3 Persoalan

Salam para pembaca sekalian. Akhirnya saya diberi kesempatan untuk menulis di sini. Kadang-kadang ada kekangan masa, tetapi selalunya kekangan idea. Alhamdulillah, kali ini diberi keizinan oleh Allah s.w.t. Disebut dalam sebuah kitab tulisan Asy-Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan bertajuk Usul Dakwah, bahawa manusia ini padanya berlegar-legar 3 persoalan utama dalam kehidupannya. Persoalan 1: Dari mana kita datang? Persoalan 2: Kenapa kita diciptakan? Persoalan 3: Ke … Continue reading 3 Persoalan

Sepekat setitis nila…

Dulu-dulu waktu mula-mula masuk sekolah menengah, akak-akak senior suka rendam baju sekolah dengan nila. Kata mereka, baju sekolah kan putih. Lama-kelamaan akan jadi lusuh, sebab itulah guna nila. Baju akan nampak macam baru. Ooo,baru saya faham. Waktu sekolah rendah dulu saya memang tak kenal nila sebab baju sekolah saya memang warna biru. Tapi di sekolah menengah ni lain pula. Baju warna putih, senang lusuh. Akak … Continue reading Sepekat setitis nila…

Tarbiyyah rebung buluh

  “Selamat Hari Lahir kakak…,” ucap Ummi sambil menghulurkan sebuah bungkusan. Senyuman lebar terukir di bibir kecil saya seraya menyambut hadiah tersebut lantas membuka bungkusannya. Seperti biasa, Ummi menghadiahkan beberapa buah buku cerita bergambar Siri Kisah-kisah dari al-Quran. Ummi memang tahu benar minat puterinya yang seorang ini. Saya memang gemar membaca sejak kecil lagi.   Saya masih ingat, buku pertama yang saya berjaya habiskan membaca … Continue reading Tarbiyyah rebung buluh

Sentuhan jiwa, menggamit sejuta rasa…

  Salam ukhuwah pembuka bicara, semoga rahmat Allah S.W.T sentiasa memayungi ruh kita insyaAllah… Alhamdulillah, saya dan suami masih lagi diizinkan oleh Allah untuk sama-sama berganding bahu meneruskan usaha-usaha dakwah bagi mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi ini. Untuk itu,kami mengambil inisiatif untuk bergabung tenaga membentuk sebuah blog bersama. Terimalah…‘Sentuhan Jiwa’ yang InsyaAllah akan kami isi dengan bahan-bahan berguna agar kita dapat sama-sama mengambil istifadah … Continue reading Sentuhan jiwa, menggamit sejuta rasa…