Sangat comel

Beberapa hari menjadi surisumah sepenuh masa agak menyeronokkan. Tiada stress. Tapi masuk hari ketiga ni dah jadi bosan sebab tak ada kerja dah nak buat. Mengemas, mencuci, menjahit, melipat pakaian dsb. semuanya sudah selesai. Hanya memasak saja yang berterusan setiap hari. Tapi memasak pun lama mana sangat. Hajat di hati, teringin sangat nak jalan-jalan shopping di Amman. Tapi ada beberapa kekangan. Abang belum habis exam. … Continue reading Sangat comel

Semoga saya kuat seperti beliau

Kemeriahan sukan di Irbid tahun ini tak dapat saya nikmati seperti tahun-tahun lepas. Sebelum ini, saya memang tak ketinggalan kalau ada program-program seperti, bahkan saya juga adakalanya terlibat sebagai jawatankuasa penganjur. Seronok sebenarnya bersosial dengan adik-adik junior di samping bersukan menyihatkan badan & otak. Maaflah ye kawan-kawan (terutama yang sekumpulan dengan saya) sebab tak dapat join sukan & KARISMA tahun ni memandangkan ke’sarat’an saya ini. … Continue reading Semoga saya kuat seperti beliau

Celoteh bakal Ummi

Seperti biasa, hujan lebat membasahi bumi sekali gus membersihkan debu-debu di bumi Irbid ini. Dah beberapa minggu macam ni, setiap weekend pasti hujan lebat mencurah-curah. Adik-adik junior pula mengharap salji turun. Biasalah tu, akak dulu pun macam tu jugak. Seronok sangat nak main salji, tapi bila dah berumur ni macam dah malas. Apa pun, salji di tempat-tempat seperti bumi Syam ni memang salji nikmat. Setahun … Continue reading Celoteh bakal Ummi

Khabar si kecil

Malam yang dingin hingga terasa bagai mencucuk-cucuk liang-liang roma. Walaupun sudah berbaju beberapa lapis. Entahlah, kadang tu rasa macam tahun ni lebih sejuk dari tahun lepas. Macam-macam benda jadi susah nak buat bila cuaca teramat sejuk macam ni. Tapi bila memikirkan saudara-saudara di negara sebelah (Palestin) yang kini tiada rumah, sentiasa ketakutan, ditambah pula dengan kecederaan akibat bedilan bom Yahudi laknatullah, dengan cuaca yang dingin … Continue reading Khabar si kecil

Rahmat yang didamba

Mentari pagi ini bersinar ceria, dengan langit yang dihiasi jalur-jalur kuning emas membangkitkan ruh pagi yang segar mekar. Udara pagi nan dingin amat menyegarkan seluruh urat saraf. Burung-burung telah lama keluar mencari rezeki seawal matahari belum terbit lagi. Subhanallah, memerhatikan langit sahaja menjadikan diri ini rasa kerdil di hadapanNya. Tidak ada walau sedikit pun cacat mahupun cela. Subhanallah rabbil ‘alamin. Alhamdulillah, itu sahaja yang dapat … Continue reading Rahmat yang didamba