Pasti Ada Hikmah

Jangan Mudah Tertipu

Jangan mudah tertipu dengan cantiknya rupa..

Jangan mudah tertipu dengan baiknya bicara..

Jangan mudah tertipu dengan lembutnya peribadi.. Konklusinya, jangan mudah percaya pada orang yang tak dikenali..

Sengaja menukilkan kisah ini supaya kita sama-sama lebih berhati-hati. Memang tak dinafikan, kita kena selalu bersangaka baik dengan orang. Namun, ada keadaan yang kita perlu meletakkan sedikit syak wasangka. Tak semua orang hatinya sama. Kita hanya boleh melihat luaran, tetapi dalaman hanya Allah yang tahu. Itulah kelemahan manusia, hanya mengetahui apa yang diizinkan oleh Allah untuk diketahui. Itulah sebabnya, kita kena sentiasa berlindung dengan Allah yang mengetahui segala yang zahir mahupun tersembunyi. Di samping itu, haruslah juga kita mengambil segala ‘asbab’ untuk mengelak musibah. Selebihnya, kita bertawakkal pada Allah…

Pengalaman Mengajar Diri

Sudah beberapa kali saya mengalami pengalaman barang dicuri selama hidup saya. Setiap satunya dengan cara dan situasi berbeza. Pertama kali di asrama ketika saya tingkatan dua. Kali kedua pula ketika saya bekerja sementara selepas SPM. Dirompak sekumpulan India. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. Mujur saya ni jenis yang tak bawa banyak duit ke mana-mana. Tapi pening jugalah nak kena renew IC segala. Apa pun, syukur sangat kerana diri saya tak diapa-apakan. Dalam keadaan macam ni, maruah dan nyawa lebih penting melebihi harta benda.

Beberapa hari lepas, sekali lagi saya diuji. Dalam situasi ‘kegawatan ekonomi’, beg pula dicuri. Beg saya (yang dihadiahkan oleh mak mertua saya) dan segala isinya telah dicuri di musolla hospital (tempat beribadat). Kejadian yang sungguh tak disangka-sangka.

Kisahnya begini… Seperti biasa, selepas habis round di hospital saya akan berehat di musolla sebelum kelas seterusnya bermula. Masuk waktu zohor, saya bangun untuk ke tandas mengambil wudhu’. Kebetulan, kawan saya ada di situ. Saya pun memintanya menjagakan beg saya sementara saya ke tandas. Biasanya sebelum ni, ramai rakan-rakan melayu yang dicuri ‘purse’ semasa mengambil wudhu’ di tandas. Jadi, saya lebih yakin untuk meninggalkan beg tersebut dengan kawan di musolla.

Seusai mengambil wudhu’, saya terus ke musolla dan solat zohor berjemaah dengan beberapa kawan arab yang sekelas dengan saya. Selepas memberi salam dan berdoa, kawan saya lantas bertanya..

“Asma’, ko ada minta beg ke waktu kat tandas tadi?”

“Tak ada pun. Kenapa?” saya ketika ini belum mengesyaki apa-apa. Namun, hati dah mula rasa sesuatu.

“Ya, Allah. Tadi ada perempuan Arab minta beg ko. Dia kata ko suruh ambilkan,” kata kawan saya dengan nada cemas.

Kami bergegas keluar dari musolla. Kawan saya menuju ke tempat bas, saya pula menuju ke tempat security. Di pejabat security, kami melihat rakaman kamera CCTV untuk mengenalpasti pencuri tersebut dan ke mana dia pergi. Memang jelas kelihatan, pencuri tersebut yang berpakaian berwarna ungu dan bermake-up tebal.. berjalan membawa beg saya keluar dari hospital melalui pintu towari’ (Emergency Dept). Pencuri itu sudah pun meninggalkan hospital 15 minit yang lepas. Bila dah keluar dari kawasan hospital sudah tiada CCTV. Maka, kami pun tak tahu ke mana dia pergi.

Pihak keselamatan hospital berjanji untuk menolong kami mendapatkan kembali beg tersebut. Kami pun segera ke bank untuk mem’block’ akaun. Kemudian, patah balik ke pejabat polis hospital untuk membuat laporan. Laporan telah dibuat, bukti video telah ada, pihak keselamatan hospital juga dah berjaya mengenal pasti pencuri tersebut. Pencuri tersebut dahulu rupanya pernah praktikal di hospital, padanlah dia nampak arif selok-belok hospital ni. Sekarang ni, kami diminta menunggu perkembangan dari pihak polis. Mudah-mudahan kebenaran akan tertegak, tawakkalna ‘ala Allah…

Antara barang yang telah dicuri.. beg ni dihadiahkan oleh mak mertua saya, sehari sebelum kejadian kawan arab memuji2 beg ini cantik.. benarlah, tiada yang kekal di muka bumi ini..

Thiqah billah

Kadang-kadang bila sesuatu yang buruk terjadi, kita selalu persoalkan kenapa benda ni terjadi pada kita? Tapi bila kita dapat sesuatu tak pula kita persoalkan patutkah aku dapat benda ni? Adakah kita mahu mempersoalkan takdir Allah terhadap kita?

Apa pun yang terjadi pada kita, samada baik mahupun buruk kita mestilah sentiasa thiqah billah. Allah kan pencipta kita, sudah tentu Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Tak semestinya benda baik je yang terbaik buat seseorang. Mungkin Allah takdirkan sesuatu yang buruk sebagai pengajaran buat kita. Bila kita sentiasa letakkan thiqah billah dalam hati, kita akan redha dan berlapang dada dengan musibah yang menimpa, kita akan bersyukur dengan nikmat yang diterima…

Pasti Ada Hikmah

Hampir seminggu berlalu.. Hari ini saya terpaksa ponteng lecture petang untuk menyelesaikan urusan iqamah dan membuat kad bank. Kalau nak tunggu habis lecture, alamatnya tutuplah office. Di Jordan ni memang macam ni. Pejabat buka pukul 8, tapi mula beroperasi pukul 9 pagi. Tutup pula awal. Pukul 3 semua pegawai dah balik, on-time!

