Berbahagialah ‘Abdullah ‘Azzam

Image

Pergilah Sayang…

Bukan mudah untuk menerima hakikat sebuah kehilangan. Walaupun kita sendiri sedar bahawa semua benda adalah sekadar pinjaman, termasuklah diri kita sendiri.. Setiap yang datang pasti akan pergi, setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang hidup pasti akan mati.

Sudah lebih seminggu jenazah ‘Abdullah ‘Azzam selamat disemadikan. Sudah lebih seminggu juga saya berpantang. Terasa agak sunyi dan janggal tanpa ada tangisan bayi, terutamanya bila semua orang pergi kerja. Syukurlah ada puteri sulung yang keletah serta menghiburkan hati. Dialah yang sering memujuk saya jika saya bersedih.

 

Diari ‘Abdullah ‘Azzam

Setelah menerima berita tentang kondisi anak saya awal bulan lepas, saya dan suami masing-masing menerima berita itu dengan redha. Bagi kami, ini bukan satu musibah. Tetapi ini adalah satu pengalaman berharga buat kami. Allah bagi peluang pada kami untuk jadi insan yang lebih kuat, lebih sabar, dan lebih dekat denganNya. Alhamdulillah, keluarga dan rakan-rakan sekeliling memberikan sokongan padu buat kami.

Tamat cuti seminggu yang diberikan pada saya tempohari, saya memulakan kerja seperti biasa. Hidup mesti diteruskan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak hati saya mula terubat. Allah juga aturkan saya untuk bertemu dengan seorang ibu yang anaknya juga menghadapi masalah yang sama. Pelbagai cerita dikongsi dengan saya. Anaknya kini sudah berusia 8 bulan, subhanallah. Begitu tabah ibu itu menjaga dan membesarkan anaknya.

Jauh di sudut hati saya menyimpan sedikit harapan untuk melihat anak saya ini hidup biarpun seketika walaupun saya tahu harapan itu sangat tipis. Tetapi siapa tahu kuasa Allah. Saban hari saya berdoa moga Allah kurniakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Saya memanfaatkan sebaik mungkin masa berbaki yang ada bersama mujahid ini, berbicara dengannya saban hari. Asiah juga sudah kami biasakan dengan kehadiran ‘adik’nya ini. Setiap hari pasti dia akan memeluk dan mencium perut saya sambil berkata, ‘Saayang ‘Azzam’. Saya pesan pada Asiah, adiknya ini tak sihat. Dia mungkin tak dapat hidup lama. Entah dia faham atau tidak. Tapi biarlah ada sedikit memori tentangnya  tercatat dalam diari kami sekeluarga. Kehadirannya walaupun sebentar sangat bermakna buat kami.

 

Takdir Allah itu yang terbaik

Hari Isnin 26 April, seperti biasa saya menghadiri ‘routine antenatal check-up’yang dijadualkan pada saya setiap dua minggu. Kebetulan hari itu saya bertugas di klinik. Habis klinik saya terus ke klinik O&G dengan perasaan tak sabar ingin mengetahui khabar si kecil. Dr. Zulidah seperti biasa menyambut saya dengan wajahnya yang menenangkan itu. Routine scan dibuat seperti biasa. Tetapi alangkah terkejutnya saya apabila doctor tidak dapat menemukan degupan jantung bayi. Sedangkan saya tidak perasan langsung kurangnya pergerakan bayi.

Saya menerima berita itu dengan wajah tenang. Tetapi hati saya hanya Allah yang tahu. Terasa begitu sesak dada ini menahan sebak. Terus saya beritakan pada Abu Asiah melalui SMS kerana saya tak mampu bercakap saat itu.

‘Abah, ‘Azzam dah tiada.. Allah lebih sayangkan dia..’

Petang itu juga saya ditahan di wad untuk ‘induce’ kelahiran memandangkan bayi yang sudah mati dalam kandungan (Intra-Uterine Death). Semalaman juga saya menanti di wad, tapi tiada seorang pun doctor yang datang memeriksa saya. Pagi itu barulah Dr. Zulidah datang memeriksa dan ‘decide’ kaedah induction yang sesuai untuk saya.

