Asiah dan kawan-kawan

Asiah sekarang dah ada ramai kawan. Asiah seronok main dengan kawan-kawan Asiah. Dulu waktu Ummi tinggal Asiah dengan Acik Da, Asiah selalu main dengan Wafa’ & Dhiya’. Mereka kecek ganu terutama sekali kakak Wafa’ yang sangat pekat cakap ganu.

Asiah_nursery1

Hari pertama Asiah di rumah Acik Izma...

Sekarang ni Ummi tinggal Asiah dengan Acik Izma pula sebab Acik Da dah tak larat kena ‘badi ‘ Asiah. Kat rumah Acik Izma ni Asiah dapat lagi tiga orang kawan. Kak Jannah, Faqeh & Faseh. Tapi Asiah dengar Ummi sebut Kak Ros, Upin & Ipin. Apa-apalah.. apa yang penting, kerjasama. Eh silap, apa yang penting Asiah seronok main setiap hari. Acik Izma pun orang ganu, habislah nanti Asiah pulak yang cakap ganu padahal Ummi cakap KL s& Abah pulak cakap utara.

Ni gambar-gambar Asiah kat rumah Acik Izma (Ummi curi kat blog Acik Izma, hehe). Enjoy!!

Asiah_nursery2

Seronok sangat belajar dengan Abg Faqeh & Faseh

Asiah_nursery3

Asiah & Kakak Jannah yang comel