Kebangkitan Jiwa

sjiwa_kebangkitanjiwa

Sejenak

Sentuhan Jiwa sudah menggapai usia lebih kurang 2 tahun sejak kami mula mendaftarkannya pada Oktober 2009.

abu.asiah_ummu.asiah

Sayangnya saya amat kurang menulis, dan Sentuhan.Jiwa lebih banyak mendapat ‘sentuhan’ isteri saya.

Sebabnya saya merasakan ada isu kredibiliti peribadi yang menghalang saya aktif menulis.

Saya juga bukanlah seorang yang mahir dalam penulisan. Bahasa saya agak ringkas dan skema. Mungkin atas sebab itu saya selalu mendapat markah yang kurang dalam bahagian gaya bahasa dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan semasa SPM di bangku sekolah dahulu.

Tetapi, bagi saya Sentuhan.Jiwa punya objektif yang ringkas & jelas. Ruang perkongsian pandangan & pengalaman.

Mungkin tidaklah semuanya betul & bermanfaat, tetapi sekurang-kurangnya menambah satu perspektif dalam penilaian & pertimbangan kita terhadap sesuatu perkara.

Abu.Asiah

abu.asiah_asiah

Saya sudah berusia 22 tahun pada Jun lepas. 1 minggu selepas ulangtahun kelahiran saya, kami telah selamat dikurniakan seorang cahaya mata penyeri rumahtangga yang dibina September 2007.

Setelah 22 tahun dan khususnya setelah mendapat cahaya mata pertama, saya kerap terkenang masa-masa lalu. Betapa lajunya waktu berlalu, dan betapa cepatnya saya telah membesar sehingga telah sampai ke satu fasa baru kehidupan, alam rumahtangga.

aiman_sepanjangZaman

Cuma kerap juga saya terfikir, adakah usia saya seiring dengan prestasi sebagai seorang hamba Allah?

Hari Ini & Esok

Warga pengunjung Sentuhan.Jiwa yang dikasihi,

Tahun 2009 ini pasti tidak akan lama bersama kita. 2010 dan tahun-tahun yang seterusnya akan kunjung tiba samada kita rasa ianya cepat atau lambat.

Saya sekadar ingin mengajak anda untuk sama-sama menyemak balik sejauh mana diri kita memahami hakikat matlamat hidup seorang Muslim dan prestasi kita ke arah pelaksanaannya.

azzhaariyaat

Kalau terpesong atau tercicir, mari kita sama-sama kejar dan berada di landasan yang sebenarnya semula.

Rasanya tidak ada istilah terlewat andai kita masih bernyawa.

Kebangkitan Jiwa

abu.asiah_02

Saya mengharapkan agar jiwa saya dapat bangkit semula.

Ke arah membina akhlaq yang mulia & disukai masyarakat.

Ke arah membangun semangat menuntut ilmu & menamatkan pengajian.

Ke arah membantu rakan-rakan & masyarakat.

Ke arah membina generasi harapan

Ke arah mencapai keredhaan Ilahi

Salam Kebangkitan Jiwa!