Khabar dari Tanah Haram

Salam dari Tanah Haram,

Maaf tak ada gambar yang dapat kami paparkan untuk tatapan pembaca semua. Agak pelik, negara yang kaya dengan sumber minyak seperti Saudi Arabia ni tak ada kemudahan internet yang baik. Jordan lebih baik rasanya.

Apapun, kami baru selesai menunaikan ibadah umrah (bahagian 1 Haji Tamattu’). Memang mencabar khususnya jika dilaksanakan di waktu-waktu yang sangat sesak. Namun keunikan perasaan ketika melangkahkan kaki ke Masjidil Haram dan melihat kaabah di depan mata sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

InsyaAllah ada rezeki kami cuba curi-curi masa lagi untuk cerita perjalanan & pengalaman kami di sini.

LabbaikalLah humma Labbaik!

Abu Asiah & Ummu Asiah (rindunya pd si comel tu… )