Auntie, Ammu & Si Kecil Hanin

Hari tu terima mesej dari Marwah..terkejut.Ingatkan dia dah balik Malaysia, rupanya masih di sini. Tanya Marwah pasal Hanin (puteri sulung Marwah), katanya Hanin dah tumbuh gigi. So sweet. Teringinnya nak jumpa Hanin. Ajak Marwah datang rumah. Marwah kata dia memang nak ke Irbid esoknya untuk ziarah Ida (kawan kami). Alang-alang datang Irbid, ajaklah dia ke rumah.

Kelmarin, tetamu dari jauh (Amman) tiba seperti yang dijanjikan. Marwah, Shahrul & Hanin buat pertama kalinya berkunjung ke teratak kami. Prepare simple je sebab dah nak exam, tiba-tiba semangat nak buat donat & burger Malaysia. Excited kot. pagi-pagi lag dah menguli. Lepas tu masak-masak sikit. Tengahari tu mereka sampai. Hanin dah besar. Kali terakhir jumpa Hanin waktu dia 4 bulan, sekarang ni dah 7 bulan. Makin keletah. Memang sangat comel, tak tahan nak cubit-cubit je pipi tembamnya tu.

Auntie, Ammu & Hanin waktu Karisma (Hanin waktu ni 4 bulan)

Auntie, Ammu & Hanin waktu Karisma (Hanin waktu ni 4 bulan)

Tengahari tu waktu Mama & Abi Hanin tengah solat, suami saya curi Hanin & call family di Kedah. Tunjuk Hanin kat webcam. Excited semua orang especially Ummi. Adik-adik pun kecoh juga. Kesian Wardah nampak terpinga-pinga sebab dia pelik tengok abang dia pegang baby.

Hanin di rumah Auntie Asma' & Ammu Aiman

Macam-macam cerita kami sembangkan. Tapi yang seronoknya, Marwah banyak bagi tips-tips menjadi seorang ibu, hehe. Bila Marwah tanya, takde plan ke? Saya cuma sengih nampak gigi je. InsyaAllah kalau ada rezeki. Bak kata Marwah, memang berat tanggungjawab menjadi ibu ketika belajar. Tapi tanggungjawab tu tak akan menganggu study kita kalau kita pandai urus masa. Memang katanya kerja bertambah selepas dapat Hanin, lebih sibuk dari dulu. Sebab tu kena belajar buat kerja dengan cepat. Lepas Hanin tidur, boleh study. Nampak macam senang, tapi nak hadapinya bukan mudah. Itulah pengorbanan seorang ibu…

With Mama Hanin (sebaya dengan saya tuu..)

Malam tu Hanin mesej & say thanks kat Auntie Asma’ & Ammu Aiman. Kami pun say thanks juga sebab Hanin sudi datang rumah kami. Nanti bila-bila datang lagi rumah Auntie & Ammu ya..🙂