Ramadhan kali ini

Ramadhan tahun ini sedikit berbeza dari biasa. Kehadiran permata hati Asiah Awatiff yang benar-benar merubah gaya hidup serta kematangan saya. Saban hari teruja dengan perkembangan Asiah, yang sekarang makin montel, sudah pandai tersenyum lebar dan bersembang dengan bahasa bayinya (cooing) terutama sekali bila perut dah kenyang. Sejak 2 minggu lepas sebenarnya Asiah dah mula berceloteh. Tapi makin hari makin kerap. Kelapangan fikiran dari pelajaran menjadikan saya lebih tertumpu pada buah hati kesayangan. Asyik. Sampai nak berenggang sekejap pun susah. Kalau saya berehat di atas rumah sementara Asiah tidur di bawah, bangun tidur terus cari Asiah (tapi abah jgn risau, abah tetap bertahta di hati ummi ^^).

Cuti kali ini banyak saya habiskan di Kedah sebab ummi & abi kerja, kalau di Klang tu saya selalu kena tinggal berdua di rumah. Di Kedah ni ada juga orang teman, mak mertua surirumah & adik-adik kecil ramai di rumah. Minta maaf sangat pada kawan-kawan yang nak datang melawat. InsyaAllah dua minggu lagi saya akan balik ke Klang semula selama seminggu.

Baru-baru ini, bawa Asiah cucuk vaksin. Ambil kesempatan timbang berat & ukur tinggi Asiah. Terbeliak mata nurse kat situ. Mana taknya, Asiah yang baru berusia 2 bulan sudah mencecah berat 6.5 kg & panjang 65 cm (cubalah check kat growth chart, dah saiz budak 5-6 bulan, huhu). Alhamdulillah, anak Ummi sangat sihat. Lepas kena cucuk pun tak buat hal. Demam pun tak. Solehah betul.

Antara kelainan Ramadhan kali ini, setiap malam saya perlu tidurkan Asiah dulu baru boleh tarawikh. Itu pun kadang-kadang baru nak mula solat, Asiah merengek semula. Mudah-mudahan Allah ganjarkan pahala ekstra. Jaga anak pun ibadah juga kan.

Sedar tak sedar sudah hampir seminggu kita meraikan Ramadhan al-Mubarak. Masih berbaki tiga minggu untuk kita kumpul sebanyak mungkin pahala & ganjaran belipat ganda dari Allah, raja segala raja. Manfaatkanlah setiap detik yang ada kerana tahun depan belum pasti kita dapat bertemu lagi dengannya. Wallahu a’alam.

 

P/s:

1. Paksu pun kena buat kuih sedap-sedap tahun ni sebab kami nak datang beraya, hehe.

2. Looking forward to see baby Uswah soon, inshaAllah.

3. Insyirah dalam Haiwan Teladan tu anak kak Yana ke?