Projek Cuti untuk tatapan Paksu

Telah berlalu beberapa hari Ramadhan… begitu cepat masa berlalu. Buat kesekian kalinya berpuasa di perantauan. Cuma tahun ini sedikit berbeza, kami tak balik Malaysia cuti bulan 8. Tahun ni memang sengaja balik bercuti bulan 6 memandangkan cuti bulan 8 ni terpendek sikit (sebab nak masuk clinical, clinical start awal sikit dari orang lain). Tapi seronok sebenarnya sambut Ramadhan di negara Arab ni, feel dia lain.

Post khas buat Paksu, bukan nak bagi Paksu jelous pun sebab kami tahu benda ni boleh dapat dengan mudah di Malaysia. Cuma nak reply baliklah entry Paksu utk kami😛 Then ramai pula yang bertanya, “Mission apa yang tak accomplished lagi tu K. Asma’??”… inilah jawapannya….

Cuti lebih kurang tiga minggu ni Asma’ dah listkan beberapa to-do-list supaya masa dimanfaatkan sepenuhnya (study memang tak termasuk dlm to-do-list sebab memang nak ber’cuti’ betul-betul, nak spent masa untuk buku selain medic pulak boleh kan?) So, antara mission dalam to-do-list tersebut adalah…. “Projek Acu-acu Aidilfitri” (projek buat kuih rayalah maknanya tu). Memang raya lama lagi, tapi alang-alang cuti ni, baik buat sikit-sikit awal-awal… Okeh Paksu, these are for you….

Sehari sebelum Ramadhan: Cinnamon Roll (jamu kawan-kawan)


1 Ramadhan: Biskut Oat Floral


2 Ramadhan: Biskut Corn Flakes Permata Zamrud


3 Ramadhan: Kuih Corn Flakes Madu


Baru tiga jenis je. Hari ni tak start projek lagi, tapi macam malas pulak sebab dah 3 hari berturut-turut buat kuih (buat sorang-sorang pulak tu). Tapi dulu memang dah ada pengalaman sikitlah buat kuih sorang-sorang waktu Ramadhan 2001. Waktu tu baru form 2, tapi Abi Asma’ semangat nak menjual kuih kat bazaar Ramadhan sebab kebetulan cuti sekolah. So, Asma’ pun tiap-tiap pagi buat kuih, lepas asar menjual… mahal pengalaman tu.

Ni semua hasil ‘projek’ setakat ni. Asma’ saja simpan kat rak paling tinggi supaya tak habis sebelum raya.
Cuti pun hanya berbaki dua hari saja lagi. Projek wallpaper ‘Arabi pun masih sekerat jalan. Aduh, betapa berharganya masa…. To Paksu, jemputlah datang rumah raya ni kalau nak merasa kuih raya Asma’🙂

P/s: Thanks a lot buat 10 sekawan yang menghadiahkan kami oven sempena perkahwinan kami tahun lalu… memang berjasa sungguh oven ni buat Asma’ yang sememangnya gila baking nih…hehe… raya ni jemput datang rumah…