Dua hari juga saya menunggu setelah ‘induction’ dimulakan. Dua kali Prostin yang dimasukkan seakan-akan tidak memberi apa-apa kesan. Betapa peritnya menunggu. Terutamanya bila melihat ‘jiran-jiran’ sebelah yang selamat melahirkan anak masing-masing, mendengar tangisan suci bayi-bayi yang baru lahir, cukup untuk membuatkan hati ini begitu tersentuh. Sudah lali dengan soalan, kenapa masuk hospital? Saya hanya mampu tersenyum dan menjawab, ‘Baby dah meninggal dalam perut’. Masing-masing pasti menunjukkan reaksi terkejut. Iyalah, orang lain masuk wad untuk bersalin anak yang hidup tetapi saya tidak.

Hari ketiga saya di wad, doctor memasukkan ubat jenis lain pula. Seawal jam 6 pagi ubat dimasukkan. Bukaan ketika itu baru 1cm. Saya berdoa dalam hati, moga-moga cubaan kali ini berjaya. Biarlah anak ini tenang bertemu Rabbnya. Alhamdulillah, tak lama selepas Cervagem itu dimasukkan, saya mula terasa ‘contraction’. Pada mulanya ‘irregular’, tetapi makin lama makin kerap. Ya, Allah permudahkanlah..

Lebih kurang jam 12 tengahari selepas tamat ‘round’, doctor kembali melakukan pemeriksaan. Katanya bukaan masih 1cm tetapi serviks sudah semakin matang. Sakit ketika itu semakin kuat dan kerap sehingga Pethidine yang dicucuk pun tak memberi apa-apa kesan.

Lebih kurang jam 2.30 petang, saya memanggil nurse kerana sakit yang semakin menjadi-jadi. Bila diperiksa, bukaan sudah pun 4cm. Maka saya terus dikejarkan ke bilik bersalin yang terletak di tingkat bawah. Nurse di bawah kelihatan tenang mengambil ‘vital sign’ sebagai rutin. Baru 4cm, tiada apa yang perlu digesakan. Tetapi tidak buat saya. Sejak mereka sorong saya ke bawah tadi saya sudah rasa sakit seperti mahu meneran. Lantas saya beritahu salah seorang staf di situ untuk segera memanggil doctor. Segalanya berlaku dengan pantas. Alhamdulillah saya selamat melahirkan mujahid ahlul jannah pada jam 3.20 petang.

Sunyi. Tiada tangisan kedengaran. Nurse menunjukkan bayi itu kepada saya. Tak dapat nak digambarkan perasaan saya ketika itu. Pertama kali melihat wajah si kecil yang sudah hampir 8 bulan bersama saya. Sungguh unik perasaan itu, walaupun si kecil itu sudah kaku tak bernyawa.

Berbahagialah wahai ahli syurga

30 Mac 2012- Hari Jumaat, penghulu segala hari. Mujahid kesayangan ‘Abdullah ‘Azzam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Batu Belah, Klang. Kami iringi pemergianmu dengan tenang dan redha, setenang rohmu yang telah dijemput Ilahi. Kehadiranmu walaupun sebentar memberi makna yang sangat besar dalam hidup kami. Semoga kita bertemu kembali di syurga nanti..

“Cukuplah mati sebagai peringatan…”

54 thoughts on “Berbahagialah ‘Abdullah ‘Azzam

  1. tersimpan rapi seribu satu hikmah. semoga, Allah sentiasa kurniakan kita jiwa yang redha dan thiqoh pada-Nya. kak Asma dan keluarga, semoga kita terus tabah. ‘Abdullah ‘Azzam, sedang menanti di syurga, pasti.

