Semoga saya kuat seperti beliau

Kemeriahan sukan di Irbid tahun ini tak dapat saya nikmati seperti tahun-tahun lepas. Sebelum ini, saya memang tak ketinggalan kalau ada program-program seperti, bahkan saya juga adakalanya terlibat sebagai jawatankuasa penganjur. Seronok sebenarnya bersosial dengan adik-adik junior di samping bersukan menyihatkan badan & otak. Maaflah ye kawan-kawan (terutama yang sekumpulan dengan saya) sebab tak dapat join sukan & KARISMA tahun ni memandangkan ke’sarat’an saya ini. Nak je sebenarnya join jadi pom pom (at least) semalam tapi badan tak larat.

Tahun ini, Allah takdirkan saya untuk be’riadhah’ dengan benda lain pula. Riadhah yang berterusan selama 9 bulan. Fasa demi fasa saya lalui. Dari fasa ‘alahan’ (trimester pertama) ke fasa ‘honeymoon’ (trimester kedua) hinggalah ke fasa ‘angkat berat’ (trimester ketiga). Sekarang ni saya sudah pun memasuki trimester ketiga (cepatnya rasa), fasa angkat berat & ujian fizikal. Tempoh yang benar-benar menguji ketahanan fizikal & mental (ni baru ujian klinikal, tak tahulah macam mana agaknya keadaan orang yang hamil waktu housemanship).

Kesibukan & kepenatan round di hospital memang sangat terasa sejak akhir-akhir ni. Pagi sampai tengahari round, berjalan ke sana sini & berdiri beberapa jam. Petang time lecture dah mula terlepek atas kerusi & mata pun layu je. Sekarang ni round di KAUH, habis lambat. Pukul 6 petang baru sampai rumah. Memang terus terbaring penat. Sakit kaki & sakit belakang tu tak usah katalah. Rasa macam nak cepat-cepat weekend supaya boleh rehat. Tapi bila berbaring & anak dalam perut menendang-nendang minta perhatian, kepenatan saya seolah-olah terubat. Saya rasa tak kisah berpenat lelah asalkan anak saya sihat (hebatnya kejadian Allah, yang menjadikan hubungan anak & ibu begitu unik.. subhanallah).

Bedside teaching... memang jadi kebiasaan berdiri beberapa jam ketika round dengan doktor

Bedside teaching... memang jadi kebiasaan berdiri beberapa jam ketika round dengan doktor

Motivasi saya saban hari adalah, ganjaran pahala dari Allah. Itu sahaja yang saya fikir bila saya rasa penat nak melangkah balik ke rumah. Saya ingin jadi seperti Asma’ Abu Bakar. Dalam keadaan sarat mengandung, masih kuat merentas padang pasir & mendaki bukit untuk menghantar makanan kepada Rasulullah s.a.w & ayahnya di gua Thur ketika hijrah. Dalam keadaan sarat itu juga ditempeleng oleh Abu Jahal gara-gara menyimpan rahsia dia mana Rasulullah berada. Semoga saya kuat seperti beliau…

my-clinical-life2

Gambar ketika round di Neonatal ICU ward... tengok baby2 yang baru lahir, masih pink lagi. Rasa macam tak sabar nak pangku anak sendiri...