Macam-macam ragam

Naluri ibu

Beberapa minggu lepas, hati saya sering rasa gundah. Kadang-kadang rasa sedih, kadang-kadang rasa sunyi.. macam-macam perasaan bercampur. Saya akan lebih terasa kalau abang keluar rumah. Terasa sangat sunyi, sepi, & sayu bila berseorangan di rumah besar ni. Biasanya untuk mengubat kesunyian tu, saya akan bersembang-sembang dengan baby dalam perut. Seronok sangat sebab baby selalu respon. Bila saya bercakap dengan dia, dia tendang-tendang perut. Tak sabar sangat nak tunggu baby lahir.

Ada sekali tu,  saya asyik terfikir bagaimana agaknya bila saya bersalin nanti. Dalam keadaan sakit bersalin belum hilang, dah kena ke kelas. Dengan tanggungjawab yang makin bertambah, saya terasa seperti inginkan belaian seorang ibu. Alangkah baiknya kalau Ummi ada di sisi waktu tu. Memanglah abang ada untuk membantu saya, tapi sentuhan ibu itu berbeza.

Bila saya call Ummi & cerita apa yang saya rasa, Ummi tergelak kecil. Rupanya Ummi juga rasa begitu. Ummi kata, dia sendiri dalam seminggu dua tu asyik teringatkan saya & rasa nak sangat ke Jordan untuk temankan saya selepas saya bersalin nanti. Unik sungguh naluri seorang ibu walaupun terpisah jauh beribu batu.

Mengidam

Ummi cerita, waktu mengandungkan saya di US dulu Ummi suka sangat makan buah peach & minum susu. Mujur peach & susu senang didapati di sana. Saya pula, sejak akhir-akhir ni ’craving’ coklat. Pantang habis stock. Nasiblah, abang jadi mangsa kena tolong belikan bila balik masjid. Tapi apa pun, saya tetap control supaya tak memudharatkan baby. Saya sendiri tahu bahaya & risiko diabetes (kencing manis) ketika mengandung. Apa gunanya belajar medic kalau tak diamalkan.

Khamis lepas gara-gara mengidam nak makan apam balik, maka dengan semangatnya cari resepi & buat apam balik untuk berbuka puasa. Tak kisah dah waktu tu minggu exam. Teringin punya pasal, sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Tapi, taklah susah sangat sebenarnya buat apam balik ni rupanya, cuma kena rajin la. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan. Rasa macam lebih sedap dari yang jual di pasar malam.

Hasil home-made apam balik versi Jordan

Hasil home-made apam balik versi Jordan

Alhamdulillah setakat 6 bulan mengandungkan my sweetheart ni, tak adalah mengidam benda yang bukan-bukan. Tapi selalunya mengidam makanan Malaysia. Nasiblah benda yang diidamkan kebanyakannya boleh dibuat sendiri. Bulan lepas mengidam sangat kue-teow goreng. Sebelum mengandung bukan suka sangat pun kue-teow, tak tahulah kenapa teringin sangat tiba-tiba. Alhamdulillah, rezeki anak… jalan-jalan dengan hubby ke Irbid Mall, terjumpalah kue-teow kering. Sepaket sedinar. Apa lagi, terus sambar. Memang sejak akhir-akhir ni, selera makan agak bertambah. Teringin nak makan macam-macam. Tapi bila makan tu, makan sikit je dah kenyang. Memang nafsu lebih besar dari perut agaknya.

koeteaw01

Macam-macam ragam orang berbadan dua ni rupanya. Apa pun, saya amat gembira dengan pengalaman-pengalaman baru yang saya alami ketika mengandung. Saya akan abadikan memori ini sebagai kenangan manis dalam diari hidup saya. Nanti ‘Azzam dah besar boleh cerita kat dia pula ^_^

P/s: Abah ‘Azzam tak nak cerita ke pengalaman sebagai bakal abah? Hehe..