Muda Mudi

Assalamualaikum warahmatullah,

Sekadar menulis apa yang terlintas selepas program rehlah batch baru-baru ini (SETAUT 10).

Saya sekarang berusia sekitar 22 tahun dan insyaAllah jika dipanjangkan umur akan meningkat kepada 23 tahun pada Jun ini. Mungkin masih muda bagi ramai orang, tetapi untuk diri sendiri terasa semakin tua. Secara mental & emosinya, saya kira saya mungkin berusia sekitar 27 tahun. Mungkin juga 28 atau 29. Sedar atau tidak, alam rumahtangga memang mengubah personaliti seseorang.

Apapun, alam muda-mudi memang unik. Pada usia sekitar 18 – 25 tahun, majoriti kita tidak ada banyak tanggungjawab & beban. Ada duit poket sendiri, jauh dari keluarga, sudah agak berdikari, dan lain-lain. Kesimpulannya, tidak banyak kekangan-kekangan untuk laksana pelbagai agenda.

Persoalannya, sejauh mana orang-orang muda ini berminat untuk menjadikan diri sebagai pelaksana agenda-agenda perubahan ummah ke arah menegakkan semula Islam?

Cuba lihat pemuda-pemuda agung sepanjang zaman;

  1. Nabi Ismail a.s; kisah korban
  2. Rasulullah s.a.w; ketinggian peribadi dalam kisah Hajarul Aswad
  3. Saidina Ali Abi Talib r.a; kisah hijrah
  4. Usamah Bin Zaid; panglima perang pada usia 16 tahun
  5. Sultan Muhammad Al-Fatih; kisah pembukaan Constantinople
  6. Hassan Al-Banna; menubuhkan Ikhwan Muslimin pada usia 22 tahun
  7. …………………………

No.7 dan seterusnya sedang menyeru kita untuk sama-sama berada dalam lipatan sejarah.

Salam kebangkitan pemuda!