BBQ di beranda rumah

Saat-saat indah ber'BBQ'

(entry untuk adik-adik tersayang)

Baru-baru ni, K. Long & Abang Long ada buat BBQ. Siang tu kami exam, alhamdulillah memuaskan. Malam tu kami sengaja nak menenangkan fikiran dengan ber’picnic’ & ber’BBQ’ di beranda rumah. Sebenarnya, Abang Long yang teringin sangat nak makan daging panggang. Lama dah dia sebut-sebut. Jadi, untuk memuaskan hatinya K. Long pun cadangkan untuk buat BBQ selepas exam Psychiatry. Malam sebelum exam tu lagi K. Long dah siap-siapkan bahan perap untuk ayam & daging. Perap lama sikit baru umphh..

Malam tu start agak lewat sebab tunggu Abang Long. Dia ada kerja sikit. Sementara menunggu, K. Long pun prepare coleslaw & kuah kacang sikit. Hampir pukul 10 juga baru mula berBBQ. Tp tak mengapa, kami guna cara moden. Nyalakan arang guna dapur gas je. Lepas tu kipas BBQ guna kipas angin je, hehe. Ada teknologi, baik manfaatkan. Lebih mudah & cepat. Boleh jimat tenaga & masa.

K. Long & Abang Long ber'BBQ'

Inilah hasilnya BBQ kami. Taklah buat banyak sangat, tapi mungkin sebab kami cuma berdua. BBQ malam tu tak habis dimakan pun, simpan ke esoknyalah jawabnya. Apa pun, kami sangat kenyang dan puas malam tu. Buat adik-adik kat rumah tu, tengok gambar jelah ye. Nak pos takut basi pulak… Marwan jangan jeles ye😛

Hasil BBQ kami...yummy..