Semoga saya kuat seperti beliau

Kemeriahan sukan di Irbid tahun ini tak dapat saya nikmati seperti tahun-tahun lepas. Sebelum ini, saya memang tak ketinggalan kalau ada program-program seperti, bahkan saya juga adakalanya terlibat sebagai jawatankuasa penganjur. Seronok sebenarnya bersosial dengan adik-adik junior di samping bersukan menyihatkan badan & otak. Maaflah ye kawan-kawan (terutama yang sekumpulan dengan saya) sebab tak dapat join sukan & KARISMA tahun ni memandangkan ke’sarat’an saya ini. … Continue reading Semoga saya kuat seperti beliau

Teruja

How my baby’s growing?? “This week, your baby weighs almost 2 pounds (like a head of cauliflower) and is about 14 1/2 inches long with her legs extended. She’s sleeping and waking at regular intervals, opening and closing her eyes, and perhaps even sucking her fingers. With more brain tissue developing, your baby’s brain is very active now. While her lungs are still immature, they … Continue reading Teruja

Macam-macam ragam

Naluri ibu Beberapa minggu lepas, hati saya sering rasa gundah. Kadang-kadang rasa sedih, kadang-kadang rasa sunyi.. macam-macam perasaan bercampur. Saya akan lebih terasa kalau abang keluar rumah. Terasa sangat sunyi, sepi, & sayu bila berseorangan di rumah besar ni. Biasanya untuk mengubat kesunyian tu, saya akan bersembang-sembang dengan baby dalam perut. Seronok sangat sebab baby selalu respon. Bila saya bercakap dengan dia, dia tendang-tendang perut. … Continue reading Macam-macam ragam

Celoteh bakal Ummi

Seperti biasa, hujan lebat membasahi bumi sekali gus membersihkan debu-debu di bumi Irbid ini. Dah beberapa minggu macam ni, setiap weekend pasti hujan lebat mencurah-curah. Adik-adik junior pula mengharap salji turun. Biasalah tu, akak dulu pun macam tu jugak. Seronok sangat nak main salji, tapi bila dah berumur ni macam dah malas. Apa pun, salji di tempat-tempat seperti bumi Syam ni memang salji nikmat. Setahun … Continue reading Celoteh bakal Ummi

Khabar si kecil

Malam yang dingin hingga terasa bagai mencucuk-cucuk liang-liang roma. Walaupun sudah berbaju beberapa lapis. Entahlah, kadang tu rasa macam tahun ni lebih sejuk dari tahun lepas. Macam-macam benda jadi susah nak buat bila cuaca teramat sejuk macam ni. Tapi bila memikirkan saudara-saudara di negara sebelah (Palestin) yang kini tiada rumah, sentiasa ketakutan, ditambah pula dengan kecederaan akibat bedilan bom Yahudi laknatullah, dengan cuaca yang dingin … Continue reading Khabar si kecil

Rahmat yang didamba

Mentari pagi ini bersinar ceria, dengan langit yang dihiasi jalur-jalur kuning emas membangkitkan ruh pagi yang segar mekar. Udara pagi nan dingin amat menyegarkan seluruh urat saraf. Burung-burung telah lama keluar mencari rezeki seawal matahari belum terbit lagi. Subhanallah, memerhatikan langit sahaja menjadikan diri ini rasa kerdil di hadapanNya. Tidak ada walau sedikit pun cacat mahupun cela. Subhanallah rabbil ‘alamin. Alhamdulillah, itu sahaja yang dapat … Continue reading Rahmat yang didamba

Cabaran & Nikmat

Sudah beberapa bulan saya menempuh alam klinikal yang saya kira amat mencabar buat saya. Cabaran fizikal, mental, & masa memang terasa amat menguji kebijaksanaan untuk menmgimbangkan semuanya. Bercakap tentang masa, memang mampat lagi padat. Keluar rumah seawal 6.45 pagi saat matahari baru mencuri-curi pandang & pulang ke rumah saat matahari telah pulang ke peraduan. Mujurlah ada suami kesayangan yang setia menghantar ke hospital setiap pagi … Continue reading Cabaran & Nikmat

Sampaikanlah

Salam sejahtera buat sekalian pembaca, semoga sentiasa berada di bawah naungan al-Khaliq… Baru-baru ini, seorang ukhti berkata pada saya, “Akak, saya rasa saya ni banyak sangat buat benda tak baik. Sampai kadang-kadang tu rasa nak sampaikan sesuatu kat orang pun susah. Rasa macam diri ni tak layak”. Saya hanya tersenyum. Seorang ukhti lagi berkata pada saya, ” Ada sorang kakak tu cakap dengan saya, korang … Continue reading Sampaikanlah

Nuansa Syawal di perantauan

Setelah hampir tiga minggu Syawal, barulah berjaya post entry Syawal ni. Inilah dia penangan clinical, sibuk macam org kerja. Sebenarnya dari raya ke-3 lagi dah buat entry ni cuma tak di’publish’ sebab gambar ada dlm laptop hubby, malas nak copy sebab network agak lambat sikit time tu. Maka terperaplah entry ni tak di’post’2 hingga jadik pekasam.. nasib baik pekasam sedap. Salam Aidilfitri buat semua sanak … Continue reading Nuansa Syawal di perantauan

Nostalgik nostalgia Ramadhan

Sudah hampir dua dekad rupanya saya melalui madrasah Ramadhan… dari saat saya tak mengerti apa-apa hinggalah saat saya mula mengerti erti Ramadhan dan merasai kemanisannya. Dari saat saya seorang kanak-kanak riang yang hanya tak sabar nak raya hinggalah menjadi seorang matang yang sedih bila Ramadhan nak berakhir. Masih terbayang-bayang lagi nastalgia indah itu. Saya kini pun bukan lagi kanak-kanak, saya sudah dewasa. Dah jadi isteri … Continue reading Nostalgik nostalgia Ramadhan