Sehebat anak singa

LION KING

Nak dengar satu cerita tak?
Cerita tentang Abdullah bin Zubair (anak Asma’). Waktu tu, dia masih kecil. Umur lebih kurang 12 tahun.
Satu hari, sedang dia bermain-main dengan kawan-kawannya datang Saidina Umar lalu di situ. Maka kanak-kanak tersebut semuanya lari bertempiaran kerana takutkan Umar (budak zaman nabi ditakutkan dengan Umar, tetapi budak sekarang takut bear pada hantu… haih).

Umar pun memberi salam pada Abdullah dan bertanya:
“Kenapa kamu tak lari seperti kawan-kawan kamu?”

Abdullah dengan selambanya menjawab:
“Aku bukannya zalim. Jalan ni pun tak sempit untuk aku beralih dan aku tak buat apa-apa kesalahan pun sehingga aku perlu lari”

Umar tersenyum gembira dengan keberanian Abdullah, lalu beliau mengusap-usap kepala Abdullah sambil berkata:
“Anak ini akan hidup dengan kehebatan”

P/s: Saya mahu anak-anak saya jadi hebat seperti anak-anak singa. Anda bagaimana?

Ummu ‘Azzam: Kalau nak anak ini jadi sehebat ‘Abdullah ibn Zubair, umminya juga kena jadi sehebat Asma’ Abu Bakarlah. Semoga Allah perkenankan🙂