ketidakselesaan yang saya alami. Terima kasih, abang.

Sayang Allah

Tanpa pertolonganNya, tidaklah saya sampai ke tahap sekarang. Saya rasa, saya banyak dipermudahkan olehNya sepanjang tempoh ini. Alahan mengandung yang tak terlalu teruk, kekuatan untuk round hospital setiap hari, rakan-rakan sekumpulan yang sangat membantu, markah bonus waktu exam, dll. Paling utama, Dialah yang telah mengurniakan kami rezeki zuriat yang tak ternilai ini. Terima kasih, ya Allah.

Sedikit ucapan buat yang teristimewa…

(ucpn2 yg dijama’ qasarkan dalam satu entry)

Adik2

  1. 3 Mei- Happy Belated Birthday buat Paksu… (smg b’bahagia selalu)
  2. 10 Mei- Selamat Hari Ibu buat kedua-dua Ummi. Terima kasih yg tak terhingga ats segala-galanya. Doakan K. Long juga menjadi ibu yang terbaik.
  3. 16 Mei- Selamat Hari Murabbi buat semua murabbi yang telah, sedang, & akan mengajar saya dari tak tahu apa-apa hinggalah sekarang (Tadika Ihkam, Tadika Huda, Sek. Ren. Al-Azhar, Sek. Men. Islam Hira’, INTEC, JUST). Juga buat Abi & Ummi, murabbi sepanjang hayat saya. Jazakumullah wa khayrun jaza’
  4. 21 & 22 Mei- Triple birthday buat adik-adik ipar (Maisarah, Marwan & Yasin). Semoga jadi anak yang soleh/ah.
  5. 29 Mei- Happy becoming birthday buat adik tersayang, Amir Mujahid. Semoga menjadi pemimpin para mujahid kelak, insyaAllah… (juga birthday Anisa, our cousin)
  6. Mabruk buat acik Kipi & family atas kelahiran puteri penyeri keluarga (tahun ni Aki & Wan sambut seorang cucu & seorang cicitlah ye… Menanti giliran acik Imah pula).

« Newer Posts - Older Posts »

Categories