      1. sama la kt mengalami masalah yg sama semoga allah murahkan rezki kta mendapat kan zuriat yg sehat

  2. akum.. sgt sedih ttg IUD.. walaupun saya sudah mengharunginya 8 bln lepas, tp saya akan tetap mencari pengalaman ibu2 lain apabila ada di dpn komputer.. alhamdulillah, redha sudah menguasai diri tp rindu pd yg pergi… ( hassan & hussin, kembar saya – IUD pd 35 mggu ). bezanya, both kembar saya sihat dr awal, sama besar – 2kg ) suddenly movement kurang & mereka terus pergi.. Saya sgt memahami perasaan awak.. hy pd Allah sebaik2 pergantungan & hanya kita yg dpt pujuk diri supaya terima ujian ini..

    1. Kehilangan itu memang ‘perit’.. tp hidup perlu diteruskan. Hny org yg mengalami lebih faham. Terima kasih kerana memahami… smg anak-anak kita itu menjadi saham utk kita di akhirat nnt 🙂

    2. sy pn bru je mlalui pngalamn mcm ni…xsmpai 4bln lg… ank mninggal dlm perut mse kndungan 25minggu..ank 1st…mmg xsedar lgsg…dlm kesedihan tetap ade kemanisannye bg sy…trima kasih pd Allah krn sy insan yg trpilih utk mlalui ujian ini…😢

  3. Saya juga baru mengalaminya dimana kandungan saya selama 4bulan disahkan sudah tiada degup jantungnya, rasa jantung saya juga berhenti berdegup di kala itu menunggu 6tahun untuk mengandung dan akhirnya saya kehilangannya juga saya juga berharap agar ditabahkan hati ini untuk mengharungi hari hari mendatang.

  4. salam..sy juga mengalami perkara yg sama,,,sy bersalin pada minggu ke-29..ketika doktor memberitahu heartbeat nya sudah tiada..hancur luluh hati kerana menunggu cahaya mata sekian lamanya..Hari ini walaupun sudah 25 hari setelah bersalin..masih tidak dapat melupakn tendangan ketika bby active..hampir setiap malam menangis kerana rindukan mohamad firdaus adha…

  5. salam..sya juga mngalami pengalaman yg sama…anak saya baru berusia 25 hari telah meninggal dunia..pada 8 januari lalu dan arwah adalah anak pertama saya dan juga isteri…masih tak dapat melupakan wajahnya…mulanya saya dan isteri tak redha dengan pemergiannya..tapi isteri sya lah yang selalu memujuk untuk redha dengan segalanya…

  6. yakin dengan ketentuan Allah….semoga arwah dirahmati…saya juga ada pengalaman seperti ini…sukar untuk terima pd awalnya…tp yakin Allah maha mengetahui…sy teruskan jg kandungan wlau pd 4 blan dr.bg tahu anak saya bermasalah dan tidak dapat hidup selepas dilahirkan…hati sy mengatakan sy tkkan keluarkannya selagi bby sy msih bernyawa dlm rahim sy..sokongan dr suami menguatkan smangat sy..alhamdulillah bby sy mmg kuat selama dlm rahim sy…segala aktifnya dpt sy rasai tp Allah lbih bkuasa bby sy mninggal sblum dlahirkan semasa dlm labour room..ibu redha dan ikhlas Muhammad adha Bin Mohd Fauzi…ibu relakan pemergianmu syg…kita akan bertemu jg dipintu syurga syg…ssungguhnya ibu terlalu rindukan mu…al-fatihah untukmu syg..

  7. Saya sekarang sedang bertugas di jabatan sakit puan, kerap juga ada kes2 macam ni. Masing2 ada cerita tersendiri. Kadang2 saya juga turut berkongsi dgn mereka, sbb org yg dah alami sendiri lebih memahami.. alhamdulillah pesakit2 saya rasa lega kerana ada doktor yg memahami 🙂 Mgkin inilah hikmahnya… apa pun, motivasi saya setiap hari adalah saya yakin ‘dia’ akan mendoakan saya dari ‘sana’, mudah2an Allah izinkan kita bertemu dengan ‘mereka’ di syurga sana…..

