Kerana Ia Begitu Berharga

Tak sangka begitu pantas masa itu berlalu. Benarlah kata-kata pujangga, masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memanfaatkannya, nescaya ia akan memotong kita.
Tahun ini, ada antara kita yang hilang angka belasan menganjak ke dua puluhan. Tidak kurang juga yang menambah satu lagi angka dalam diari hidupnya.
Begitu juga dengan saya. Akan berusia 23 tahun ini. Ramai yang akan berkata, ‘Wah, aku sudah bertambah tua’..

Memang kita sudah semakin tua, bukan lagi budak hingusan. Kalau saya, dah jadi mak orang dah pun. Tapi sedarkah kita bahawa kita berada di usia paling berharga dalam kehidupan seorang manusia?
Ya, kita adalah pemuda. Golongan berdarah panas yang sentiasa bersemangat tinggi melakukakn sesuatu. Hingga sanggup merisikokan apa saja. Pantang dicabar.
Ditambah pula bonus fizikal yang kuat serta otak yang cerdik. Pendek kata, bagi apa saja tugas pasti boleh jalan. Hebat kan?

‘Rileksla brader. Kita kan masih muda.. enjoylah puas-puas. Dah tua nanti taubatlah’

Selalu dengar tak frasa di atas? Itulah kata-kata orang yang tidak punya matlamat hidup. Hidup hanya untuk enjoy. Seolah-olah dunia (yang sementara) inilah segala-galanya.
Mereka yang jelas matlamat hidup pasti akan berkata,‘Rebut lima sebelum lima’.

Masing-masing dikurniakan 24 jam sehari. Tiada siapa yang dapat lebih atau kurang. Sekiranya anda benar-benar seorang yang be’kerja’, anda mungkin akan berkata.. ‘Kalau aku memiliki emas setinggi gunung Everest, nescaya akan aku beli masa semua muda-mudi yang tidak tahu menggunakan masa’.. (betul ke?). Terus terang saya katakan, saya selalu terfikir begitu.

Di jamiah, kawan-kawan (arab) selalu tanya saya.. ‘Kau ada suami, ada anak.. macam mana kau study? Aku yang tak ada anak ni pun rasa macam tak cukup masa untuk study’
Saya hanya senyum dan jawab.. ‘Ya3ni.. memang memenatkan, tapi aku belajar untuk urus masa aku’

Ya, memang penat. Mengurus anak, suami, rumah, kelas, study, exam, dakwah. Saya selalu berdoa agar Allah membantu saya menyeimbangkan kesemua perkara penting ini dalam hidup saya.

Apa pun, kita punya matlamat besar. Untuk menegakkan khilafah Allah di muka bumi ini dengan matlamat akhir kita adalah untuk mencapai redha Allah. Wah, besar sungguh cita-cita. Tapi ia tidak mustahil. Ia hanya akan jadi mustahil jika kita fikir ia mustahil. Apa yang penting? Usaha kita. Jika kita sear perkara ini, kita akan rasa bahawa dah tak ada masa lagi untuk duduk goyang kaki sambil hirup kopi.

Selagi kita masih bernafas, manfaatkanlah setiap detik yang ada untuk mencapai redhaNya. Jangan tunggu sampai tua. Inilah masa paling perfect! Jom!!!

P/s: Mendiamkan diri bukan kerana ingin menyendiri, tapi dek exam yang datang bertubi-tubi (baca: setiap minggu ada satu exam minor). Kesibukan ini benar-benar rasa menghimpit diri. Namun tetap kugagahi. Kerana aku tahu Allah akan mengganjari.. setiap inci usaha ini.
Bila dah sibuk macam ni, memang terasa cepatnya masa itu berlalu. Anakanda Asiah Awatiff sudah berusia 6 bulan 2 minggu. Sudah besar, panjang, dan tembam. Juga punya macam-macam ragam. Namun kecomelannya membuatkan saya selalu geram.

Advertisements

6 thoughts on “Kerana Ia Begitu Berharga

  1. salam wbth to aiman & wife

    apa khabar? BETUL. hidup ni terlalu sekejap, pejam celik dah berganti usia. kalau tak pandai membahagi masa, kita akan gagal dalam KEHIDUPAN.

    all da best akh aiman, sweet 23rd.

  2. antum ruhul jadidah fi jasadil ummah.. [ishab]

    yup,masa yang perfect~!!
    moga dapat manfaatkan sebaiknya sebelum nikmat2 yang dipinjam kembali pada pemiliknya.berusaha sedaya mampu,insyaAllah~

    p/s-selalu2la tulis entry2 mcm ni.rindu sentuhan akk 😉 kirim peluk cium ntuk asiah 😡

    1. Huda, mushtaq aleyk.. Akk bukan tak mau tulis selalu, tp biasalah.. kekangan masa.. apa pun, akk akn cuba ok..

      Mabruk alaiki ya ukhti 🙂 Alhamdulillah sgt2 bila dgr berita gembira tu 🙂
      Slm rindu dari kejauhan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s