Benar Itu Ketenangan, Dusta Itu Keraguan

boat_1.png

 

Situasi biasa… 

M       : Eyh, N. Cuba tengok dia tu…wara’ betulla. Aku tengok dia tak pernah miss ke masjid. Dahla kopiah dia tu tak pernah lekang dari kepala.
N        : Iyalah..anak murid kesayangan ustaz.
Mestilah wara’.. 

Situasi lebih biasa…

‘Ammu teksi    : Ila wein?? (nak ke mana??)
Penumpang    : Wara’ Funduq Hijazi (belakang Hotel Hijazi)

Hehehe….*big grin*

Situasi luar biasa…

Ustaz            : Anak-anak, siapakah dia orang yang wara’??
Anak murid     : Orang yang meninggalkan perkara syubhat, cikgu..
Ustaz            : Betul, tapi kurang tepat. Siapa boleh bagi maksud yang paling tepat?
Anak murid     : (senyap)
Ustaz            : Orang yang wara’ adalah orang yang meninggalkan perkara HARUS untuk menjauhi perkara SYUBHAT.. 

Situasi saya reka…

Saya   : Siapakah di kalangan anda yang benar-benar wara’ seperti takrif di atas?
Anda   : (jawab sendiri dalam hati)
Saya   : Siapa di kalangan anda yang sanggup tinggalkan benda-benda harus untuk mencapai tahap wara’ seperti di atas?
Anda   : (jawab sendiri dengan hati,ye)

Awwalan, maaf sangat-sangat kerana meninggalkan blog ini bersawang & berhabuk sementara final exam yang lalu. Cuti pun dah berlalu tapi baru hari ini berkesempatan untuk update. Maaf juga masih belum memenuhi permintaan ‘cangkul’ anda..InsyaAllah dalam masa yang terdekat. Memetik salah satu wasiat As-syahid Imam Hasan Al-Banna, ‘kewajipan lebih banyak dari masa yang ada’.. Memang itulah yang berlaku dan itulah hakikatnya. Kita memang tak boleh lari dari sunnatullah sebab barangsiapa yang lari dari sunnatullah dia tak akan berjaya. Kita hanya akan merasai nikmatnya masa kalau masa kita penuh. Tapi jika masa kita senantiasa lapang, nescaya kita ingin masa itu segera berlalu.  (cubalah try)

Kembali pada topik asal, teringat sepotong hadis yang pernah dipelajari ketika zaman sekolah dahulu… 

دع ما يريبك إلى ما لا يريبك

 Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangan baginda r.a yang berkata : ” Aku menghafal dari Rasulullah SAW : ‘ Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu.

(Riwayat Imam Tirmizi & Nasai)


Ringkas dan padat. Tetapi maksudnya sangat mendalam. Seperti situasi-situasi yang saya bawakan di atas, ramai antara kita yang tidak tahu / kurang jelas/ sama-samar akan maksud sebenar wara’, Begitu juga dengan syubhat. Terlalu ramai yang tak mengerti hakikat sebenar syubhat seperti yang termaktub dalam Hadis 6 (Hadis 40 Imam Nawawi).

 
Meninggalkan Syubhat

Situasi biasa lagi…

“Alamak, ada gelatinlah dalam coklat ni,” bisik Amirah dalam hati. Namun, tangannya lekas mencapai coklat kegemarannya itu lalu membayarnya. ‘Tak apa, aku yakin gelatin ni gelatin tumbuhan sebab tak ada tulis bovin (berasaskan lembu) pun’

 
Nampaknya, Amirah juga belum faham erti syubhat. Jika tiba-tiba terdetik keraguan pada sesuatu, eloklah ditinggalkan kerana ditakuti terjatuh ke dalam perkara haram.
Namun jika kita tenang dan yakin terhadap sesuatu, tafaddhal (silakan). InsyaAllah anda di jalan yang benar.

 
Kisah Sebuah Timba

 Ibnu Adham pernah ditanya suatu ketika: “Kenapakah kamu tak minum air zam-zam ini?”

Jawabnya: “Sekiranya aku memiliki timba nescaya aku minum” (di situ hanya terdapat sebuah timba milik kerajaan dan dia tidak mahu menggunakannya kerana syubhat)

 Betapa hebatnya mereka, sanggup meninggalkan perkara harus kerana ingin zuhud dan menjauhi syubhat. Inilah hakikat sebenar wara’. Nescaya hatimu akan tenang. Tiada yang lebih menenangkan dari itu.

 
Benar Itu Tenang

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “ Benar itu ketenangan dan dusta itu keraguan”

-Riwayat Tirmizi-

Tanda benar ialah hati akan merasa tenang manakala tanda dusta ialah timbulnya rasa syak & tidak tenang terhadapnya. Wallahu a’alam..