Celoteh bakal Ummi

Seperti biasa, hujan lebat membasahi bumi sekali gus membersihkan debu-debu di bumi Irbid ini. Dah beberapa minggu macam ni, setiap weekend pasti hujan lebat mencurah-curah. Adik-adik junior pula mengharap salji turun. Biasalah tu, akak dulu pun macam tu jugak. Seronok sangat nak main salji, tapi bila dah berumur ni macam dah malas. Apa pun, salji di tempat-tempat seperti bumi Syam ni memang salji nikmat. Setahun cuma sekali atau dua kali, turun salji pun tak terlalu lama. Sempatlah main puas-puas. Tak macam kawasan cuaca extreme seperti Russia or Ukraine. Salji terlalu tebal, lama & terlalu sejuk. Kawan akak kata, salji tula yang paling diorg tak suka dalam setahun. Sebab sangat menyiksakan. Macam tu pulak gayanya. Syukurlah kita di Jordan ni cuaca 4 musim yang sederhana. Taklah siksa sangat, bahkan setiap musim tu dtang dengan nikmatnya tersendiri. Musim panas di sini walaupun agak bahang, tapi banyak buah-buahan aneka jenis keluar waktu ni. Kira dapat compensatelah kebahangan yang ada. Alhamdulillah, syukru ‘ala ni’am.

Teramat lama tak update blog ni. Every week sebenarnya tulis je sikit, tapi selalu terbengkalai & tak sempat nak post. Last2 jadi koleksi je, nak post minggu depannya macam dah tak sesuai pulak. Nak harapkan abahnya tulis, tunggu khalifah tertegak nantilah ye. Jangan marah ye abah, nanti cepat tua😛 Bukan apa, abah ni bukan jenis org yang suka memblog. Ummi ‘Azzam yang suka memblog ni pun semenjak dua menjak yang sibuk ni jadi malas, inikan pula abahnya yang memang tak suka memblog.

Cuti winter hari tu, akhawat Mesir datang. Minta maaf sangat-sangatlah kat akak-akak sekalian sebab tak dapat nak layan sangat. Maklumlah, student clinical tak cuti, junior-junior pula ramai yang keluar Jordan merantau. So terpaksalah akak-akak tu jalan-jalan sendiri. Asif jiddan. Apa pun, seronok sangat bersembang dengan mereka, berkongsi pengalaman dakwah dll. Kadang-kadang cemburu pun ada dengan mereka di sana, ukhuwah mereka penuh dengan ruh. Semoga Jordan juga akan jadi seperti itu suatu hari nanti, insyaAllah.

Sekarang ni, usia baby ‘Azzam dah masuk minggu 24 dalam perut. Makin aktif bermain kung-fu. Umminya pun sakanla bersembang dengan dia. Seronok sangat bila ummi cakap & dia respon. Rasa tak sabar nak tunggu baby ummi ni lahir. Sekarang ni, bila jumpa kawan-kawan or juniors mesti dioarang nak tengok perut. Semua pun excited tengok perut besar. Tapi biasanya orang tak perasan sangat saya pregnant, disebabkan saya pakai jubah & tudung labuh maka terus cover perut besar ni. Hatta doktor2 hospital sendiri pun tak perasan. Lagi, soalan-soalan lazim yang ditanya orang bila jumpa saya…

Akak ada sakit-sakit or alah2 tak?
Alhamdulillah, so far so good. Awal2 dulu adalah rasa alah2 sikit pada bau tumisan bawang. Tapi taklah teruk sangat. Loya2 pun tak teruk, biasanya time lps maghrib. Tu pun weekdays je, myb sbb penat sgt round hospital. Muntah2 pun so far cuma 2-3 kali je, tu pun time naik flight. Time lain tu ok je.

Sekarang ni rasa macam mana? Makan semua ok ke?
Sekarang ni dah 2nd trimester. Alah2 semua dah tak ada. Cuma sekarang ni style pemakanan kena ubah memandangkan perut dah start besar. Makan dah selera cuma takleh mkn byk2 sekali gus, sbb
perut cpt rasa penuh. So, kenalah makan sikit2 tp byk kali. Kadang tu bila rasa malas nak makan, terus ingat baby dlm perut. Takut nanti tak cukup nutrient pula kalau Umminya tak makan.

Macamana ek rasa bawak perut besar?
Penat2 tu dah jadi perkara biasa, seksa sikitlah kalau nak panjat tangga tu. Rasa tegang otot bila panjat tangga tinggi-tinggi. Kalau kat hospital tu, sy prefer naik lif je. Nak save energy sket, sbb biasanya kalau round hospital tu memang 2-3 jam jugak kene berdiri memanjang. Mujurlah ahli-ahli group sangat memahami, ada peluang duduk je semua pakat bagi saya duduk.

Akak, dah tau ke boy or girl?

Belum lagi deh… baby malu-malu nak tunjuk.

Kalau baby girl akak nak bagi nama apa?

Rahsia😀 Just wait & see…

Last week scan lagi, tapi belum nampak jantina sebab baby tutup dengan kaki dia. Malu agaknya nak tunjuk sebab waktu tu ramai yang tengok. Beberapa orang kawan pun tengok sekali waktu tu. Husband Marwah kata, baby boy kot tu sebab Hanin suka sangat dengan saya waktu datang rumah diorang hari tu. Hanin siap nak saya yang suap dia makan, hehe. Mak mertua pun kata macam boy sebab saya tak suka makan benda masam. Biasanya kalau suka makan benda2 masam ni baby girl. Wallahu a’alam.. Ummi & Abah tak kisah pun boy or girl, yang penting jadi anak yang soleh & jadi penyejuk mata buat Ummi & Abah.

sdc10269

Pak Cu Amir yang tembam, manja benar dgn Abg Long. Kesian sgt la ni dok kesunyian sorg2 kat rumah sbb abang kakaknya masuk asrama. Tak sabar katanya tunggu ank sedara sulungnya lahir...

Pak Su Yasin yang sangat2 comel, gerammm sgt tengok lagi2 skrg ni dia tengah keletah..

Pak Su Yasin yang sangat2 comel, gerammm sgt tengok lagi2 skrg ni dia tengah keletah..

Mak Cik Wardah & Mak Uda Sarah... tak habis-habis berlakon cakap dengan baby Kak Long :)

Mak Cik Wardah & Mak Uda Sarah... tak habis-habis berlakon cakap dengan baby Kak Long🙂

Pesan ‘Azzam buat Tok Wan & Tok Aki di Klang, Tok Mi & Tok Ba di Kedah & acik2 terutama sekali Pak Cu Amir, Pak Su Yasin & Mak Cik Wardah… doa-doalah ‘Azzam dapat balik Malaysia bulan 8 ni ye. Nanti boleh kita main sama-sama..