Saya meredah kepanasan tengahari yang mencecah 42 darjah celsius untuk menyelesaikan urusan-urusan tersebut. Saya tak boleh tangguhkan sebab saya akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Sedang saya menunggu proses di pejabat polis tersebut, saya menerima SMS dari suami saya bahawa ada pegawai polis dari hospital call minta saya rujuk ke balai polis dengan segera.

Rupa-rupanya, mereka sudah menemui beg saya. Saya diminta ke balai polis Ramtha dengan segera untuk menuntut barang tersebut. Maka, saya bergegas ke sana dengan menaiki teksi.

Oh, menunggu teksi di tengah panas memang sangat menguji. Tengahari begini memang susah nak dapat teksi. Kaki saya dah rasa seperti memijak bara api. Tiba di sana, saya diminta masuk ke pejabatnya. Pencuri tersebut ada di situ! Subhanallah, indahnya perancanganMu ya Allah..

Pencuri tersebut menangis-nangis dan merayu minta dilepaskan. Tetapi polis di situ buat tak endah je. Iyalah, takkan mereka nak kasihan pada semua penjahat yang menangis. Kami dibawa ke mahkamah untuk persaksian. Kes kami agak kuat, saksi ada, bukti video pun ada. Hakim bertanyakan saya samada mahu bicarakan pencuri tersebut atau memaafkannya? Jika dibicarakan, perempuan tersebut sudah pasti akan dipenjarakan. Jika saya memaafkanya, case-closed.

Saya mengambil keputusan untuk memaafkannya. Saya tak mahu perkara ini dibesar-besarkan sangat. Leceh pula nanti kena turun naik mahkamah. Biarlah kes ini selesai di sini. Tambahan pula bila melihat perempuan tersebut menangis bersungguh-sungguh seolah-olah menyesal dengan perbuatannya. Saya tidaklah terpedaya dengan tangisannya, tapi di sudut hati saya berharap agar dia insaf. Saya ingin berikan dia peluang. Jika dia tidak bertaubat dan mengulangi perbuatannya, itu antara dia dengan Allah.

Saya pulang ke rumah petang itu dengan hati yang lapang walaupun badan lembik keletihan. Alhamdulillah atas takdirNya, saya mendapat kembali semua barang-barang yang dicuri tempohari. Alhamdulillah… thumma alhamdulillah…

Advertisements

6 thoughts on “Pasti Ada Hikmah

  1. Salam.

    Wah sungguh ada berbagai-bagai jenis manusia di atas muka bumi ini. Kadang-kadan payah untuk kita mempercayai ataupun tidak.

    Semoga tarbiyah ini akan menjadikan kita semua semakin matang dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar. Mencabar untuk kita dan juga generasi seterusnya.

    Mmg salute lah kecekalan korang semua menyelesaikan masalah. Lepas nie kena berhati-hati dalam mempercayai orang. Bukan untuk berburuk sangka, tapi sekadar berhati-hati.

    p/s: kirim salam kat Asiah. hehehe ;P

    1. Yup, mmg pengalaman berharga seumur hidup ni.. Alhamdulillah, Allah balas usaha kami dgn mendapat balik barang2 tersebut. Kalau dari awal kami berdiam diri je, mmg harapanlah nak dpat brg tu balik.

      Allah knows best..

      P/s: Asiah kirim salam balik, hehe..

  2. alhamdulillah..

    subhanallah,terkagum dgn kecekapan polis di sana.rase mcm 1st time dgr dpt balik barang n tgkap pesalah. dlu penah ade kes duit kne curik kt maktabah yarmouk gak (atas sbb husnu dzon) tapi pencurik xdpt dikesan.huhu.

    btw,suka dgn perenggan 1st thiqah billah tu.Allah benar2 mengetahui apa yg terbaik tanpa perlu dipersoalkan knpa dan knapa kan~

    err..btul ke panas smpai 42 darjah??fuu~

    -xsabar nak jumpe akk n asiah kt msia nnt.hehe 😉 fi amanillah sis~

    1. Huda dear, miss u soo much!

      Erm, tulah.. wktu polis tu janji nk dptkn balik beg tu, akk mcm iyakan aje.. tp takdelah berharap sgt.. ingtkn polis tu mujamalah je nk sedapkan hati akak.. rupa2nya, mmg betul2 dpt tgkp pencuri tu.. Alhamdulillah, mmg ada rezeli akaklah, huhu..

      Ramadhan kareem~

      P/s- 2 minggu je lg nk balik Msia, hehe..

  3. tabah Asma’. Ada tarbiyah yang Allah nak sampaikan tu. Yang pasti, memang takleh percaya sgt kt org.
    dulu ada seorang makcik arab ni puji baju kurung akak, kater lawa..sesuai dgn tuannyer. then, syeikhah akak tergur makcik tu, kater ‘masya Allah, baru diikuti pujian, sebab segala kecantikan milik Allah, drpd Allah.. klu tak, Allah tarik balik nikmat tu’. beberapa minggu lepas tu, orang lain puji baju tu jugak, tp xsandarkan pd Allah, (akak pon terlupa nk ingatkan si pemuji tu), esoknyer, baju tu dah rosak.. terkena clorox (padahal nk clorox baju lain). Smg kita tak leka dgn segala nikmat yang Allah pinjamkan & kita tak lupa nk ingatkan org2 lain juga. Wallahu A’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s