Semoga Lebih Baik

“Belajar nombor satu! Tapi dakwah bukan nombor dua..”

Kata-kata yang sering saya jadikan sebagai perangsang setiap kali musim peperiksaan menjelang.. Sengaja saya kongsikan buat adik-adik saya yang sedang bergelut dengan peperiksaan akhir masing-masing. Moga diberi kekuatan & diredhai setiap usaha.

Jom kita 'Mumtaz untuk Ummah'

Lebih seminggu memasuki tahun 2011.. lebih seminggu juga habis peperiksaan Paeds & memulakan rotation O&G (subjek kegemaran saya sejak dulu).. Dan sudah sebulan agaknya blog ni tak ter’update’.. Sibuk tu bukanlah alasan. Setiap masa pun akan sibuk.. tapi idea untuk menulis tak kunjung tiba. Banyak entri yang hanya jadi draf, tulis separuh dan terbengkalai macam tu saja. Mungkinkah diri ini yang ‘kering’ hingga tak mampu memberi manfaat kepada orang lain?

Saya sebenarnya agak cerewet dalam menulis sesuatu di blog ini. Saya tak mahu menjadikan blog ini sekadar perkongsian cerita hidup atau luahan hati yang tak memberi manfaat kepada pembaca. Nak tulis tentang ‘itu’, rasa macam tak sesuai.. nak tulis tentang ‘ini’ pula rasa macam tak cukup ilmu.. Akhirnya satu pun tak siap. Mungkin ini juga salah satu sebab..

Berdoa… berdoa… berdoa… dan terus berdoa semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya…

 

P/s: Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-24 buat Ummi & Abi (maksudnya tahun ni K. Long pun dah nak masuk 24 tahun.. rasa macam sangat tua je… huu)