Cukuplah mati

Musim luruh 12 Oktober 22 tahun yang lalu... bermulalah episod perjalanan hidup diri ini yang entah bila penghujungnya...

Musim luruh 12 Oktober 22 tahun yang lalu... bermulalah episod perjalanan hidup ini...

Peringatan buat diri yang semakin meningkat usia…

Semakin umur meningkat, semakin maut menghampiri.
Kata orang, rumah kata pergi kubur kata mari (aduh).
Maut yang entah bila, di mana & bagaimana?
Persoalannya, kita dah bersedia atau belum?
Sahabat di zaman Rasulullah sgt mengimpikan mati (baca: syahid).
Tetapi kita di akhir zaman ini sangat takut mati.
Kenapa agaknya? Sehebat mana pun seseorang itu pasti akan mati.
Bila maut datang, tak siapa pun boleh mengelak atau menangguhkannya.
Walaupun orang tu pemimpin dunia.

Ada satu kisah comel di zaman nabi Sulaiman.
Ada seorang lelaki ni, menghadiri satu majlis.
Di majlis tu, dia terperasan kelibat seseorang sedang memerhatikan dia.
Ke mana saja dia pergi, orang itu akan ikut. Semua gerak gerinya diperhatikan.
Lelaki itu dengan muka cuak bertanya nabi Sulaiman siapakah gerangan orang itu?
‘Oh, itulah malaikat maut’ Merasakan mautnya telah hampir, dia segera meminta nabi Sulaiman menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh dari situ.
Malaikat maut itu juga dengan muka pelik bertanya nabi Sulaiman kenapa lelaki itu ada di majlis tersebut sedangkan dia ditugaskan untuk mencabut nyawa lelaki tersebut di pulau yang jauh itu.
Tahulah nabi Sulaiman kisah sebenar. Akhirnya lelaki tersebut mati di pulau itu tanpa terlewat sesaat pun dari yang dijadualkan.

Kenapa nabi kata orang yang paling bijak adalah orang yang ingat mati?
Sebabnya, hanya dengan ingat mati kita akan berusaha menggandakan amal kita sebagai persediaan.
Beramallah seperti akan mati esok  hari…

“Cukuplah mati sebagai peringatan”

Wallahu a’alam