  8. assalamualaikum…saya turut mengalami nasib yg serupa..puteri kedua saya juga IUD pada minggu ke 35 pada 6 sept 2012..sedih memang xdapat nak diceritakan cuma berkat kesabaran dan redha dgn takdir allah menyelamatkan saya daripada memikirkan nasib diri ketika itu..ramai yg terkejut ketika di hospital apabila mengetahui anak saya sudah meninggal sedangkan saya kelihatan seperti biasa tidak seperti ibu yg kehilangan anak..saya sedar sekiranya saya terlalu meratapi kematian anak saya mungkin kini saya …. alhamdulillah kini saya kembali mengandung anak ke 3 dan syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana disahkan mengandung anak kembar.. saya amat berharap agar baby2 saya ni sihat ,sempurna dan selamat..

  9. assalamualaikum..sy kehilangan putera sy Qhalif Putra tatkala beliau berumur 21 hari..sesungguhnya kehilangan itu amat memeritkan dan sehingga ke hr ini hr ke 40 sy pantang dan 18 hr anakanda pergi,sy masih merinduinya….namun,sy harus menerima qada n qadr ini dan redha atas pinjaman yg sungguh bermakna ini walaupun ia seketika cuma…buat parents d luar sana yg mengalami dugaan ini,moga Allah beri kita kekuatan dan sesungguhnya,kita bertuah krn menjadi insan yg terpilih…

  10. salam….saya juge telah kehilangan anak NURUL HUDA BT ARIFIN pada 21/2/13 ketika bayi dalam kandungan sudah 26 minggu..Ya Allah….ape sebabnye?tetibe aku kene menerima yang anak aku tiada disisi. Pengalaman awak yang saya baca di atas begitu sama dengan pengalaman saya. Saya tak henti2 menangis tatkala mendengar suara seorang bapa melaungkan azan ke telinga anak nya di belakang katil saya..Ya Allah….Ibu sayang dan teramat rindukan Nurul Huda….

  11. Salam.bila baca pengalamn yg lain terasa sy xkeseorgn.masa doc bgtau ank yg disygi tiada degupan jntung pd 32mggu,sy n suami terasa lemah dan sedih lg2 ms tu bln ramadhan.terpk ujian ini terlalu brt,tp slps 1minggu iud utk melahirkn sy kuatkn hati n sentiasa ucpkn sy percayakn Allah.sy yakinkn diri stiap ketentuan Allah pasti.wlupun menangis tp hati terubat bl selamat lahirkn arwah anakku Muhammad.dengan kuasa Allah wlupun da seminggu meninggal tp dipermudhkn kelahirnnya.hnya ucpn syukur ats nikmat Allah krn meminjmkn kmi ank yg kmi sygi.sesungguhnya hanya Allah lebih berhk keatasnya.

  12. Sama nasib kita,saya kehilangan anak saya pada minggu40 setelah 4 tahun menunggu. Lagi 2 hari due date arwah. Saya rasa kurang pergerakan dari dia,bila pergi hospital doktor cakap baby dah meninggal. Yakinlah anak kiat akan memimpin kita ke pintu syurga. Buat Nur Izzah Adriana,mama akan sentiasa ingat anak mama. Mengandungkan izzah adalah perkara yang paling manis buat mama.

    1. samalah sy. .pd 16.5.2013..anak yg dkandung 38 w 3 d,tiada dnyutan.jantung..ank sulung..sgt sdih..brjauhan dgn suami..tgu suami balik trus g hosp sbb tiada gerak..nmun dh trlmbt..Allah lbh berhak ke atasnya..

  13. Salam,

    Saya juga mengalami pengalaman yg sama. Bayi saya baru meninggal 6hb jun 2013..pada usia 8bulan, dan telah dilahirkan pada 10 jun 2013. Alhhamdulilllah..smuanya dipermudahkanNya. 4hari saya warded dan di indce 4x, tidak terasa sakit. Hari ke5 sy mohon utk pulang kerumah dan dgn izinNya, sy melahirkan bayi di rumah sy ditemani suami shj.

