Tanggal 10 Ogos…

Happy Birthday dearest Baba... Semoga beroleh mardhaatillah...

Happy Birthday dearest Baba... Semoga beroleh mardhaatillah...

Selamat Hari Lahir -45 buat Baba tersayang…

Tanggal 10 Ogos ’08, semalam (orang Kedah kata kemarin)… merupakan hari istimewa buat Baba yang telah berjaya melepasi setahun lagi tempoh ujian Allah buat hamba-Nya di atas muka bumi dengan jayanya, alhamdulillah. Semoga tahun yang mendatang menjanjikan yang lebih baik buat Baba…

Semalam kami exam final Psycho. Kalut-kalut exam, terlupa nak post entry ni untuk Baba. Hari ni pun tak apalah ye Baba, hehe.. Apa pun, saya amat bersyukur kerana dikurniakan bapa mertua yang langsung tak menganggap saya sebagai menantu (jangan salah faham), bahkan saya dianggap & dilayan seperti anak sendiri. Pertama kali ke Kedah dulu selepas kahwin, agak berdebar-debar awalnya. Maklumlah pertama kali nak jumpa mertua. Macam-macam perasaan bercampur-baur. Tambahan pula sebelum ni tengok gambar Baba nampak macam garang je orangnya.. (Baba jangan marah ye😛 ) Tapi selepas mengenali Baba, rupa-rupanya Baba taklah garang seperti yang disangka. Pagi tadi Ummi call, tanya pasal exam semalam. Ummi cerita, Baba tak henti-henti baca Yassin & doakan kami semasa kami exam semalam.. Alhamdulillah, kami keluar dari dewan peperiksaan dengan senyuman🙂

Tak tahu nak cerita panjang. Esok ada exam lagi. InsyaAllah kami akan berusaha sedaya-upaya…