Diari Ummi

Lebih seminggu juga saya berhenti menulis blog. Bukanlah kerana terlalu sibuk, tetapi mood untuk menulis tak kunjung tiba. Hari ni, saya nekad untuk menulis sedikit khabar berita. Bukan apa, ramai yang bertanya perkembangan saya & baby. Rasanya lebih baik saya tulis di blog saja. Tak perlu nak cerita banyak kali kan?

Sepanjang tempoh 10 hari ni, macam-macam perkara telah berlaku. Perasaan saya pun kerap berubah-ubah, saya jadi agak sensitif kebelakangan ni (sebab hormon kot). Minggu lepas, fikiran agak kacau memikirkan tiket yang dibeli untuk Ummi saya datang ke sini belum juga selesai walaupun tarikh Ummi sepatutnya fly tinggal lagi 2 hari.

Masalah yang berlaku waktu tu, nama Ummi dalam waiting list. Maka, syarikat tu tak boleh issue tiket sedangkan kami dah bayar pada agen. Akhirnya, sehari sebelum Ummi fly, kami beli tiket baru. Tapi taklah bayar penuh, cuma perlu tambah sikit sebab tiket baru ni lebih mahal. Tak kisahlah mahal sikit, janji Ummi dapat berada di sisi ketika saya bersalin nanti.

14 Jun, regular check up seperti biasa. Sekarang ni setiap minggu kena pergi check up. Berat baby dah dianggarkan 3.5 kg. Wah, sihatnya anak Ummi ni.

16 Jun, Alhamdulillah Ummi selamat sampai ke Jordan. Gembira sangat. Tu yang status YM senyum sampai telinga memanjang. Ummi sampai-sampai je, terus tengok perut saya. “Ni tinggi lagi ni kakak”. Nampaknya, saya kena lebih aktif berjalan supaya baby cepat turun & mudah bersalin. Lepas ambil Ummi di airport, terus pi shopping di City Mall. Saja nak bagi banyak jalan.

17 Jun, masih belum ada tanda. Ajak Ummi jalan-jalan ke beberapa tempat menarik di Jordan ni. Tujuannya supaya saya dapat banyakkan berjalan untuk cepat bersalin (lagi 3 hari nak mula kelas balik) & kalau saya dah bersalin nanti susahlah nak bawa Ummi jalan-jalan. Bayangkanlah, saya yang sarat ni berjalan kaki naik turun bukit & tangga di Umm Qays, Ajloun Castle, & Jerash. Dari pagi sampai petang berjalan. saya sendiri terkagum. Macam manalah saya boleh berjalan sebanyak itu. Balik ke rumah, masih belum sakit apa-apa. Cuma lenguh-lenguh kaki sikit. Ummi kata, Ummi memang pilih nama Asma’ untuk saya sebab nak saya jadi macam Saidatina Asma’ Abu Bakar. Memang betullah, saya rasa seperti mendapat kekuatan Saidatina Asma’ yang mendaki bukit ketika sarat mengandung untuk hantar makanan pada Rasulullah ketika hijrah.

18 Jun, bawa Ummi jalan-jalan ke balad. Juga sebab nak banyakkan jalan. Seronok tengok Ummi teruja dengan buah-buahan segar yang pelbagai di pasar. Sekarang tengah musim cherry, nectarine, peach etc. Dah banyak jalan, masih belum ada sebarang tanda. Lagi 2 hari nak due date. Lagi 2 hari nak mula kelas. Tinggal seminggu saja lagi Ummi di sini. Saya sudah mula digayuti resah. Petang tu, jumpa doktor di Najah. Dia kata kalau nak cepat, C-sec je (amboi, senangnya cakap). Terus reject nak bersalin di Najah. Pergi Badi’ah, doktor kata tunggu sampai Sabtu (20 Jun). Kalau tak ada tanda juga, kena induce.

19 Jun, bawa Ummi jalan Syari’ Jamiah. Nak berjalan banyak pun kedai tak banyak yang buka sebab Jumaat cuti umum di Jordan. Petang & malam pula, kawan-kawan datang ziarah. Noni, Pia, Ayman, Liya & Ziela offer nak surveykan Irbid Islamic Hospital. Hospital ni sangat nice & cosy. Harga pun ok, JD 140. Tapi untuk induce, kena jumpa doktor dia dulu.

20 Jun, jumpa Dr. Leena (doktor Irbid Islamic Hosp). Doktor ni sangat baik. Lepas diperiksa, Bishop Score saya 0. Kepala baby pun masih floating. So, tak boleh induce sebab chances of failure adalah 90%. Doktor suruh tunggu lagi seminggu with regular monitoring. Saya rasa agak down. Risau memikirkan kelas yang akan bermula esok, Ummi yang dah tak lama di sini, & paling utama saya risaukan keselamatan baby dalam kandungan. Maaf sangat kepada kawan-kawan yang call/ smsnya tak dilayan. Saya tahu semua orang pun risau. Tapi saya rasa saya perlukan sedikit masa untuk menenangkan perasaan. Boleh kan? Saya cuma mengharapkan doa dari kalian agar urusan saya dipermudahkan.

21 Jun, due date baby (40 minggu) + start kelas + birthday Abang (sorry terabai sikit birthday Abang tahun ni, risaukan baby punya pasal). Hari ni masih juga tiada sebarang tanda. Saya tidak ke kelas sebab nak jumpa doktor lagi. Sekarang ni, saya hanya tawakkal pada Allah. Hanya Allah yang berkuasa atas setiap yang berlaku & saya yakin apa yang ditakdirkan untuk saya adalah yang terbaik.

Kalau ada apa-apa perkembangan nanti saya akan maklumkan ye. Sekarang ni saya cuma harapkan doa dari semua, semoga urusan ini dipermudahkan. Bismillahi tawakkalna ‘ala Allah…