    1. Sampai skrg masih terbayang wajah anak.. Untuk melupakan kita kena teruskan hidup mcm biasa. Betapa kuatnya ibu2 diatas. Berat ujian Allah buat kita semua. Pahit didunia tapi manis diakhirat.

      1. Saya juga baru mengalami IUFD diawal ramadhan tahun ini,tepatnya 09 juli 2013 anak kami berumur 9 bulan lebih dan memang sudah waktunya dilahirkan. Tetapi Allah telah berkehendak lain ketika USG dokter menyatakan jantungnya tidak berdetak lagi rasanya hancur perasaan saat itu, anak pertama kami yang kami nanti-nanti selama ini apalagi dia berjenis kelamin laki-laki sesuai harapan kami tetapi Allah lebih syg pada putra kami “Khaizuran Hakim” bunda amat sangat merindukanmu nak, semoga kita bisa berkumpul kembali di surgaNya kelak. Amin ya Allah semoga kami diberi cepat penggantinya sebagai hadiah ramadhan thn dpn 🙂 semangat bunda-bunda semua yg jg mengalami IUFD semoga kelak cpt dpt penggantinya 🙂 dan ketentuanNya sudah pasti sangatlah indah buat kita semua 🙂

  14. saya juga merasakan hal yang sama,anak kedua saya Muhammad Affan meninggal dunia pada tanggal 22 januari 2013.berumur 7 bulan.memang berat untuk menerimanya tap itulah jalan yang terbaik dikasih oleh allah.alhamdulillah sekarang saya sedang hamil anak ketiga.

  15. Allahuakbar, saya ingatkan saya sorang diuji begini berat! Saya baru melahirkan seorang ahli syurga Muhammad Raiyan pd 27 Ramadhan tahun ini yg telah berusia 36 minggu dlm kandungan. Sepanjang kehamilan saya sihat, begitu juga ahli syurga itu. Tapi tiba2 pd 26 ramadhan saya berasakan tiada tendangan. Doc mengesahkan jantung tak berdenyut lagi. Apa2 pun, sgt berharap ibu2 diatas kita dpt membantu sesama sendiri. Hingga hari ini, sy masih terbayang2 wajah comel Raiyan. Moga kita menjadi lebih sabar, redha dan syukur atas ujian ini. Wallahualam

  16. Setelah baca pengalaman akak2 di atas, saya rasa lebih kuat.
    Sebenarnya sekarang sy sdg mengalami pglmn sprti akak semua.

    Kandungan sy berusia 19 mgu, slps routine scan ke 2 rabu lps, doc di klinik desa nampak
    sprti amniotic band syndrome (ABS) di kepala janin saya dan refer ke hospital besar klang.
    Msk saja blk MFD, Dr. Ramesh (pakar O&G) terus buat scan n dpt kesimpulan yg janin sy
    takkan boleh survive lama lagi. Kalau sy teruskan, mungkin akan mnggl dlm perut juga. Sy
    terkedu dan menangis tertahan-tahan di dpn doc & staff nurse. Nasib baik suami ada di sebelah waktu tu. SN & doc jg sgt concern dgn emosi kami dan terangkan sebaiknya keadaan
    janin yang punya byk abnormality. Doc diagnose Cystic Hygroma & fetal hydrops. Doc advise utk keluarkan…

    Petangnya sy & suami terus ke klinik aminah di port klg untk dptkan 2nd opinion. Nasihat yg sama kami terima. Esoknya kami ke DEMC pula berjumpa dgn Dr. Jumeah. Sama juga…
    Ini anak pertama kami, dan sangat menguji ketabahan kami suami isteri..

