Semalam, hari ini, esok

Hari-hari yang berlalu… sepantas kilat terasa. Berlalu pergi tanpa mahu berpatah kembali, apa yang berlaku tercatat sebagai memori. Untuk dipersembahkan pada hari yang pasti berlaku nanti…

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.

H.R.Termizi

Antara tanda-tanda akhir zaman, masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu lewat, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. Bukanlah bermakna masa semakin berkurangan, 24 jam sehari tetap sama. Cuma sejauh mana masa itu bermanfaat buat kita, itulah yang membezakannya.. Fikir-fikirkanlah…

Sedar tak sedar,

Saya sudah habis dawam utk semester panjang tahun 4 ini. Sedang dalam persediaan utk final exam minggu depan.

Sudah masuk minggu 36 kandungan saya. Hanya menunggu masa untuk bertemu buah hati yang dinanti-nanti.

Ya Allah, berilah kekuatan padaku untuk menempuh dua jihad besar tidak lama lagi. Permudahkanlah segala urusanku, ya Allah…

Sayang Ummi

Pengalaman mengandungkan anak pertama ini benar-benar mengingatkan saya betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Dahulu, saya hanya mampu berfikir betapa susahnya seorang ibu mengandung, melahirkan & membesarkan anaknya. Hingga pernah saya terfikir (waktu kecil dahulu) untuk tidak kahwin kerana takut mengandung. Kini, saya sendiri merasai kepayahan itu. Setiap kali saya rasa lemah atau sakit, saya mesti terbayang wajah tulus Ummi yang sentiasa tersenyum walaupun kepenatan sepanjang hari. Terima kasih, Ummi. Terima kasih juga buat ibu mertua saya yang juga telah bersusah payah membesarkan seorang lelaki yang kini bergelar suami saya. (Teringin sangat Ummi ada di sisi saat ini)

Ummi2

Sayang suami

Kondisi saya di akhir-akhir kehamilan ini benar-benar memerlukan seseorang yang setia di sisi. Saya yang kerap sakit belakang, sakit sendi, tak senang duduk, emosi yang tak stabil, teringin itu & ini, sibuk pula dengan persediaan final exam. Kadang kala saya rasa mahu cepat-cepat habis exam supaya dapat rehat. Mujur suami saya sentiasa di sisi menenangkan saya. Saya tahu, suami saya bukan boleh menggantikan tempat saya. Tetapi ketenangan emosi saya sedikit sebanyak melegakan ketidakselesaan yang saya alami. Terima kasih, abang.

Sayang Allah

Tanpa pertolonganNya, tidaklah saya sampai ke tahap sekarang. Saya rasa, saya banyak dipermudahkan olehNya sepanjang tempoh ini. Alahan mengandung yang tak terlalu teruk, kekuatan untuk round hospital setiap hari, rakan-rakan sekumpulan yang sangat membantu, markah bonus waktu exam, dll. Paling utama, Dialah yang telah mengurniakan kami rezeki zuriat yang tak ternilai ini. Terima kasih, ya Allah.

Sedikit ucapan buat yang teristimewa…

(ucpn2 yg dijama’ qasarkan dalam satu entry)

Adik2

  1. 3 Mei– Happy Belated Birthday buat Paksu… (smg b’bahagia selalu)
  2. 10 Mei– Selamat Hari Ibu buat kedua-dua Ummi. Terima kasih yg tak terhingga ats segala-galanya. Doakan K. Long juga menjadi ibu yang terbaik.
  3. 16 Mei– Selamat Hari Murabbi buat semua murabbi yang telah, sedang, & akan mengajar saya dari tak tahu apa-apa hinggalah sekarang (Tadika Ihkam, Tadika Huda, Sek. Ren. Al-Azhar, Sek. Men. Islam Hira’, INTEC, JUST). Juga buat Abi & Ummi, murabbi sepanjang hayat saya. Jazakumullah wa khayrun jaza’
  4. 21 & 22 Mei– Triple birthday buat adik-adik ipar (Maisarah, Marwan & Yasin). Semoga jadi anak yang soleh/ah.
  5. 29 Mei– Happy becoming birthday buat adik tersayang, Amir Mujahid. Semoga menjadi pemimpin para mujahid kelak, insyaAllah… (juga birthday Anisa, our cousin)
  6. Mabruk buat acik Kipi & family atas kelahiran puteri penyeri keluarga (tahun ni Aki & Wan sambut seorang cucu & seorang cicitlah ye… Menanti giliran acik Imah pula).