Rahmat yang didamba

Mentari pagi ini bersinar ceria, dengan langit yang dihiasi jalur-jalur kuning emas membangkitkan ruh pagi yang segar mekar. Udara pagi nan dingin amat menyegarkan seluruh urat saraf. Burung-burung telah lama keluar mencari rezeki seawal matahari belum terbit lagi. Subhanallah, memerhatikan langit sahaja menjadikan diri ini rasa kerdil di hadapanNya. Tidak ada walau sedikit pun cacat mahupun cela. Subhanallah rabbil ‘alamin.

Alhamdulillah, itu sahaja yang dapat kuucap sebagai tanda syukurku padaMu ya Allah atas nikmat hidup yang Engkau beri, juga nikmat iman & Islam yang masih aku kecapi sampai sekarang. Tidak cukup dengan itu, Kau limpahkan pula rahmatMu & rezeki yang mencurah-curah ke atas kami (saya & suami). Kegembiraan & kesyukuran ini tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Sabtu 2 minggu lepas, saya dan suami ke Markaz Sihhi (Health Center). Buat check-up sikit. Doktor check darah & air kencing. Alhamdulillah, saya disahkan hamil!! Gembira tak terkata. Memang benar, nikmat zuriat bagai cahaya gemilang yang menyinari sesebuah keluarga. Sebelum ini, kami memang ada merancang kehamilan memandangkan kami masih belajar. Tapi dalam masa yang sama, kalau boleh nak ada seorang anak di Jordan sebab kami masih ada tiga tahun di sini. Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan. Allah telah merancang yang terbaik buat kami saya kira.

pregnancy_us_pp

Khamis lepas, jumpa doktor sakit puan untuk follow-up baby. Kondisi saya setakat ni alhamdulillah, semuanya baik. Blood count, glucose level, blood pressure semuanya di tahap yang baik. Paling mengujakan kami berdua apabila melihat anak kami melalui ultra-sound. Alhamdulillah, sudah 2 bulan umurnya (8 minggu). Belum ada rupa, namun kami dapat lihat denyutannya. Doktor kata, insyaAllah due date pada 21 Jun 2009… Emm, sama dengan birthday abahnya. Memang anak abah betul, huhu. Apa pun, kami berharap agar zuriat kami ini kelak bakal menjadi seorang dai’e mujahid, penjulang panji-panji Islam di atas muka bumi ini InsyaAllah.. Semoga Allah berikan kekuatan pada kami, ameen. Mulai hari ni, bolehlah panggil saya Ummu ‘Azzam & suami saya Abu ‘Azzam🙂

pregnancy-8-weeks