    Setelah difikirkan semasak2nya dan berbincang dgn keluarga, kami memilih untuk teruskan walaupun tahu mungkin anak kesayangan kami ini takkan dapat bertahan lebih lama di dalam rahim sy…

    Harap akak semua dpt memberikan bimbingan supaya dpt sy bertahan sehingga pengakhiran nyawanya…

      1. Dia pergi sendiri dalam kandungan. Sy lahirkan dia slps di induce 4x 2 Oktober 2013 (tahun lepas). Alhamdulillah di atas ujian Allah ini. Sesungguhnya saya yakin pasti ada hikmahnya. Sekarang alhamdulillah sy kembali pregnant, skrg dh 5 bln. Aida baby cystic hygroma jgk ye? dh brp mgu kandungan tu, tabah ye, kuatkan diri, semoga Allah ease everything untuk Aida…

  17. Puan,
    Pengalaman puan sama seperti saya. Anak saya juga pergi menghadap ilahi sewaktu 28 minggu, meninggal dlm perut. Stillbirt.. ini merupakan kandungan sulung sy.bila doktor cek simanja sy sudah meninggal . Sy rasa gelap dunia. Sedih dikala org lain sibuk menyambut kehadiran bln ramadhan. Sy diuji allah dgn ujian yg maha hebat. Namun sy redha semuanya milik allah. Bersalin tiada tangisan baby. Berpantang baby tiada disisi. Allahuakbar…sy menamakan anak sy muhammad ziyyad. Sy sempat mendakap,mencium anak sy buat kali terakhir. Damailah anankku dialam sana. Rinduu ummi pada ziyyad. Moga kita bertemu syg disyurga. Inshaallah…kita merancang , allah jua merancang,namun perancangan allah plg sempurna…ummi dan ayah redha.

  18. Saya jg mengalami pengalaman yg sm seperti ibu2 diatas..anak saya meninggal ketika 25w. Ari ni genaplah 21hari saya kehilangannya. Ketika ibu2 lain berpantang dengan baby disisi. Saya pula sebaliknye..Air mata peneman sejati. Saya redha dengan ketentuan illahi. Tapi sebagai ibu saya tetap berasa sedih atas kehilanganya. Damailah disana Nur Nia Harisya..mama sayang kamu!!!

  19. Selepas subuh tadi, hati ini terkenangkan anak akak yg telah pergi pd 2 ramadhan thn 2008. Lahir pd hari pertama ramadhan dan bertahan utk 25jam shj. Akak cuma tahu ttg syndrome ini seminggu sebelum melahirkan Muhd Dhiya Ramadhan. Pengalaman yg sgt berharga yg mengubah perjlnan hidup akak sekeluarga. Sememangnya byk hikmah d sebalik ujian yg Allah berikan dan kita terasa lebih dekat padaNya. Terharu bila dpt baca entri ini, terima kasih.

  20. Sy br kehilangan bayi sy kelmarin pd pg jumaat 21hb.sempat bersama kami 14 hari shj.sms hamil doc pnh ckp bayi kurang sihat mgkn xdpt hdup lama.sy truskn juga kndungan sampai melahirknnya.baby trus msuk nicu coz ada byk komplikasi.stp hari ulang alik ke hkl dr nilai.sy bangga ada anak yg tabah spt baby Dewi Anggerik.tggu mak da ayah di pintu syutga ya nak.

    1. Sy pun sdg mengandung bayi yg dikatakan oleh doktor tiada harapan..skrg da 36minggu..sy hrp dpt jd setabah ibu ibu semua..apa mslh arwah klu sy blh tahu..

  21. Ya Allah..Allah Menguji Hambanya yang termampu ia tanggung. sis, adik saya sekarang sudah 11 hari bayi yang dalam kandungan belum lagi bersalin. masih di wad HTAA,. berat mata kami yang melihat berat lagi beliau menanggung kesedihan dan kesakitan. Kandungan 7 bulan.

  22. Allah hanya pinjamkan anak saya untuk 10 bulan. Peritnya ujian ini. Saya percaya Allah duga hambaNya setimpal dengan kemampuan masing-masing. Saya sendiri masih belajar untuk terima hakikat kehilangan anak.

