Lambaian haramain

Kaaba

LabbaikAllah

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah…” -al-Baqarah: 196

Seakan mimpi menjadi realiti pabila mendapat tahu berita itu. Tak pernah diri ini menyangka akan dijemput menjadi tetamu Allah seawal ini. Memang sudah sekian lama memasang angan-angan manis untuk bertamu di haramain memandangkan lokasi Jordan yang tak berapa jauh. Tapi kesukaran untuk mendapat visa menjadikan saya tak terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Cuma diri ini selalu berdoa agar dikurniakan kesempatan sekurang-kurangnya sekali sepanjang 6 tahun menetap di bumi Jordan ini. Alhamdulillah… Allah memberi kami peluang tahun ini.

Pada mulanya ketika mendapat email iklan untuk menunaikan haji anjuran MPPM, hati saya berbunga sebab kosnya di dalam kemampuan kami dan tarikhnya memang kena elok pada waktu cuti kami. Setelah berbincang dengan Abu Asiah, kami bersetuju untuk mendaftarkan nama. Sekadar mencuba, ada rezeki alhamdulillah. Tak ada rezeki tahun depan kami cuba lagi. Setelah bertungkus lumus mendapatkan semua dokumen yang dikehendaki (ditambah pula waktu itu sibuk nak selesaikan urusan iqamah Asiah) dan menghantarnya kepada pihak penganjur, kami bertawakkal pada Allah.

Tidak lama selepas itu, saya mendapat tahu bahawa tarikh safar terpaksa diawalkan. Satu masalah buat saya sebab saya mempunyai dua exam ketika itu. Ramai kawan-kawan yang menarik diri disebabkan masalah ini. Tapi saya nekad juga untuk meneruskan impian saya ini.

Dengan sokongan abang, saya nekad untuk berjumpa dengan beberapa orang lecturer (coordinator) untuk menyelesaikan masalah saya ini. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan saya. Coordinator ENT awal-awal lagi sudah memberi green-light. Cuma coordinator Neuro agak masalah sebab Dr sukar ditemui di pejabatnya (Khaled kata, mungkin Dr sembunyi bawah meja dia sebab ramai student cari Dr ni untuk mintak tangguh exam.. huhu). Akhirnya, saya jumpa terus Dr. Rami (Vice Dean) dan dia terus call coordinator Neuro untuk minta tangguh exam. Alhamdulillah, masalah selesai.

Kemudian, masalah nak tinggal Asiah pada siapa. Memang Allah nak mudahkan jalan kami. Beberapa orang akhawat offer untuk jaga Asiah. Walaupun acik-acik yang nak jaga Asiah ni masih bujang, tapi Ummi Asiah meletakkan sepenuh keyakinan pada Allah dan juga Ummi yakin anak solehah Ummi ni akan berperangai baik. Berat sangat hati ni sebenarnya nak tinggalkan buah hati kesayangan. Tapi demi untuk menyahut seruan Allah, saya relakan jua.

Asiah_AbahUmmi

Sedihnya nak tinggal anak manja kami ni... moga Allah beri kekuatan. Asiah jangan nakal2 ye...

InsyaAllah, esok pagi (Selasa, 17 Nov) kami akan bertolak ke haramain menaiki bas. Perjalanan mengambil masa hampir sehari. Kami akan ke Madinah dahulu selama 2 hari dan kemudiannya ke Mekah selama 10 hari. Kami mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf pada semua yang mengenali atas segala khilaf. Jangan simpan2 dalam hati ye. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Doakan kami selamat pergi dan pulang dengan haji yang mabrur, insyaAllah. Lambaian haramain sudah mula melambai-lambai…