Cabaran & Nikmat

Sudah beberapa bulan saya menempuh alam klinikal yang saya kira amat mencabar buat saya. Cabaran fizikal, mental, & masa memang terasa amat menguji kebijaksanaan untuk menmgimbangkan semuanya. Bercakap tentang masa, memang mampat lagi padat. Keluar rumah seawal 6.45 pagi saat matahari baru mencuri-curi pandang & pulang ke rumah saat matahari telah pulang ke peraduan. Mujurlah ada suami kesayangan yang setia menghantar ke hospital setiap pagi & menjemput pulang di tempat turun bas.

Fizikal pula, boleh dikatakan mencabar juga sebab sepanjang tempoh di hospital, duduk pun sekejap-sekejap saja. Selebihnya berjalan atau berdiri. Balik ke rumah, dah malam. Badan penat. Nak masak pula untuk suami tercinta. Badan saya pula kerap letih akhir-akhir ni. Syukurlah, suamiku sangat memahami. Boleh dikatakan sepanjang tempoh mencabar klinikalku, suamilah yang kerap memasak dan membasuh pinggan. Ringan sikit beban saya. Untung juga dapat suami yang hebat memasak🙂. Boleh jadi iron chef gitu, ehemm.

Cabaran mental pun sama. Diuji dengan tuntutan study ketika badan dah letih di malam hari, ditambah pula dengan tugas-tugas lain yang memita untuk diselesaikan. One more thing, tiap-tiap malam kena get ready untuk round esoknya bersama doktor di hospital. Bukan apa, doktor suka tanya seorang-seorang. Kalau tak baca, maunya tergagap depan doktor. Markah evaluation dikira. Memang cuak kalau dapat doktor cengey. Suami jugakla yang kerap begi perangsang & semangat untuk saya study. Biasalah, orang perempuan memang emosionalnya lebih sikit kadang-kadang.

Jadual kami sama setiap hari, pagi di hospital. Round jumpa pesakit. Ambil history & buat physical exam. Round pagi ni student je yang buat, tanpa pantauan doktor. Selepas itu, round bersama doktor. Waktu nilah yang doktor suka tembak orang dengan soalan-soalan. Kebanyakan doktor high expectation pada student. Menganggap kami dah tau semua benda. Petang pula ada lecture. Empat tajuk besar yang di’compact’kan menjadi 2 jam lecture sahaja. Bayangkan…

Alhamdulillah, Allah kurniakan saya seorang suami yang benar-benar sabar & memahami. Ada sekali tu, kawan-kawan arab tanya pada saya.. awak ke yang masak kat rumah tiap-tiap hari? Saya cakap, saya gilir-gilir dgn suami. Tapi sejak klinikal ni, saya masak weekend je. Terkejut betul mereka sampai mereka kata, “Kalau macam tu, aku nak kahwin dengan lelaki Malizi lah..”🙂

Setelah setahun lebih melayari alam rumahtangga, saya memang terasa berkatnya pernikahan yang berlandaskan Islam, tidak dicemari dengan anasir-anasir couple yang melanggar syara’. Bernikah kerana Allah, nescaya Allah akan kurniakan nikmat yang tak terduga. Kepada kawan-kawan saya yang belum berkahwin, berdoalah dari sekarang agar mendapat pasangan yang bukan sekadar soleh/ah tetapi ikhlas kerana Allah.