    1. Sy skrg diuji oleh Allah..scan kt klinik swasta pd usia kndungn 32w.doc tgok ade x kene pd bhgian kpla bby.sblum ni scan.mmg x de ape2..ters rujuk kt hspitl. Dokte sah cystic hygroma. Skrg ni ulg alik..ke hsa n kk..mcm org hlg arh dah..hrp kuat smgt je..tunggu 2 mggu ni lg utk bersalin awl..

  23. Ya Allah. Saya faham mcm mana rs nya. Sy pernah alami perkara yg sama. Hanya Allah yg tahu sayu nya ht. Ya Allah.

  24. Ujian tanda Allah syg dan ingat kita..sy 18 weeks dan doc beritahu baby sy bilateral plueral effusins (cecair dalam paru2 baby)..sgt sedih cuba utk positifkn diri sy..jumaat nie akan buat detail scan utk lihat organ2 yg lain..doakan utk sy terus tabah..doc khuatiri cecair akan turun ke perut/naik ke otak nauzubillah..Allah

  25. Saya juga mngalami pngalaman yg sama…kehilangan ank no 2,,,,kndungan 40 mnggu..dh mmang tgu dilahirkan…tiba hospital doc scan baby dh xda….hanya allah je mngetahui tp suami bg kekuatan,,,alhmdlilah saya kuat…kalau arwah ada dh scol darjah 1,,,,moga ank ibu mnanti kdtanagan ibu n ayah…saham akhirat,,,,bunga syurga noratikah damia…

    1. SAlam..sy skrg ni sentiasa risau dgn kandungan sy..15mggu air ketuban bocor..tggal sedikit air je dlm kantung baby sy..doktor suggest gugurkan tp sy mintk tkr hospital dulu sbb jauh..dr penang sy tkr ke kuantan..doktor di kuantan check jantung anak sy msh ade dan x bley nk gugurkan..doktr bg masa dlm 2 mggu n baby akan gugur sndiri..syukur..skrg da 1bln lbih..jantung baby msh ade n aktif bgerak..air ketuban pon menunjukkan tanda ade penambahan wlaupon msih sikit..skrg baby da 20mggu..bila baca kisah2 baby meninggal sblm n slpas dlahirkan..sy akn menitis air mata..sbb skrg kes sy dipantau oleh doktor pakar..doktor tu pon turut kata anak sy akan meninggal sblm atau slpas dlahirkan..sedih sgt sy rasa…hanya Allah yg tahu..skrg sy hanya tawakal pada Dia sbb die yg Maha Mengambil Nyawa..sy sgt bharap air ketuban sy akan normal semula dan anak sy akan selamat….amiinnn…

  26. assalamualaikum..sy br sj melahirkan seorg bayi prmpuan stlh 6 thn menanti..namun penantian ini memberi sejuta hikmah di sebaliknya..seawal 6 bulan kndungan sy tlh mnjadi penghuni setia wad o’ n’ g kerana masalah placenta previa type 3.selama hmpir 3 bulan hspital mnjadi rumah ke 2 saya..hmpir setiap hr sy baca blog ttg anak2 kecik ini..sehinggalah sy trjmpa ttg kisah ‘abdullah ‘azam..sayu hati sy mengenangkan kisah anak dan ibu ini…dn sy cuba meletakkan dr sy ditempat itu..sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan sesuatu..tarbiyah yg sy dpt slma brada d hspital adalah redha dgn ktntuan Allah..sy melahirkan melalui ceasarean..disebabkan komplikasi ktika pmbdhn itu..sy hnya sdrkan diri slps 3 jam pmbdhn..hanya suami yg sempat menatap wajah puteri kami..selesai mengiqamatkannya ketika masih dlm bilik pmbdhn, puteri kami pergi buat slamnya.saya hanya sempat menatap wajah arwah, memeluknya, menciumnya hanya selepas sy sedarkan diri..betapa Allah mengetahui mcmana perasaan sy…Alhamdulillah..Allah telah rncgkan sesuatu yg lebih baik..membaca kisah abdullah azam, tidak pernah sy sangka sy juga akan menghadapinya…

