Rindu abah

Asiah di hari pertamanya menjengah dunia.. chubby macam Umminya

Asiah di hari pertamanya menjengah dunia.. chubby macam Umminya

 

Gambar terbaru Asiah, orang kata muka Asiah dah lain sekarang

Gambar terbaru Asiah, orang kata muka Asiah dah lain sekarang

Asiah rindu sangat dengan Abah. Asiah sekarang di rumah Tok Wan & Tok Aki di Klang. First time Asiah merasa naik kapal terbang. Mula-mula tu rimas sangat waktu Ummi beratur nak check-in sebab ramai orang. Asiah jadi gelisah. Asiah pun nangis kuat-kuat nak beritahu Ummi yang Asiah tak selesa. Kesian Ummi kena dukung Asiah sambil beratur.

Waktu naik kapal terbang pun Asiah menangis lagi. Bunyi bising & Asiah rasa telinga berdengung. Ummi pula dah kepenatan. Dahla tak dapat bassinate sebab ramai sangat baby. Nasib baik ada Mbak Sarah duduk sebelah Ummi. Mbak Sarah yang tolong tenangkan Asiah & pegang Asiah waktu Ummi makan.

Transit di Dubai, banyak sangat lampu-lampu. Airport Dubai besar sangat. Cantik pula tu. Asiah rehat di surau dengan acik-acik. Ummi lenguh sangat tangan sampai menggeletar. Tapi sempat jugak shopping coklat dengan Acik Shaima’.

Flight seterusnya, Asiah tidur sepanjang perjalanan lapan jam tu. Bangun sekali je untuk minum susu. Asiah penat sangat dah. Alhamdulillah dapat bassinate, lena Asiah tidur dalam tu. Ummi pun dapatlah tidur.

Esoknya turun flight je Ummi kata dah sampai Malaysia. Ummi terus bawa Asiah ke tandas, tukar diapers, lap badan, & pakai baju baru. Tapi sampai dekat gate, Ummi kena tahan sekejap sebab passport Asiah tu passport sementara. Pakcik tu suruh dapatkan surat dari pejabat, tapi bila pergi pejabat dia kata tak perlu surat. Alhamdulillah, lepas juga walaupun lambat. Ummi sorong Asiah dalam troli dengan beg-beg sekali sebab tak cukup tangan. Keluar je, terus Nampak muka Tok Wan, Tok Aki, Mak Uda, Pak Teh & Pak Cu senyum kat Asiah & cium Asiah. Tapi malam tu, Pak Teh & Mak Uda kena balik asrama. Tinggal Pak Cu sorang.

Abah tau, Pakcu suka sangat jaga Asiah. Pakcu suka dukung Asiah. Pakcu tolong Ummi angkat barang-barang Asiah. Pakcu main dengan Asiah. Pakcu bagi Asiah susu. Asiah sayang Pakcu.

Abah, esok Asiah nak ke Pahang jumpa moyang. Minggu depan nak balik Kedah jumpa Tok Mi & Tok Ba pula. Abah balik cepat-cepat ye, Asiah rindu sangat-sangat dengan Abah.

Pakcu Amir suka sangat jaga Asiah

Pakcu Amir suka sangat jaga Asiah