Ramadhan ‘mereka’…

Coretan saya di helaian Sentuhan Jiwa kali ini bukanlah untuk menceritakan mengenai kelebihan Ramadhan. Saya tahu kita semua sudah maklum. Tapi coretan saya ini untuk menyentuh jiwa… saya ingin membawa kalian bersama-sama mengembara melihat antara dua masa… supaya kita berfikir… dan bertindak… Begini ceritanya…

Ramadhan…satu nasib tak serupa…
Peluangnya sama, natijah berbeza…
Ramadhan mereka, gemilang cemerlang..
Mu’min berjasa di awal zaman..
Ramadhan kami…..????

Tanda soal2 tu, sambung sendirilah ye. Tepuk dada tanya iman. Lirik nasyid favourite saya yang evergreen. Tiap kali terdengar nasyid ni mesti terbayang suasana perjalanan pulang ke kampung waktu kecil dahulu. Sebab waktu tu, kaset ni diulang berpuluh-puluh kali sepanjang perjalanan. Tapi apa pun, dalam banyak-banyak nasyid album tu, nasyid nilah yang paling menyentuh hati walaupun saya masih kecil ketika itu, tajuk nasyid pun dah ingat apa, lirik pun waktu tu hafal style budak-budaklah… hafal sesuka hati je, ikut apa yang dengar. Rasa macam sedap tu okla, hehe. Kertas lirik memang takde memandangkan kaset dibeli di pasar malam saja.

Walau apa pun, nasyid ini benar-benar menginsafkan saya betapa Ramadhan kita pada zaman ini tidak lagi seperti sahabat-sahabat dahulu. Mereka mendapat peluang Ramadhan sama seperti kita, sebulan setiap tahun. Tidak lebih dan tidak kurang.. tetapi….

Sahabat dahulu, Ramadhan inilah medan untuk lebih gigih beribadah. Semua orang berlumba-lumba buat amal, sedekah, tadarus, iktikaf dsb sehingga suasana seolah-olah pesta.
Kita?? lain pula ceritanya. Mula Ramadhan saja, semua orang bepusu-pusu ke bazaar Ramadhan. Mendapatkan juadah berbuka yang sedap-sedap belaka. Bulan Ramadhan je ada, bulan lain takde. Setahun sekali je pun. Kedai-kedai kain dsb pula semuanya ada jualan murah. Lelaki perempuan berasak-asak. Memang kelihatannya seperti pesta. Tapi pesta ‘kita’ jauh berbeza dengan pesta ‘mereka’. Pesta mereka dipenuhi ruh sedangkan pesta kita dilumuri dosa.

Sahabat dahulu, Ramadhan menjadikan mereka lebih kuat. Puasa Ramadhan sikit pun tak menghalang mereka mengangkat senjata. Lihat saja, berapa banyak siri peperangan pada bulan Ramadhan.
Tapi kita?? Baru puasa setengah hari dah lembik. Waktu bekerja/sekolah dikurangkan dengan alasan puasa. Balik rumah tidur sampai petang. Perokok pula resah gelisah menanti waktu berbuka. Hai, apa nak jadi?

Sahabat dahulu, bulan Ramadhan tingkatkan amal. Tapi di bulan lain, terus beramal juga.
Kita?? Ramadhan sahaja banyak amal, bulan lain jadi seperti biasa semula… Ramadhan sahaja masjid penuh (sebab ada moreh??), Ramadhan sahaja tabung masjid berat (not really), Ramadhan sahaja jadi sahabat karib al-Quran etc… etc… etc… kenapa ya?

Satu perkara yang lebih menyentuh jiwa….
Sahabat dahulu ternanti-nanti hadirnya Ramadhan… ‘Allahumma baariklana fi Sya’aban, wa ballighna Ramadhan’… dua bulan sebelum Ramadhan lagi sudah berpuasa, sebagai persediaan menghadapi Ramadhan. Malam hari merintih supaya diberi peluang bertemu Ramadhan.
Di akhir Ramadhan, hati mereka sayu dek Ramadhan yang hampir berlalu meninggalkan mereka. Beribadah di sepuluh malam terakhir bagaikan ini Ramadhan terakhir buat mereka…

Kita??? ternanti-nanti hadirnya Syawal. Tak sabar nak habis Ramadhan sebab nak raya. Dua bulan sebelum Syawal lagi dah tempah baju raya. Malam hari bersengkang mata menyiapkan kuih raya… (sangat tabah), air mata mengalir deras dek kerana memotong bawang untuk memasak rendang. Sanggup berpanas mengacau dodol berjam-jam.
Di akhir Ramadhan, tersenyum gembira lambang hampirnya Syawal. Seolah-olah akan menyambut kemenangan yang besar, padahal puasa pun tak seberapa…amalan lain lagilah boleh dikira…

Takbir mereka, takbir kemenangan…
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan…
Takbir kami, lesu tak bermaya…
Tanda kalah, lemah tak berdaya…
Puasa sekadar lapar dan dahaga…

Sia-sialah puasa kita selama sebulan andai natijahnya hanya lapar dan dahaga. Akan tetapi, beruntunglah kita andai sehari puasa kita dipenuhi ruh dan amal. Berusaha!!!

Nota sampingan:

Hari yang mulia 1 Ramadhan [01-09-08] ini, genaplah setahun usia perkahwinan kami. Rasa macam baru semalam. Semoga dengan keberkahan Ramadhan ini menambahkan lagi barakah, mawaddah wa rahmah ke dalam rumahtangga kami. Ameen.