    1. kisah yg hampir sama dgn saya…wlupun dia lahir bernyawa tapi langsung xdpt tatap wajahnya yg msh bernyawa…hanya slepas hembuskan nafas bru dpt tgk raut wajahnya…cukup bln 9bulan3ari….al-fatihah ahmad aryan bin azmin…11june2014

  27. salam semua, sy tau, kehilangan anak yg kita kandung amat la perit, seperti mimpi… sy kehilangan puteri kesayangan sy yg berumur setahun sebulan.. x disangka, anak yg jarang sakit, cerdik, cantik, akan pergi meninggalkan kami.. anak sy lemas didalam baldi, ya ALLAH, seperti x logik air sejengkal itu, tapi kuasa ALLAH, Dia sudah menentukan sejak dialam roh lagi.. sy redha.. walaupon baru je berlaku 25.feb 2015, sy redha… walau sy seorg doctor…xde ape sy dpt buat, kuasa ALLAH jua la yg teragung… subhanallah

    1. as salam sy jgak bru kehilngan puteri pd 10.5.2015…pada usia 8 blan kerana jngkitan kuman dlm.otak…sy redha dlm rindu…smua kuasa Allah s.w.t…kuatkn hti dgn brdoa… tpi prit hti.mrindui ank yg dah pndai bermain n mnum susu dada spnuhnya…hanya Allah yg tahu btapa sdihnye sy…anak sy jgak dilhirkn sbgai ank istimewa syndrom down n jntung brlubang…smga bhgia di jannah…ssuai dgn nma nya Nur Jannah…amin…

  28. hampir 2tahun kmi menunggu…feb 2015 baru kmi dpt brita gmbira kehadiran dia.. jun 2015 dia telah pergi selamanya wpon sempat 3jam d dunia.,muhammad nama d beri.. ramadhan yg sepi..

  29. As salam….semua ibu2 disini kuat & tabah dengan ujian Allah SWT…masing2 mempunyai pengalaman yang lebih kurg sama…sama mcm sy yang telah diuji oleh Allah dgn kehilangan Bidadari Syurga yg dipinjamkan hanya 6hari sahaja selepas dilahirkan.. pergi nya tanpa diduga kerana lahir dalam keadaan yg sihat.. Puteri yg sgt ditunggu2 selama ini pergi mengadap Ilahi dengan sekelip mata shja.. Sy hanya menantikan kekuasaan Allah untuk mengandung semula sbb telah buat BTL (3x czer). Sy doakan moga ank2 kita smua menjadi Wildan syurga dan menanti kita disana nanti.

    AL FATIHAH buat Nur Damia Rizqi Izz’zara

    1. Assalam. Sy sebenarnya masih trauma dgn kejadian yg menimpa sy. 2kali sy mengalami pengalaman stillbirth. Ank ketiga sy meninggal ketika usia kandungan 32minggu dn yg terbaru ank kelima sy jgk mengikut jejak abangnya ketika kandungan 35 minggu. Sesuatu yg membuatkn sy buntu apatahlagi memang sy mengharapkn kehamilan ini. Itula namanya ketentuan Allah. Lain yg kita rancang lain pula yg kita dpt. Pada mulanya sy sedih dn kecewa dn jga menyalahkn diri sendiri dn perkataan KALAU sering sy ungkapkn mengambarkn sy menyalahkn diri sendiri dn tidak dpt menerima takdir dari Allah. Namun dgn berkat dn sokongan family akhirnya sy akur dgn ketentuanNya. Namun hingga kini sy masih trauma dn andainya ditakdirkn sy mengandung lagi sy takut kejadiaan yg sama akn berulang kembali.

Leave a reply to Anonymous Cancel reply