Mana lebih baik?

Otak rasa ringan (walaupun badan makin berat). Alhamdulillah, selesai sudah ‘semester panjang’ kami selaku pelajar tahun empat. Memang seronok dengan pengalaman baru, tapi agak melelahkan bagi saya. Mungkin kawan-kawan lain tak rasa macam tu. Setiap minggu, tak sabar nak tunggu weekend (ngelat betul). Lepas tu, asyik mengeluh.. ‘bilalah nak cuti ni…’ Abanglah mangsa keluhan & rungutan saya bila penat balik dari universiti. Saya tahu, tak elok merungut atau mengeluh macam tu, takut kurang pahala. Saya sering merungut bukan sebab tak redha, tapi saya rasa lega bila luahkan pada abang (aci ke?). Saya tahu abang bukan boleh ganti tempat saya, tapi sekurang-kurangnya saya rasa sedikit lega bila kongsi dengan abang.

Sekarang ni, saya dah habis exam (maknanya dah cuti… best2 walaupun cuma sekejap). Abang masih berbaki 2 paper. Maka, tugas saya untuk bantu abang. Jadi suri rumah sepenuh masa. Latihan intensif utk jadi ibu. Walaupun kerja terbengkalai bertimbun (disebabkan exam tempohari) perlu diselesaikan. Walaupun kudrat dah tak sekuat dulu (buat kerja pun slow je). Tapi saya rasa seronok buat semua ni. Saya nak masak sedap-sedap untuk abang selagi masih mampu ni, nanti dah bersalin susah dah. Istimewa untuk suami tercinta yang banyak membantu sepanjang tempoh 9 bulan ni. Semoga jadi pendorong abang untuk study dengan gigih… (warning: soifi ni kena mula diet boleh?)

Bayi minggu ke 38. Gambar betul tak ada, tu yang letak gambar cekup dari internet.

Bayi minggu ke 38. Gambar betul tak ada, tu yang letak gambar cekup dari internet.

Alhamdulillah, buah hati kami dah masuk minggu ke-38. Dah cukup bulan. Tahniah anak Ummi!! Kamu memang hebat. Sepanjang 9 bulan anak Ummi sangat soleh. Jarang buat hal, baik je dia. Membesar dengan sihat (rasanya birth weight dia nanti maunya 3.5+ kg). Ummi jadi seronok mengandung. Semoga nanti anak Ummi akan jadi anak yang soleh & hebat seperti ‘Abdullah ‘Azzam. Sekarang ni Ummi dah habis exam, so anak Ummi dah boleh keluar. Keluar cepat-cepat ye, Ummi & Abah rindu sangat dah ni🙂

Mana lebih baik?

Untuk bersalin nanti, plan asal kami pada awalnya nak bersalin di Hospital Najah. Tapi disebabkan beberapa khabar angin, kami jadi ragu-ragu.

Hospital Najah, Irbid. Dekat dengan rumah.

Hospital Najah, Irbid. Dekat dengan rumah.

Di kesempatan ini, nak minta pendapat warga Irbid sekalian tentang beberapa hospital utk saya bersalin nanti. Boleh?

Hospital Najah Hospital Badea KAUH
Jenis Private Kerajaan Semi-private
Rate harga (normal delivery) JOD 120 + < JOD 100 JOD 250 +
Kelebihan/ kekurangan Hospital dalam taman, layanan bagus (standard hosp private), kemudahan memuaskan.

Dekat dengan rumah, tak sampai 5 minit naik teksi

Beberapa kawan arab kata, hosp ni suka nak operate patient walaupun pada masalah kecil (C-sec) yang mana kosnya sangat mahal, sebab nak untung. Wallahu a’alam.

Kata orang, servis hosp ni tak berapa bagus. Standard hosp kerajaanlah)

Juga dekat dengan rumah

Dari segi kemudahan (equipment) & layanan, senior2 yang pernah round OnG mungkin boleh cerita sikit? (sebabnya, waktu round NICU hari tu tengok hospitalnya macam ok je.)

Servis first class. Labor room private.

Agak jauh dari rumah, 20 minit perjalanan

Cumanya, harga terlalu mahal buat student macam kami. Diskaun 90% universiti tak termasuk bersalin & yang sewaktu dengannya. So, kena bayar full.

Maka, sesiapa yang ada maklumat (terutamanya senior yang pernah round OnG di Badea) sudi-sudilah berkongsi ye.

KAUH, hospital universiti kami. Hospital canggih di sini.

KAUH, hospital universiti kami. Hospital canggih di sini.

Warm Wishes

  1. Mabruk buat senior-senior JUST serta sahabat-sahabat Yarmouk yang telah berjaya menamatkan pengajian. Semoga kejayaan ini memberi sumbangan yang besar buat Islam. (cemburu sebab mereka dah habis & sedih sebab mereka dah nak balik)
  2. 07/06/09: Sanah Helwa buat adinda Izzah. K. Long & Abang doakan agar Izzah jadi anak yang solehah serta baerjaya dunia & akhirat.
  3. 08/06/09: Tahniah buat diri sendiri yang berjaya habiskan semester ini dengan jayanya B-)
  4. 09/06/09: Baarakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil khayr buat K. Lynn & suami. Semoga keberkatan sentiasa melimpahi rumahtangga kalian.