Berbahagialah ‘Abdullah ‘Azzam

Pergilah Sayang… Bukan mudah untuk menerima hakikat sebuah kehilangan. Walaupun kita sendiri sedar bahawa semua benda adalah sekadar pinjaman, termasuklah diri kita sendiri.. Setiap yang datang pasti akan pergi, setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang hidup pasti akan mati. Sudah lebih seminggu jenazah ‘Abdullah ‘Azzam selamat disemadikan. Sudah lebih seminggu juga saya berpantang. Terasa agak sunyi dan janggal tanpa ada tangisan bayi, terutamanya … Continue reading Berbahagialah ‘Abdullah ‘Azzam

Tanda Allah Sayang

Hujan rahmat melimpahi bumi Malaysia sejak semalam, Alhamdulillah.. Bumi Jordan pula khabarnya dilimpahi nikmat salji baru-baru ini. Betapa rindunya pada bumi itu, tempat tersimpannya pelbagai kenangan pahit dan manis diri ini.. yang menjadikan saya seperti saya sekarang. Alhamdulillah pagi ini Allah berikan peluang pada saya untuk menikmati kesegaran dingin pagi yang cukup menenangkan jiwa. Bila saya membuka kembali laman blog sentuhanjiwa ini ternyata sudah hampir … Continue reading Tanda Allah Sayang

Kita Mesti Kuat!

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas.. …dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku … Continue reading Kita Mesti Kuat!

Post-exam Syndrome

Kosong. Sunyi. Bosan. Tak tahu nak buat apa. Kalau biasanya pagi-pagi begini sudah terpacak di meja menelaah nota-nota yang menggunung. Tapi hari ini terasa kosong..   Inilah fenomena biasa post-exam syndrome. Ketika minggu peperiksaan berlangsung, pagi petang siang malam menghadap buku. Selesai saja peperiksaan, mati kutu dibuatnya. Maka masing-masing mulalah mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan tersebut.   Hidup Bermatlamat Berbeza sekali dengan mereka yang punya … Continue reading Post-exam Syndrome

Semoga Lebih Baik

“Belajar nombor satu! Tapi dakwah bukan nombor dua..” Kata-kata yang sering saya jadikan sebagai perangsang setiap kali musim peperiksaan menjelang.. Sengaja saya kongsikan buat adik-adik saya yang sedang bergelut dengan peperiksaan akhir masing-masing. Moga diberi kekuatan & diredhai setiap usaha. Lebih seminggu memasuki tahun 2011.. lebih seminggu juga habis peperiksaan Paeds & memulakan rotation O&G (subjek kegemaran saya sejak dulu).. Dan sudah sebulan agaknya blog … Continue reading Semoga Lebih Baik

Ikhlas Berkorban

Berlalu sudah perayaan besar umat Islam sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ismail a.s yang merelakan dirinya dikorbankan ayahnya sendiri hanya kerana mematuhi perintah Allah S.W.T. Tanpa sedikit pun mempersoalkan arahan tersebut, apatah lagi mengingkarinya.. MasyaAllah, sanggupkah kita berkorban sedemikian rupa? Saban tahun kita meraikan ‘Eid Adha. Saban tahun juga ada yang diberi kelebihan rezeki melakukan ibadah korban. Ada pula yang diberi lebih lagi rezeki untuk … Continue reading Ikhlas Berkorban

Hanya Allah Sebaik-baik Perancang

Sebulan setengah saya di Malaysia terasa begitu ‘padat’. Mana tidaknya, saya bukan pulang bercuti pun. Tapi saya pulang kali ini ada tugas. Tugas untuk memantapkan lagi clinical skills dengan attachment selama dua bulan di hospital tempatan, di samping membiasakan diri dengan suasana kerja sebenar di Malaysia. Minggu ini baru boleh menarik nafas lega setelah tamat praktikal. Bolehlah berehat sebentar sebelum memulakan posting Paediatrics yang sangat mencabar.   Beberapa … Continue reading Hanya Allah Sebaik-baik Perancang