Kisah Kahwin

Perjalanan kehidupanku

Sudah hampir lima tahun rupanya saya di Jordan. Dari single menjadi couple, dan kini sudah triple. Sudah tiga alam telah saya lalu, alam bujang anak dara yang penuh ‘enjoy’ dengan rakan-rakan. Masuk pula ke alam rumahtangga yang penuh ‘sweet memories’.

Kini sedang melalui alam berkeluarga yang penuh ‘comel & comot’nya. Merasai pengalaman mengandung, bersalin serta menyusu anak sambil baca nota memang satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. Apatah lagi bila si anak sudah mula keletah, macam-macam ragam dan aksi comelnya membuatkan saya selalu tersenyum sendiri. Pergi hospital selalu saja rasa nak balik cepat-cepat, rindu nak peluk cium anak tersayang.

Bila penat-penat balik dari hospital, berjalan pula ke rumah pengasuh untuk mengambil buah hati. Asiah sekarang dihantar ke rumah arab (Ummu Firas), yang dipanggil Teta. Alhamdulillah Asiah nampak OK dengan Teta setakat ni. Dari jauh nampak senyuman girangnya menyambut kedatangan saya, hilang sekejap penat. Bila agak-agak dah sampai tengah minggu, rasa tak sabar nak tunggu hujung minggu. Nak jadi suri rumah sepenuh masa, layan anak bermain sambil mengemas itu ini. Nanti boleh mula kelas balik dengan hati lapang, boleh fokus study betul-betul sepanjang minggu.

Saya pernah tanya seorang best student batch saya, macam mana dia study sebab otaknya seolah-olah mengandungi semua buku medicine. Dia kata, senang je. Setiap hujung minggu dia akan khatamkan bacaan untuk sepanjang minggu akan datangnya (for me, what a life?). Oh, betapa.. life tahun lima yang exam setiap dua minggu (kecuali saya yang exam setiap minggu selepas balik haji sebab ada beberapa exam tertangguh sebelum haji hari tu) menjadikan saya rasa betapa hujung minggulah waktu untuk saya rehat dari ‘buku-buku’.

Tak mengapa, asalkan kita enjoy dengan apa yang kita buat.. Bila enjoy, jalan atas duri pun tak rasa sakit. Tapi saya rasa, saya bukan nak jadi sekadar seorang doktor yang baik. Saya juga mahu jadi seorang ibu, isteri, daie & hamba Allah yang baik. Maka saya perlu korban lebih sikit untuk dapat semua tu.
Kahwin dan belajar
Saya bukanlah orang yang layak untuk bicara perkara ini memandangkan usia perkahwinan saya yang baru 2 tahun lebih. Tapi sekadar perkongsian buat kawan-kawan yang ingin atau ingin tahu. Terutamanya ‘kita-kita’ ni yang dah nak khirij tak lama lagi. Hatta kawan-kawan arab pun ramai yang dah ‘khitbah’ sejak masuk tahun lima ni.


Bagi saya, semua benda ada pro & kontra masing-masing. Pronya, bila kahwin time belajar ni ada ‘honeymoon’ panjang (bak kata Abu Asiah). Yelah, kita belajar ni tak sesibuk bila dah kerja nanti. Terutamanya kami (saya & zauj) yang berkahwin ketika pre-clinical, sangatlah banyak masa bersama. Macam belangkas bak kata orang. Waktu inilah saya banyak mengenali diri Abu Asiah. Waktu ini jugalah saya dapat layan Abu Asiah macam raja sampaikan boleh dilihat dari luaran (Abu Asiah jangan marah ye ;p).

Bila ada masalah, kami dapat selesaikan dengan baik bersama-sama. Anak belum ada, masa banyak, otak pun tak stress sgt. Pasal duit pun memang tak ada hal, elaun masuk tiga bulan sekali sangatlah cukup untuk kami berdua.
Memang permulaan rumahtangga yang ideal.

Dari satu sudut yang lain pula, saya rasa saya jadi lebih matang selepas kahwin. Baik dari segi pemikiran mahu pun perangai. Ia sedikit sebanyak memberi kesan yang positif dalam hidup saya. Bonus juga buat saya yang duduk di luar negara, saya kini punya seorang ‘murakkib’ dan tempat mengadu masalah sepenuh masa (24-7).

Tapi…Ada juga tapinya. Memang tak dinafikan, kahwin waktu masih belajar memang banyak kerisauannya. Risau pelajaran terganggu, risau duit tak cukup, risau tak boleh bahagikan masa, risau tanggungjawab yang makin bertambah, risau ber’anak’, risau itu dan ini, dan macam-macam kerisauan lagi. Ya, memang itulah cabaran rumahtangga. Nak mengemudi bahtera bukan mudah, pasti akan ada ribut taufan mahupun ombak besar melanda.
Semuanya bergantung pada kita untuk memastikan bahtera itu selamat hingga ke destinasi. Mereka yang belum kahwin pun banyak juga kerisauan, betul tak? Cuma kerisauannya lainlah sikit.

Formulanya,
1. Tentang duit, jangan jadikan itu kerisauan utama. Rezeki Allah sentiasa ada insyaAllah. Cuma kita pandai-pandailah mengurus kewangan, dan jgn lupa untuk fikir masa depan (means, kena ada saving untuk kecemasan).
2. Tentang study, saya tak rasa ini masalah. Sebabnya saya perhatikan kawan-kawan yang dah kahwin pun masih boleh perform. Di sini pentingnya pengurusan masa yang bijak. Potensi otak sikit pun tak terjejas dengan berkahwin.
3. Tentang anak, banyak kontroversi. Tapi anak itu kan rezeki. Kalau rasa masih belum bersedia, ambil masa. Tapi kalau dapat tu maknanya Allah tahu kita mampu.
4. Apa pun, rumahtangga bukan semudah ABC. Jangan expect yang indah-indah sahaja, bersedia untuk menerima pasangan kita seadanya.

Apa pun, perkahwinan ini bukanlah masa depan kita untuk beberapa tahun akan datang sahaja, tapi ia adalah hidup kita selama-lamanya..
P/s: Tahniah buat sahabat yang akan membina masjid tak lama lagi.. buat sahabat-sahabat yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, welcome to the club!