Nuansa Syawal di perantauan

Bergambar di kediaman kami pada pagi 1 Syawal

Setelah hampir tiga minggu Syawal, barulah berjaya post entry Syawal ni. Inilah dia penangan clinical, sibuk macam org kerja. Sebenarnya dari raya ke-3 lagi dah buat entry ni cuma tak di’publish’ sebab gambar ada dlm laptop hubby, malas nak copy sebab network agak lambat sikit time tu. Maka terperaplah entry ni tak di’post’2 hingga jadik pekasam.. nasib baik pekasam sedap.

Salam Aidilfitri buat semua sanak saudara & sahabat handai. Ampun & maaf kami pinta atas segala salah & silap selama ini.

Semoga Syawal yang hadir kali ini menjadi titik permulaan kita sebagai hamba Allah yang bersih dari dosa umpama baru dilahirkan setelah sebulan melalui madrasah Ramadhan & semoga takbir Syawal kita merupakan takbir kemenangan buat kita, hadiah mujahadah selama sebulan…

Allahu akbar… Allahu akbar… Allahu akbar wa lillahil hamd…

Sedikit foto saya sisipkan buat tatapan sanak saudara (terutamanya Pak Su, Mak Su, Mak Tok & adik2 ipar) & sahabat handai yang jauh di mata tapi tetap dekat di hati. Biarlah gambar-gambar ini menceritakan suasana Syawal kami di sini (Jordan).

Di pagi raya

Di pagi raya, di hadapan Masjid Universiti Yarmouk seusai solat sunat raya

Tahun ni seperti tahun lepas, kami beraya awal sehari dari Malaysia (jangan jeles). Malam sebelum raya, tidur jam 4 pagi sebab sibuk memasak. Bangun subuh jam 5.30 pagi. Sejam setengah je tidur, tapi cukuplah untuk menyegarkan badan. Raya tahun ni kami keluar awal ke masjid, jam 6.40 pagi dah keluar sedangkan solat raya jam 7 pagi. Bukan apa, tak mahu jadi macam tahun lepas, sampai masjid ngan-ngan pukul 7, orang baru start sembahyang tapi tempat solat dah tak ada, masjid sangat penuh. So tahun ni memang nekad nak ke masjid awal. Mendengar takbir raya di tanah arab terasa jiwa bersemangat, rasa seolah-olah mencapai kemenangan yang besar.

Juadah pagi Syawal

Ini adalah juadah kami di pagi Syawal. Nasi impit, ketupat palas segera, kuah kacang, rendang daging, ayam masak merah & 6 jenis kuih raya buatan sendiri (hari tu tunjuk gambaq kat Paksu 3 jenis ja, lps tu ada tambah lg 3 jenis)

Rombongan first berkunjung... K. Lynn & konco-konconya

Raya pertama, buat open house utk rakan-rakan perempuan sahaja. Bermula selepas Zohor sebab pagi pi beraya rumah kawan-kawan dulu, hinggalah selepas Maghrib tetamu dtg non-stop. Mujur rumah besar, takdelah bersesak.

Berkunjung ke open house2 belah akhawat

Abang memegang baby, boleh ke tu?

Raya kedua, abang digelar YB dengan baju batiknya yang glamour... baju kami sedondon tanpa dirancang, hehe.

Raya kedua, open house utk kawan-kawan lelaki pula. Pagi tu kami beraya, lepas Zohor baru tetamu datang. Sampai ke tengah malam jugakla orang datang. Tahun ni kami sengaja jemput ramai sikit sebab tahun lepas raya terkejut, masak pun tak banyak.

Sarapan di Bayt Iffah

Bersama puteri2 Balqis yang berbaju sedondon juga

Assalamualaikum, kami datang nak beraya...

Seronok benar warga Hamra' mendengar YB bercerita

YB Aiman yang mesra rakyat tengah menceritakan isu2 semasa


Open house rumah kami... juadah yang dihidangkan

Rakan-rakan sebatch yang datang petang raya kedua

Raya2 seterusnya, giliran kami pula menghadiri open house orang lain. Raya ketigalah paling banyak jemputan, sampai 8 rumah rasanya.

Cukuplah raya sakan seminggu, lepas tu saya nak exam pula. Kena study sakan pulalah. Alhamdulillah exam dah selesai. Sekarang ni hubby pula yang tengah sibuk nak exam. All the best dear…