Istimewa buat yang tersayang

Pernah dengar tak orang kata nak ‘ikat’ suami kena ‘ikat’ perutnya?
Bukanlah bermaksud ‘ikat perut’ untuk diet tu, tapi maksudnya isteri ni kenalah pandai masak.. Barulah suami tak cari makan kat luar.. ada betulnya tu. Bukan setakat tu, air tangan seorang ibu yang diyakini kebersihan, kehalalan dsb sangatlah baik untuk tumbesaran anak-anak. Sumber makanan yang baik adalah penting untuk memastikan kebersihan hati.

Alhamdulillah, setakat ini Abu Asiah sentiasa sukakan masakan saya.. siap puji sedap lagi.
Seronok tau bila dipuji suami sendiri, rasa berbunga-bunga hati. Walaupun kadang tu nak masak lebih lama dari nak melicinkannya, tapi rasa berbaloi. Saya selalu membayangkan bagaimana agaknya bila dah sibuk housemanship nanti, sempatkah saya nak memasak untuk keluarga?
Apa pun, saya memang dah bertekad untuk cuba seboleh mungkin menyajikan air tangan saya buat suami dan anak-anak.

Home-made lasagna istimewa untuk Abu Asiah

Abu Asiah sangat2 sukakannya ^_^

Bila saya beritahu Abu Asiah ini pertama kali saya buat lasagna sendiri, dia macam tak percaya..

So buat kawan-kawan yang masih ‘bujang’ walaupun dah berpunya, belajarlah memasak dari sekarang. Buat yang dah tak bujang, jom kita mantapkan skill memasak kita!