Khabar si kecil

Malam yang dingin hingga terasa bagai mencucuk-cucuk liang-liang roma. Walaupun sudah berbaju beberapa lapis. Entahlah, kadang tu rasa macam tahun ni lebih sejuk dari tahun lepas. Macam-macam benda jadi susah nak buat bila cuaca teramat sejuk macam ni. Tapi bila memikirkan saudara-saudara di negara sebelah (Palestin) yang kini tiada rumah, sentiasa ketakutan, ditambah pula dengan kecederaan akibat bedilan bom Yahudi laknatullah, dengan cuaca yang dingin mencucuk ini, terasa sangat sayu & insaf. Kalau saya masih di Malaysia sekarang ni mungkin tak terasa sangat siksanya musim sejuk tanpa sebarang pelindung, apatah lagi pemanas. Allahummansuril mujahidin fil Ghazza…

Alhamdulillah, peperiksaan OSCE untuk rotation Internal Medicine telah pun selesai. Memang terasa benar bantuan dariNya. Dengan kondisi trimester pertama saya yang menyebabkan saya mudah penat, loya-loya, alah dengan bau tumisan dll, menyebabkan saya tidur awal setiap malam. Saya kira, sekarang ni kudrat saya untuk stay up study macam dulu dah agak terbatas. Namun alhamdulillah, saya dapat juga menghabiskan study material2 yang diperlukan untuk exam dan saya dapat menjalani exam tempoh hari dengan tenang. Syukur atas pertolonganMu ya Allah. Nampaknya, ‘Azzam dari dalam perut lagi dah belajar ilmu-ilmu medic 🙂

Sekarang, saya sedang menjalani rotation major kedua untuk tahun ni, Surgery. Kembali sibuk seperti biasa. Abu ‘Azzam pula sedang sibuk mempersiapkan diri untuk exam. Kesibukan kami menyebabkan masa yang berlalu tak terasa. Sedar-sedar, ‘Azzam dah masuk bulan keempat dalam kandungan. Maksudnya, sudah masuk trimester kedua. Syukur sangat sebab saya tak kena sickness yang teruk sepanjang trimester pertama. Muntah cuma beberapa kali sahaja. Itu pun sebab pening naik flight. Morning sickness pun tak ada. So, saya tak ada masalah round hospital setiap pagi. Kalau tak, teruk juga. Cuma loya-loya sikit selepas balik kelas. Mungkin sebab terlalu letih.

Rindu sangat nak tengok ‘Azzam. Apa khabar si kecil tu agaknya. Pulang dari Malaysia hari tu langsung tak sempat nak jumpa doktor. Appointment dengan doktor O&G di Markaz Sihhi tu cuma hari Khamis. Kena pula setiap Khamis sejak balik tu cuti umum. Cuti Krismas la, cuti New Year la.. Lepas tu, saya dah mula kelas. Lagilah takde masa untuk appointment hari Khamis. So, saya ambil keputusan untuk transfer antenatal care saya ke KAUH (hospital univ tempat saya belajar). Lebih mudah. Tak perlu korbankan kelas. Saya buat appointment dengan Dr. Haifa.

“Right now, he’s about the size of an avocado: 4 1/2 inches long (head to rump) and 3 1/2 ounces. His legs are much more developed, his head is more erect than it has been, and his eyes have moved closer to the front of his head. His ears are close to their final position, too. The patterning of his scalp has begun, though his locks aren’t recognizable yet. He’s even started growing toenails..”

Alhamdulillah, Ahad baru ni kami dapat tengok ‘Azzam sekali lagi. Dah besar rupanya dia. Boleh nampak dengan jelas kepala, tangan, kaki, jantung, perut, tulang belakang & juga bladder. Perasaan yang tak dapat nak digambarkan bila melihat buah hati kesayangan bergerak-gerak dengan sihat & sempurna. Ummi & Abah gembira tak terkata. Waktu pertama kali ultrasound dulu cuma nampak seketul daging yang berdenyut-denyut. Tapi sekarang, seketul daging tu dah berubah menjadi manjadi manusia. Subhanallah, hebat sungguh kuasa Allah pada penciptaan manusia.

baby_16weeks_1

baby_16weeks_2

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan:
” Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga”

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim)

P/s:
1. Buat keluarga di Malaysia, ‘Azzam sampaikan salam rindu buat semua. Tak sabar katanya nak main bola dengan Paksu Yasin & Paksu Amir 🙂
2. Buat Paksu & Maksu, baarakallahu lakuma. Semoga bahagia berpanjangan.

12 thoughts on “Khabar si kecil

  1. salam..wahhh..xsbarnye nk tggu azzam lahir! asma’,nnti watla 3D scan.aritu kitrg tgk gmbr 3d scan kt slide doc nmpak sejibik2 muka baby tu.. comel bangat! asma’,tk cr ye..blk sekola jgn naek coaster yg laju2 sgt.

  2. alhamdulillah, moga dipermudahkan segalanya hingga ke akhir..Allah ma’ak..next week kami exam..doakan ya assalamualaikum

  3. Salamu alayk ya jundi..barakAllahufih…moga Allah akan sentiasa memelihara si kecil sebaiknya agar nanti mampu menjadi jundullah yang tangkas berani…

  4. salam..

    hehe..hye along n abg aiman..hye azzam!
    bestnye..looking forward to see my li’l nephew..cnt wait..hehe
    neway along..take a gud untensive care of urself..
    angh dh pakai broadband skrg..so slalu on9.feel free to buzz me..
    love u!

  5. Innas sam’a : pendengaran = eq
    wal basara : penglihatan = iq
    wal fuad : hati = sq

    Sebenarnya apa yg dikaji oleh barat telah ada dalam quran 1400 tahun yg lalu. Nah, bagaimana lagi mahu menafikan kekuasaan-Nya !!.

    Tahniah utk Aiman & Asma serta keluarga besar anda. Famili kat SP & Klang mesti dah x sabaq menerima kehadiran cucu pertama mereka !!.

  6. Salam Asma’….Tahniah makcik ucapkan kepada Asma’ dan Aiman. Dah lama Asma H. bagi tau makcik tapi makcik tak sempat nak menyinggah di sini… sibuk sangat.
    Makcik turut tumpang gembira buat anakanda berdua…teringat sewaktu makcik ke sana di awal 2007 dahulu… ingat lagi tak malam tu? Asma’ lah yang mula bertanya tentang kahwin semasa belajar….dan sekarang….dah nak dapat zuriat…!!! ALhamdulillah….anakanda berdua dapat mengharunginya dengan baik, berkat dari pertolongan Allah SWT.

    Jaga diri baik-baik………..

  7. asma’! very very tiny ‘azzam is so so cute! 🙂

    nanti jangan lupa bawak balik malaysia. auntie ida akan membawa baby ‘azzam pergi shopping! tempat2 best tp tunggu besar besar sikit la bila dah tak nangis2 lol. kalau nangis2 gak, auntie ida bawak bibik pro tolong jaga. haha nnt buat playdate ngan baby hanin, ambik lah gamba nak tengok 🙂

    take care and kim salam sama baby. i wish u well in health through out the process, tc

Leave a reply to Umar Abdul Rashid Cancel reply