Kembali bersiaran setelah penat menghabiskan hari-hari yang sibuk dengan pelbagai urusan.
Ops, tak ada istilah rehat dalam berjuang. Sebab itulah orang yang betul-betul bekerja tiada masa untuk duduk goyang kaki.
Tadi terima SMS dari Ummi yang teramat rindukan cucunya. Maklumlah, dua tiga kali call Asiah tengah tidur.
Tak apalah, entri kali ini Kak Long update pasal Asiah yang semakin mem’besar’ khas untuk Ummi ^_^
Asiah sekarang dah pun 4 bulan. Makin montel dan debab, tambahan pula dengan cuaca yang makin sejuk ni. Bab-bab meniarap Asiah dah expert sejak dari Malaysia lagi. Sampaikan susah bila Ummi dia nak tukar diapers sebab dia asyik nak pusing.


Sekarang ni Asiah tengah berusaha untuk maju setapak lagi. Setiap kali meniarap mesti nak angkat punggung ataupun tegakkan tangan. Lagi-lagi kalau Umminya letak toys atau handphone, terus galak tolak-tolak kaki sambil tangan terkuis-kuis cuba nak ambil mainan tersebut. Kadang tu sampai terpusing 180 darjah. Sangat gigih berusaha sampai dapat. Bila dah dapat, terus ngap masuk mulut. Itulah kerja dia sekarang ni, semua benda nak masuk mulut.

Disebabkan selera dia yang nak ngap semua benda dan umurnya pun dah 4 bulan, Ummi Asiah pun cuba bagi dia makan ‘makanan’. Kali pertama, cuba bagi bubur nasi. Tapi Asiah tak mau makan. Tak sedap kot.

Lepas tu Ummi suruh Abahnya beli nestum. Alhamdulillah, selera sungguh dia makan. Sampai tak cukup-cukup. Umminya bancuh sikit jela takut tak habis. Tengok-tengok, habis je nestum tu terus mengamuk. Maka, Ummi pun sumbatlah susu. Awal bagi makan agak ‘selebet’ sebab Asiah belum pandai makan lagi. Comot-momot sampai hidung pun makan nestum sekali. Tapi makin lama makin ok. Dah pandai tarik tangan Ummi dia yang tengah pegang sudu untuk di’ngap’.

Ummi guna set makan MATA yang auntie Lina bagi. Somel sangat sebab kat mangkuk tu ada mata bolatt macam mata Asiah.
Asiah sekarang ni sangat suka main ‘pull-to-sit’ dengan Ummi Abah dia. Bukan main excited bila main tu.
Kadang tu tengah Asiah dok merengek mengada-ngada, bila tarik bangun je terus gelak kekek-kekek. Asiah memang dah pandai gelak sekarang ni. Dia suka gelak kekek-kekek bila orang cium perut dia atau geletek dagu dia. Sangat comel sampai kadang tu leka main dengan dia.
Satu perangai baru Asiah akhir-akhir ni ialah suka nak manja mengada-ngada bila sampai hujung minggu. Iyalah, hujung minggulah waktu ’emas’ kami dengan dia. Hari lain sibuk ke kelas, malam pula Asiah tidur untuk beri laluan Ummi Abah study. Maka, hujung minggu inilah kesempatan Asiah untuk bermanja-manja. Dari pagi sampai petang tak letih-letih main. Tidur sekejap tengahari, sambung balik main. Ummi Abah pula yang letih layan kerenah dia.





Apa pun, rahmat Allah yang cukup besar dengan mengurniakan kami anak yang comel dan solehah. Ramai orang tanya, macamana nak study bila dah ada anak?
Alhamdulillah, Allah tolong. Setiap malam lepas maghrib Asiah terus tidur sampai tengah malam. Kemudian bangun sekejap minum susu dan sambung tidur sampai Subuh. Makanya, kesempatan inilah kami gunakan sebaik-baiknya untuk study. Kuantiti study mungkin tak sebanyak orang lain, tapi harapnya study yang sedikit itu biarlah berkualiti.
Kalau kita bersangka baik dengan Allah, Allah akan memberikan jalan. Jangan anggap anak ini beban yang menyusahkan, tetapi rahmat yang besar dariNya. Setiap anak sudah tertulis rezekinya, ajalnya, takdir baik dan buruknya. Berdoalah semoga kita sentiasa beroleh yang terbaik dariNya.
cepatnye baby asiah membesar~ geram tengok mata dia bolat
moga Allah bagi kekuatan mentarbiyah Asiah 🙂
Mmg tak terasa cpt je dia membesar esp bila dah busy dawam..
fine, amai pon rindu asiah.. harap dpt dukung die lagi sebelom die pandai jalan..
Tak sempat kot Mai, kena dtg sinila kalo nak. K. Long myb lmbt lg bru balik. Balik2 kang Asiah dah leh jalan.
aciah oh aciah…ni nape banayk ragam ni…paman munir tabok karang baru tau…dgn paman tak mau senyum..acik nangis je…ish ish
p/s
paman maksud pak cik dalam jawa barat
tabok maknya nak kena pok dalam bhs jawa timur
Haha, Asiah mmg ada darah jawa.. turun dari Tokwan dia..
Kena praktis lg tu paman.
amir pun geram tengok mata bolat asiah 🙂
he3 he geram kaklong hantarlah asiah dengan post biar amir jaga.
Takyah hntr guna pos mir, lambat.. K. Long hntr guna Skype ye, laju sket.
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk kita bertemu dan bermesra. Biar seketika, terasa mahal saat yang berlalu bersama aiman, aishah dan asiah.. jangan silu untuk terus bertandang ke teratak naufal.
InsyaAllah Umi.. Rasanya rumah Umi tu destinasi wajib kot setiap kali balik Msia ^_^
Comelnye Asiah, haha. Teruskan perjuangan..
masha Allah..
rindunye kt asiah.geram tgk!huhu.. 😉
asiah jgn nakal2,dgr ckp ummi ngan abah tau!
moga asiah jadi anak yg solehah.
rindu k.asma’ gak.moga terus diberi kekuatan~
salam fr huda se-family di seremban^^
i’m not tired of saying this over and over..
SSSOOOMELNYEEEHHH ASIAHH
ni bile nak gelak kekek-kekek dengan uncle ejad ni hmm? hmm?
lu apehal jard…jgn potong line gua
aku dah tempat asiah dr awal lagi…tak caya ang tanya kat papa aiman
lu muka mat rempit sah2 la asiah xnak gelak depan lu.gua muka mesra alam
hahahaha…..
well nice kid.
tp nyer asal mata bulat sangat?
hehehe….
humang aih, comel tak ingat, if only i can do a photoshot session with asiah, hahaha. aihh, tgk member dh ada anak besor nih, terasa tua la plak, hahaha.
Comelnyer……rindu la kt asiah…bla nk blik cni?km semua rindu kt asiah…nk picit pipi dia.hehe…
salam, semoga semuanya sihat.
cutenya asiah…comel3..
geram sgt2..sebelum ni tengok gambar dari blog je. hari tu jumpe depan2, boleh picit2 pipi..
jadi anak solehah ye…geramnye asiah..!!
waa…abg long pun makin cute gak ar…