Muhasabah Ramadhan

Lama saya termenung pagi ini. Bertafakur, memikirkan hari-hari Ramadhan yang telah berlalu. Memikirkan apa yang telah saya dapat sepanjang 29 hari di madrasah Ramadhan tahun ini.. Jujurnya, saya masih tidak berpuas hati dengan pencapaian kali ini. Separuh Ramadhan saya tahun ini diisi dengan ‘tagging’. Istilah yang dipakai bagi HO yang baru memasuki jabatan baru. Setiap hari bekerja dari 7 pagi hingga 10 malam selama 2 … Continue reading Muhasabah Ramadhan

Semarak Raudhah Ramadhan

  Di sana Ramadhan, di sini Ramadhan. Alhamdulillah kemeriahan menyambut bulan yang mulia ini semakin hangat terasa. Kalau dulu meriah bila nak raya sahaja. Tetapi Alhamdulillah sekarang ini saya turut terasa kemeriahan menyambut Ramadhan di Malaysia. Mengimbau kembali pengalaman pertama menyambut Ramadhan di Jordan, alangkah syahdunya perasaan ketika itu. Berjalan ke masjid bersama teman serumah, mendengar tazkirah pendek di antara tarawikh, melihat rumah-rumah yang dihias … Continue reading Semarak Raudhah Ramadhan

Hidup Tanpa Agenda

Pernahkah kita merasa bahawa kehidupan harian kita seolah-olah kitaran sama yang berulang setiap hari? Bangun awal pagi, solat Subuh dan bersiap untuk kerja.. Pergi kerja, buat kerja.. Pulang ke rumah.. Rehat, makan malam, dan tidur.. Kitaran yang sama berulang lagi esok hinggalah tiba hujung minggu. Hujung minggu,berehat, bersosial, meluangkan masa dengan keluarga.. Hari Isnin, kembali bekerja. Hidup kembali dengan ‘kitaran’ biasa. Selesakah kita dengan kitaran … Continue reading Hidup Tanpa Agenda

Berbahagialah ‘Abdullah ‘Azzam

Pergilah Sayang… Bukan mudah untuk menerima hakikat sebuah kehilangan. Walaupun kita sendiri sedar bahawa semua benda adalah sekadar pinjaman, termasuklah diri kita sendiri.. Setiap yang datang pasti akan pergi, setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang hidup pasti akan mati. Sudah lebih seminggu jenazah ‘Abdullah ‘Azzam selamat disemadikan. Sudah lebih seminggu juga saya berpantang. Terasa agak sunyi dan janggal tanpa ada tangisan bayi, terutamanya … Continue reading Berbahagialah ‘Abdullah ‘Azzam

Tanda Allah Sayang

Hujan rahmat melimpahi bumi Malaysia sejak semalam, Alhamdulillah.. Bumi Jordan pula khabarnya dilimpahi nikmat salji baru-baru ini. Betapa rindunya pada bumi itu, tempat tersimpannya pelbagai kenangan pahit dan manis diri ini.. yang menjadikan saya seperti saya sekarang. Alhamdulillah pagi ini Allah berikan peluang pada saya untuk menikmati kesegaran dingin pagi yang cukup menenangkan jiwa. Bila saya membuka kembali laman blog sentuhanjiwa ini ternyata sudah hampir … Continue reading Tanda Allah Sayang

Kita Mesti Kuat!

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas.. …dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku … Continue reading Kita Mesti Kuat!

Post-exam Syndrome

Kosong. Sunyi. Bosan. Tak tahu nak buat apa. Kalau biasanya pagi-pagi begini sudah terpacak di meja menelaah nota-nota yang menggunung. Tapi hari ini terasa kosong..   Inilah fenomena biasa post-exam syndrome. Ketika minggu peperiksaan berlangsung, pagi petang siang malam menghadap buku. Selesai saja peperiksaan, mati kutu dibuatnya. Maka masing-masing mulalah mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan tersebut.   Hidup Bermatlamat Berbeza sekali dengan mereka yang punya … Continue reading Post-exam Syndrome